Assalammu'laikum
Salam Maulud Nabi pada semua. Kami menerima berita sedih pada pukul 1.30 pagi tadi. Ako baru balik kerja, baru sudah makan Char Kuey Teow dan ingin balik, tetiba dapat panggilan yang mengatakan Makcu (sebelah Cik Lelabah) sudah meninggal.
Daripada-NYA kita datang dan kepada-NYA kita kembali. Terkejut?. Ya.. kami semua terkejut yang amat sangat, baru minggu lepas arwah Makcu datang meraikan pertunangan Faizah.. Ya, mungkin ako baru dalam keluarga ini, tapi arwah Makcu amat baik..
Arwah tak punya apa-apa sakit, katanya, malam tu dia elok, buat kerepek, panggil adik beradik datang rumah makan kerepek. Tengah malam tiba-tiba sakit perut macam masuk angin terus meninggal. Hari ini ramai orang meninggal tiba-tiba. Ya, ako takut.. sangat-sangat takot akan mati. Masih terkenang tatkala jenazah arwah dikafankan.. Ako menangis teresak-esak.. Fikiran ako cuma satu, masih adakah peluang ako untuk bertemunya di sana kelak..?
Ako baru berkira-kira mahu menghadiahkan sebuah hanbeg buat arwah Makcu.. tidak kesampaian nampaknya.. Masih ternampak-nampak celoteh dan senyum tawa arwah Makcu. Masih ingat lagi gulai lomak cili api arwah Makcu, masih terasa lagi nasi goreng pedas arwah Makcu..
Di kesempatan ini ingin ako merakamkan ucapan takziah buat Pakcu sekeluarga. Semoga roh arwah Makcu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah.
Dan dikesempatan ini juga ako ingin merakamkan ucapan takziah buat seorang kawan di bod Perak, Savvy diatas pemergian bakal ayah mertuanya. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin. Al-Fatihah.

1 comment:
inalillah..Alfatihah:(
Post a Comment