Monday, March 30, 2009

Takdir & Waktu

kahkahkah.. tajok tak buleh blah..
30hb, 31hb, 1hb, 2hb,
3hb (F1), 4hb (F1), 5hb (F1).. pastu... berakhirlah siksa kubor ako...
hooooraaaayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

Menghitung hari nih.. nak kemas opis yang dah rupe sarang tikos, tikos pon tak selera nak buat sarang.. pastu nak settle-settlekan apa yang patot..

Pastu nak p Lumut.. yeayyyyyy.... (macam gaya nak p obersi.. kekeke.. takdelah, perhubungan tu penting dari segala-galanya.. dan sangat-sangat nak rest dari keje-keje di opis.. huhuhuhu)

Ohhh.. nak ucapkan tahniah kat adik ipar ai, dia sudah mengandung.. huhuhuh.. sebak ai occay.. Seronok dapat berita gembira.. Bakal dapat anak buah baru.. huhuhuh

Buat pertama kali dalam hidup sejak dah kawen ni tanya kat Cik Lelabah, "awak takde rasa apa-apa ke saya tak lekat-lekat lagi nih sampai sekarang?". "Tak pernah tanya saya apa-apa pun..".

Dia teros pegang tangan ako. Dia cakap " saya tak mau lah tanya benda-benda bukan kerja kita, lagipun isu ni sangat sensitif, awak tu mudah menangis, saya tak maulah tengok awak menangis.. "huwaaaaaaaaaaaaaaaaa.... tak sempat dia abis cakap, ako dah berjurai-jurai air mata.. sebak ok..


Terima kasih lah ye sayang sebab sangat-sangat memahami..

Korang nak montah ke nak apa ke, silakanlah.. ako..... ntah.. saje nak bersedih-sedih..

MUNGKIN belum rezeki kita.. Kepada Zahiela.. be strong ok...


***** seperti biasa gambar takde kene mengena dengan tulisan diatas, biasa le, ai kan gediks..

Sunday, March 15, 2009

BZ Lagi

Hi korang.. Ako dilanda bz lagi sekarang nih.. F1 dah nak start bulan depan, jadi ako kena prektis dari sekarang, cukor bulu kaki, cara-cara betol memegang payong.. kahkahkah..

Ok korang, ade berita baik pada yang duduk area Manjung, Lumut sana, pada sesiapa yang nak order Cheese Cake ke, Moist Choc Cake ke, Cupcake ke, silalah berkunjung kat sini. Yang seronoknya, kalau korang nak buat surprise kat orang tersayang, kalau kene la dengan tempatnya, maksud ako tu dekat la dari rumah dia, insyaAllah dia buleh tulong hantarkan.. huhuhuh..

Ok semua, selamat beristirehat dihujung minggu... jumpa lagi bulan depan.. huwaaaaa.. sedihh kene kerojeeeeeeeeeee....

Saturday, March 14, 2009

Gader-gader Lagi

Ahad lepas bergader-gader lagi kami atas permintaan Sebi Geduk. Disebabkan dia gedik, dia memaksa kami berjumpa dia betol-betol bersebelahan hotel dia menginap. Cik Lelabah takde, ade tugas jugak di Shah Alam.

Sha ambik ako kat Ampang, teros kami ke SACC Mall, sampai-sampai je teros sms Sebi soh dia turon skang.. kekeke.. haaa.. cuakk!!!

Perjumpaan haritu dihadiri oleh Kak Yaneng, Kak MW, Kak PK, Kak Su, Kak Nor, Faizah, Sebi, Nob, Sha & ako yang kiut lagi gedik.. kekeke.. Semua bawak family masing-masing kecuali ako, Sha, Faizah & Nob

Takde acara apa pon, makan, ngumpat, ngumpat, makan.. biasa la kan, pas makan, Kak MW belanja Big Apple pulak, dessert kaedahnya.. huhuhuh.. mekaseh kak..


Hari Khamis lepas, bergader-gader lagi kat Kg Baru, laki saya takde jugak diatas alasan badan tak berapa nak sedap lagi dan hendak menyiapkan album.

Kali ni perjumpaan dihadiri oleh Kak Yaneng, Kak Dew, Kino & kawan, Sha & ako yang kiut lagi gedik..

Jumpa semua kat KLCC, Kak Yaneng ambil kami di KLCC, sampai sana tengok Kak Dew sedang bergedik santai dengan ayo tembikainya menunggu kami...

Acara seperti biasa, borak, makan, makan, borak.. takde aktiviti mengumpat hari ini, mungkin fikiran masing-masing kat rumah, kerana malam itu adalah malam jumaat.. Lepas makan, Kak Dew telah bermurah hati membayar atas alasan baru tadi pecahkan tabong ayamnya.. kekeke.. Lepas tu beliau meminta diri untuk pulang kerana ingin khatam Quran bersama isteri.. alasan tak logik langsung.. tuihh!!

Lepas setengah jam melepak, kami pon beransor, Kak Neng hantar kami ke Putra Kg Baru, dan Sha teros hantarkan ako balik umah....

Apa-apa pon terima kasih Kak Dew belanja kami makan, buat Kak Neng sebab hantarkan kami dan Sha sebab hantarkan saya.. Seronok dapat jumpa Kino, sangat ramah tamah taww.. luv uollllsss.. awww.. gediks taww...

Tuesday, March 3, 2009

PD

2.2.09, g PD.. yeay.. benonye Cik Lelabah nak p berdua je sama Abg Padil, tapi oleh kerana ako gedik, ako nak follow gak.. kekeke

Dan disebabkan kegedikan ako yang sangat luar biasa, ako seolah-olah terkena balasan tuhan. Ako fikirkan pergi PD untuk bercanda dipantai, rupa-rupanya ako dikerah naik bukit setelah sampai ke Tanjung apa ntah.. yang ade rumah api tu.. ako edit nih, baru sat tadi ako tulis Tanjung Harapan.. kahkahkah.. sengal, baru 10 minit berjalan, ako dah rasa hembusan nafas ako macam kuda kayu dah bunyiknya.. giler pancit.
(Hapdet : Tanjung Tuan - Yan kasitau tadik.. kekeke)

Agak-agak dalam setengah jam jugak lah nak naik ke rumah api tuh.. perghhh.. sampai jugak ako yang gemok ni kat atas..



Muka boring.. kekeke.. masa ni Cik Lelabah tengah mengintai burong kat cecelah semak nih.. haihhh.. di dalam hati saya "gedik betoi, tu le nak ikot lagi orang lelaki lagi.." kekeke...


Ni ntah pokok apa ke nama ntah, idak le pulak ako bawak pen ke, buku note ke, nak buat catatan kan, kira cam ala-ala lawatan sambil belajar kaedahnya... tekstur pokok tu cantik..

Ni baru sampai dari menuruni bukit dalam utan nuh, penemuan Abg Padil.. haihhh.. turun ok lagi, nak naik, Ya Allah Ya Tuhanku, rasa cam nak buat tobat nasuha jek, giler tol banyak dosa, kekeke.. sempot hoihhh...

Ikan dugong terlepas.. kekekeke

Poyo laki ako soh ako posing gini, huh!!!

Haihhh.. ni muka baru bangun tido, kekeke.. ntah kat mana ntah nih, kat area PD le gak.. best gak sini, ade jembatan..


Tu payong jumpa bawah jembatan, Abg Padil yang jumpa.. kekeke..

Aksi diatas ni saya tujukan khas buat Kak Dew diatas terlampau minatnya beliau dengan Band HUJAN.. iskhh

Sekian terima kasih, kalau diajak, nak le pegi lagi, ako rasa cam ako kuros sikit pas turun naik bukit haritu, tapi dah gemok le balik, tak eksesais.. kekeke.. Juih bibir laki saya bila saya kabo macam tuh.. ellehhh.. dengki le tuh.. kekeke...

Takde le gambar lain, gambar ako je lah yang syok sendiri, suka ati ako lerkan.. kekeke..