Showing posts with label Kroni Kompi. Show all posts
Showing posts with label Kroni Kompi. Show all posts

Thursday, June 11, 2009

Gader-gader Lagi kat Johnny's pulok

Semalam petang bergader-gader lagi dengan Kak B Nde, Kak B Su, Kak Jel yang vogue the vass, perghhh.. akak cun le kak dan B Sha. Kak B Nde kurang kasih sayang anak-anak katanya, tu yang ajak bergader-gader tuh. Tapi Kak B Nde biasalah kalau nak bergader-gader, kawasan yang dipilihnya adalah Ampang, Puchong jua Mines. Ako upkan sikit kejaohan dia, JJ Setiawangsa.. hahahaha..

Oh ya sebelum Kak Jel dan B Sha sampai, kami berjalan-jalan ditingkat atas, kami terjumpa sebuah kedai Jam Tangan "PK Times".. wahhh.. Kak PK senyap-senyap buka kedai jam tak beritahu kawan-kawan.. Gambar adalah tiada, tetapi Kak B Su ade ambil.

Semalam kami makan kat Johnny's.. Kak B Nde dan Kak B Su telah bertukar menjadi Mak Mak Tiri kepada kami kerana memaksa kami makan.. Haihh.. Acara adalah makan sambil bergelak ketawa, jua diselitkan cerita unsur mistik dari Kak Jel dan Mami Su.

Terima kasih Kak Nde dan Kak Su kerana belanja kami makan. Lain kali turn kami pula. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih jua buat B Sha kerana sudi hantarkan ayang balik.


**** Asal jumpa gang Perak je, henpon ako mesti buat hal, bateri mesti kong!!. Bahan betoi, seb baik akakku Bella tiada.. hahahaha...





Wednesday, June 10, 2009

Orang Jaoh Diperlawanan Kuiz Facebook

Alang-alang Sebi ada perlawanan Kuiz Facebook kat KL, ako pon nyinggah kat Hotel tempat dia menginap. Call dia tanya buat pe, dia jawab tengah beromen.. owwhhh.. kasihan, tak tahulah saya dia beromen sama sape... hahahaha

Nanti jumpa lagi ya Sebi.. seronok jumpa semalam.. gediks taww...



Tuesday, June 2, 2009

Termometer.. oppss Terminator



Semalam tengahari half day, perot rasa tak sedap, angin kot. Tapi pegi ngukuih dengan Kak Nde, Kak Dew & Sha. Sha amik ako kat opis, sesat barat Sha oi. Merasa le makan nasik kukus yang sedap tuh.. Pergh... giler sedap, dengan tempoyak, ulam ulaman bagai.. Mekaseh Kak Nde belanja kami.. Sms je Cik Lelabah kabo hap day pehtu nak g ngukuih.

Dalam pada burak-burak tuh Cik Lelabah call tanya petang ni yakni semalam le nak g ke tengok wayang, ako dengan maleh hatinya kabo ok je le.. uhukkkk... Pehtu Kak Dew dengo tanya ako wayang pukol berapa.. hahahaha.. kenan beno dia dengan laki ako.. Ako bukan apa, sian le kat dia, baru balik mencandat, rest pon idak lagi..

Petang tu tanpa plan apa-apa, ako, Cik Lelabah, Kak Dew, Sha & Abg Topi p tengok citer Terminator Salvation... Ako ni lemah betol nak tengok citer yang ako tak suka, tapi teringat cakap Kak Val haritu, "Tak kenal maka tak cinta macam citer Wolverine haritu.....", jadinya ako gagahkan je la...

Ako tak tau le nak buat review kan, tapi ako sangat rekomen la citer ni pada sape-sape yang tak tengok lagi.. GEMPAKKKKKKKKKKK GILERRRRRRRRRRRR!!!!!!!!!!!!!. Pegi le cepat tengok wayang ye untuk memastikan jantung anda berdegup kencang dan seolah-olah anda juga berada ditempat kejadian.. wooohoooooo!!! Best, full of action!!!

Rasa macam nak tengok lagi sekali.. hahahahahha.... Tapi ade pulak mamat iran ke arab ntah duk barisan depan kitaorg, gamaknya terpukau gak le dengan graphic dia, kemain le berburak, sampai tangan terangkat-angkat nuh berciter, nak je ako lepuk sesekor! Kekekekeke...

Apa-apa pon citer ni sangat best!!!!! P tengok p..

*** Ucapan terima kasih buat Kak Nde sudi balanja ngukuih, pada Sha kerana sudi amik saya dari opis, anto ke rumah pehtu kuor balik, pehtu kasik kopok sawi ke mende ntah dan tolong belikan kopok lekor... dan Kakak Dew, bebawak le berehat okeh.. kekekeke


Saturday, March 14, 2009

Gader-gader Lagi

Ahad lepas bergader-gader lagi kami atas permintaan Sebi Geduk. Disebabkan dia gedik, dia memaksa kami berjumpa dia betol-betol bersebelahan hotel dia menginap. Cik Lelabah takde, ade tugas jugak di Shah Alam.

Sha ambik ako kat Ampang, teros kami ke SACC Mall, sampai-sampai je teros sms Sebi soh dia turon skang.. kekeke.. haaa.. cuakk!!!

Perjumpaan haritu dihadiri oleh Kak Yaneng, Kak MW, Kak PK, Kak Su, Kak Nor, Faizah, Sebi, Nob, Sha & ako yang kiut lagi gedik.. kekeke.. Semua bawak family masing-masing kecuali ako, Sha, Faizah & Nob

Takde acara apa pon, makan, ngumpat, ngumpat, makan.. biasa la kan, pas makan, Kak MW belanja Big Apple pulak, dessert kaedahnya.. huhuhuh.. mekaseh kak..


Hari Khamis lepas, bergader-gader lagi kat Kg Baru, laki saya takde jugak diatas alasan badan tak berapa nak sedap lagi dan hendak menyiapkan album.

Kali ni perjumpaan dihadiri oleh Kak Yaneng, Kak Dew, Kino & kawan, Sha & ako yang kiut lagi gedik..

Jumpa semua kat KLCC, Kak Yaneng ambil kami di KLCC, sampai sana tengok Kak Dew sedang bergedik santai dengan ayo tembikainya menunggu kami...

Acara seperti biasa, borak, makan, makan, borak.. takde aktiviti mengumpat hari ini, mungkin fikiran masing-masing kat rumah, kerana malam itu adalah malam jumaat.. Lepas makan, Kak Dew telah bermurah hati membayar atas alasan baru tadi pecahkan tabong ayamnya.. kekeke.. Lepas tu beliau meminta diri untuk pulang kerana ingin khatam Quran bersama isteri.. alasan tak logik langsung.. tuihh!!

Lepas setengah jam melepak, kami pon beransor, Kak Neng hantar kami ke Putra Kg Baru, dan Sha teros hantarkan ako balik umah....

Apa-apa pon terima kasih Kak Dew belanja kami makan, buat Kak Neng sebab hantarkan kami dan Sha sebab hantarkan saya.. Seronok dapat jumpa Kino, sangat ramah tamah taww.. luv uollllsss.. awww.. gediks taww...

Thursday, February 12, 2009

Tahniah DK

1.2.09 aritu kami berkonvoi g umah DK kat Bandar Teknologi. Janji kat tol Cheras kol 1.30pm, ako agak lewat tiba, kol 1.45pm cmtu baru sampai. Kak Dew dengan bangganya suroh kami memfollow beliau, gaya macam tau jalan sunggoh, pusing punya pusing rasa-rasa tadi macam dah sampai Semenyih, tau-tau dah ade kat Pekan Kajang balik.. sohih sesat.. kekekeke.. Kami yang muda-muda nih beralah lah kasik orang-orang tua jalan dulu.. kekekeke..

Kesian kat Kak Nde, kejap ke kiri kejap ke kanan ako tengok kete dia dah.. haihhhh.. Kak Dew le nih.. Sampai-sampai je seme berator menadah ayo sirap..

Kepada DK dan suami.. Selamat Pengantin Baru ako ucapkan, moga berbahagia sampai akhir hayat ok.. Sedap le laok dagen tuh.. haihhh...



Friday, January 30, 2009

Dimana dia Helmet Merah Saya..?

Semalam saya ter-sedekah helmet saya dekat pakcik teksi. Saya ade gathering bersama kawan-kawan Forum saya kat KLCC. Saya bergegas pulang untuk menukar baju. Cik Lelabah saya kata p le balik tukar pakai elok sikit, huh.. ini semua dia punya pasal, kalau dia kata OK je semalam, mesti saya tak jadi balik, harus saya dengan selamba badak meredah KLCC dengan jeans koyak bersama t-set dan selipar itu.

Pukol 530pm saya bergegas keluar kilang, tiba dibawah, alangkah terkejutnya saya, hujan yang saya tengok dari atas tadi renyai-renyai bertukar menjadi maha lebat. Takpe lah, hujan itu rahmat, berkata saya didalam hati.. 15 minit telah berlalu, hujan yang dari tadi lebat sudah beransur renyai, saya bulatkan hati untuk meredah hujan, baru 5 minit berjalan, hujan yang tadinya rintik-rintik bertukar semula menjadi lebat.. habis basah baju seluar tudong saya.. Saya teruskan perjalanan saya ke perhentian teksi..

Alhamdulillah, setelah 15 minit menunggu, teksi yang ke 6 saya tahan ini berhenti, sampai dirumah, makin lebat hujannya, saya bertanya pada pakcik teksi tu kalau-kalau dia buleh menunggu saya untuk dia hantar saya ke stesen Putra Gombak, dia tidak dapat menolong saya kerana ingin mengambil anak sekolah.. Saya turun dengan tergesa-gesa..

Setelah siap mandi semua, tiba-tiba ade orang memberi salam, oohhh.. Cik Lelabah saya dah pulang, saya minta dia hantarkan saya ke stesen Putra, dia bertanya pada saya dimanakah saya letakkan helmet saya? Oowwhhh.. saya buat-buat intai kat belakang, bilik dan lain-lain (sebenarnya saya dah tau helmet itu tertinggal ooppsss disedekahkan)

Kenapa muka Cik Lelabah macam ala-ala nak marah tapi tak jadi marah bila saya kata saya sedekahkan helmet itu pada Pakcik teksi itu?

Di KLCC (setelah jumpa kawan-kawan)

Saya sampai-sampai je, dah tersedia Mee Kari. Magic betol rasanya. Tapi semua orang dah balik, yang tinggal hanyalah Kak Ros, Kak Su dan Sha.. Kata mereka saya lambat sangat, takpelah, mereka tak tahu dugaan yang terpaksa saya lalui hari ini..

Lepas makan-makan, berbual-bual (ngumpat-ngumpat), kami pun pulang. Dalam perjalanan ke LRT tu, tiba-tiba Kak Ros dapat panggilan, dan terus menghalakan Buluberinya kepada saya, Cik Lelabah saya rupenya.. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... sumpah tak dengo bunyik tepon.. kekeke.. hawau tol... malu ai... Mekaseh Kak Ros belanja makan, mekaseh jugak kat Kak Su, Sha sebab sudi tunggu saya yang comel ini..

Balasan Tuhan kot.. haihhhh...

**pasal ako tulis cmni hari ni?


Seperti biasa gambar tiada kene mengena dengan cerita diatas. Sekian.

Friday, January 23, 2009

AJL



Hari Sabtu lepas p full dress rehearsal AJL. Biasa le cam taon lepas, ikot Kak Nde. Ramai gak kali ni Kroni Kompi yang join. Ako pulak kena keje, suwey betol, last year pon kene keje gak time AJL, dah pukol 4.30pm cmtu, ako kabo kat boss ako nak balik, esok je le ako datang balik.. kekeke

Kuor-kuor kilang tengok kete Abg Padil dah ada kat depan, haihhh.. sian le hai, dia lak kene amik ako.. iskhh.. Baik betoi..

Ako bebalik teros mandi, pakai "T-SHIRT KASEH SAYANG" sebab Kak Nde kabo, "ade berani pakai tset kaseh sayang turon AJL?".. ako menyahut cabaran dia dan ikhlas benonya nak tunjokkan kaseh sayang.. kekeke..

Kami dari Gombak pegi berlima Bro Khairil, Abg Padil, Cik Lelabah, ako yang cute, dan Nuha yang sangat comel...
Jumpa Jza dengan Liza kat sana jek
Cik Lelabah, Jza & Abg Fadil dapat Pass Back Stage dari Abg Rafi masa reherasal & final.. huhuhu..

Kali ni buleh sesuka ati je sapa-sapa nak masok kot, pasal takde pon Abg Rafi kuor mengiringi kami cam taon lepas.. kekeke..

Ako masok dalam cecepat konon nak "chop" tempat cam taon lepas, haihh, tak dapat ler, penoh dah orang, pastu Cik Lelabah saya call "sayang, kitaorg tak dapat masok".. haaaaa... cuak ako weh, dah le ako tompang kete bro ni, matilemerks kene balik jalan kaki kaedahnye.. kekeke..

Pehtu dalam setengah jam pastu, ako nampak dah deme masok, haihhh.. legaaaaaaaaaaa... kekeke.. Mekaseh Abg Rafi..

Ako bukannya teruja tengok artis sangat, macam taon lepas, ako lebih suka tengok set, performance lighting etc.. gempak betoi.. Dalam tak teruja tu, kemain bersorak bila artis perform, kahkahkah.. enjoy betol la...


Tahniah pada MUH.. Sangat superb!! Woohoooo... Ohh ya, Nuha yang sangat comel, semua artis dia suka.. waaa, seronok tengok dia enjoy tepok tangan sambil mulot kumat kamit menyanyi.. kekekeke..


Untuk lebih gambar sila le ke sini, sini, sini, sini, sini dan sini

Mekaseh.. Ako tau dah basi, tapi suka ati ako ler.. kekeke..

Wednesday, January 14, 2009

Gegaran Kroni Kompi Part 2

Poyo betol tajoknye.. nih part 2 pulak, baru dapat gambarnya semalam dari Abg Padil. Mekaseh Abg Padil.

Aritu ako lupa kasitau, ade lamb occay.. kekeke.. korang ade ke p gath ade lamb bagai?. Takde kan?. Jangan jeles.. kekekeke.. muahahahaha (riak tol ako)

Layan gambar je le ye.. ako bz benonya nih, tapi satu keje pon tak buat lagi, hari ni layan YM jek, giler banyak peminat hari nih..

Oh ya, nak doakan Onni Erin semoga selamat semuanya, dah masok spital dah dia..





Sunday, January 11, 2009

Gegaran Kroni Kompi

4.1.08 lepas ade gath dengan gang-gang Bod Perak. Sangat happenning, sangat enjoy, rasa macam dah lama kenal, perasaan macam kawan-kawan yang selalu lepak tiap-tiap minggu. Ako banyak kali attend gathering, tapi gathering kali ini memang best, tak pernah ako rasa best macam ni bila attend gathering.

Semalamnya dok nyongket dengan Sha p Giant carik pastik untuk balot gula-gula untuk budak-budak. Benonya ako ade pastik yang dah siap, tapi tinggal 5 keping je.. P carik kat Living Cabin, takde dah.. iskhh selalu gitu, kalo nak mesti takde, terpaksa beli pembalot pastik, kurang le sikit lawonya...

Lepas makan, teros balik umah ako untuk balot gula-gula, esoknya kami p umah Kak Bella, ako bawak roti jala kari dagen order sama Atie. Makanan sangat banyak ok, ade gak yang ako tak dapat makan. Tapi ako ingat ako makan nasik dagang, nasik minyak, kek 3 slice, ayam, udang sotong.. wakakakakaka.. giler ler...

Layankan je lah gambar-gambar kat bawah ni.. Seronoknya masih lagi terasa sampai le hari ni...

Moh le kita bergader-gader lagi kawan-kawan..
** Oh ya, saya suka le kaum-kaum bapa kat Bod Perak nih, takde le 100% serah kat bini je layan anak-anak...huhuhuhu.. respek ok...