Thursday, May 27, 2010

Saya Nak Tengok Wayang!!

Saya nak tengok wayang! Harap-harapnya malam ini saya dapat tengok wayang! :P Saya nak tengok cerita A Nightmare on Elm Street 2010 *ko tak padan dengan penakot nak mampos, ada hati nak tengok citer Freddy kukubei nih* :P hahaha..

Haroslah saya teringin menontonya, sebab masa kecik-kecik dulu kan pernah tayang, haruslah nak tengok sejaoh mana seram dan gilanya cerita ini, kuku besi dia makin tajamkah..? ahahaha...

Eiii, saya masih teringat ke-seram-an saya masa menonton filem itu waktu kecik-kecik dulu, mata memang tak buleh nak katop langsung, macam Cik Freddy tuh datang nak cekik saya dan cakar muka saya.. huwaaaa.. *mungkin masa tu saya kecik kot, tu sebab takut* hahaha.. *tak moh kalah*

Lepas itu tak sabar nak tengok Lagenda Budak Setan, iskhh.. sangat dengki kat orang-orang yang dah pergi tengok Tayangan Perdana.. huwaaaa... *takpe Rohana, Allah sayang pada orang-orang yang sabar seperti kamu* :p






Selamat bercuti panjang kawan-kawan :D




Saturday, May 22, 2010

Memaafkan

Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain, itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Pujuk dirimu bahagia apabila melihat "musuh-musuhmu" bahagia. Wahai diri, ingatlah.. segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua.

Kini, hatiku tertanya-tanya lagi.. siapa aku, yang begitu sukar MEMAAFKAN? TUAN? TUHAN? Aku hanya hamba! Sedangkan Dia Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil untuk BERDENDAM? Ya Allah...

Petikan dari Buku Di Mana Dia Di Hatiku hasil tulisan Pahrol Mohd Juoi, saya ambil petikan ini dari majalah Nur bil.92 Jun 2010.

Tertarik saya pada petikan itu, dikalangan kita nih, memang tidak ramai yang boleh memaafkan.. termasuklah saya, ya saya mengaku, mulut saya berkata "AKU DAH MEMAAFKAN SEMUA PERBUATAN DIA *sambil senyom simpol* hakikatnya, kadang-kadang tuh terlintas le jugak barang seketoi dua.. adoii.. macamana nih, tapi saya selalu kata pada diri sendiri "memaafkan tu senang, nak melupakan tu mungkin tidak" *sangat poyo disitu* suka beno ikot istilah saya nih.. hahaha

Saya tak tahu macamana nak buang sejarah lalu, owhh sangat mengerikan.. Andai waktu buleh diputar, ingin saya kembali kesaat itu.. tapi apakan daya saya, semuanya sudah tertulis, telah pon berlaku.. saya kesal kerana mengecewakan semua orang-orang yang saya sangat sayang.. masih terngiang-ngiang kat cuping telinga bila abang berkata "abang kecewa dengan adik" :(

Cuma ada satu perkara yang membuatkan saya tak kecewa bila terjadinya perkara ini, kita boleh tengok pe'el kawan-kawan, berapa kerat sangatlah yang menangis bersama-sama kita bila kita dilanda kekecewaan dan dhimpit kesusahan?. Yang mengambil kesempatan.. sangat ramai.. time tu lah yang busok, longkang semua keluar.. :).. alhamdulillah..

Baru-baru ini saya sengaja bertukar-tukar status YM saya dengan perkataan yang pernah dia text saya tak lama dahulu.. saya tak tahu kenapa dengan saya, sumpah saya dah memaafkan, tapi masih lagi buat macam nih.. apa nih rohana? hahaha..

Harapan saya semoga saya kuat *makin kuat buat muka bodo* Harap-harap, ikhlaslah saya memaafkan orang itu.. :)

Berapa keratlah dikalangan kita yang benar-benar ikhlas memaafkan orang.. ?


Friday, May 21, 2010

Saya Tak Mahu Marah Lagi :)

Hai korang.. semalam adalah bad experience dalam membeli belah secara online.. okeh bukan nak bising-bising disini, cumanya saya sama sekali tidak kisah dengan selendang salah colour yang dia hantar itu *okeh tipu, agak marah juga at the first place* tapi fikir-fikir balik, alah manusia, semua buat silap, takpelah kot.. cumanya bila saya terima jawapan dari email dia, hati saya tiba-tiba jadi sakit, tiada maaf, tiada tindakan susulan macam nak suruh pos balik atau apa-apa.. apa nih?. Saya email lagi dia kerana saya sakit hati :P , dia tak jawab, saya call berkali-kali juga dia tak jawab, tapi saya tengok activity dia dekat facebook aktif pulak.. oohhooooo.. ini membuatkan saya sangat marah :)

Saya pm dia kat facebook pulak, dia cuma jawab, dia dah reply, saya yang tak reply balik *wtf* jawapan dia membuatkan saya sangat-sangat marah, tak reti mintak maaf ke macamana budak nih?. Saya reply buat kali kedua, masa tuh dah menggigil tahan marah *saya seorang yang sangat mudah melenting kalau orang eksyen bodoh sombong takmau mengaku salah* saya mention pasal tak mau minta maaf, baru dia reply balik sorry, pastu suroh saya pos balik the item.. jawapan dia sangat-sangat menyakitkan hati..

Saya reply dengan kata-kata yang mungkin agak sarcastic barulah dia nak cakap SERVICE 1st OUR PROMISE.. hahaha.. langsung saya tak reply dah.. biarlah, bagus sangat layanan macam tu, ingatlah peniaga kat luar sana, anda ambil duit orang, jangan layan orang macam tuh, esok-esok orang takmau dah beli kat awak.. :)

Ada jugak experience beli selendang dengan anak tudong dah lamaaaaa dulu saya tak kawen pon lagi waktu tuh, saya tau dia kasik saya anak tudong yang dah dipakai, bukan kain baru :), saya tau colour hitam kain baru macamana colour dia.. tapi takpelah.. :)



Wednesday, May 19, 2010

Dalam Gembira ada Dukanya..

Hai.. Lama sangat tak jenguk blog.. hahaha.. tengah menaip nih saya tersenyum sendirian, taip, delete, taip, delete.. tak tahu macamana gaya nak tulis ntah.. Tajuk pon tak tau nak tulis apa.. pakai bantai jek.. ahahah

Saya dalam mood gembira :) saya gembira bila suami saya gembira.. Pada yang tahu, hobi husband adalah menembak.. oppsss.. mengambil gambar kaedahnya *ttibe terfeeling ADAMAYA* kahkah.. dari sebelum kami berkahwin sampailah sekarang, dari pakai SLR filem sampailah DSLR.

Dulu waktu kecik-kecik saya sangat tak suka camera okeh, nak kata camera shy pon tak, cuma tak suka lihat gambar saya, dah le burok, muka masam macam nak tikam orang, eeeiiiii.. sampailah saya mengenali beliau, tetiba saya sangat suka bergambar *okeh menggedik yang lebih* hahahaha.. Kali pertama beliau tunjuk gambar saya selepas dicuci ekspresi saya wahhhhhhhh *sambil nganga mulot* konon-konon gempaklah sangat.. hahaha.. dan disaat itu sehinggalah saat saya menaip ini saya tersangatlah teruja jika tengok kamera..

Selepas kami berkahwin, husband beli sebuah kamera Nikon D200 dan lain-lainlah benda yang saya tak reti nak menyebutnya.. hahaha.. dari suka-suka husband mula memberanikan diri untuk mengambil gambar orang kawen, simpan sikit-sikit duit yang dapat, buat tambah-tambah beli lense, apa yang tak cukup, duit tulah kami guna buat tambah-tambah, itulah rezeki kami, setelah sekian lama, tetiba dalam last year dia mengutarakan pada saya yang dia mahu menukar "gear"..

owhh saya tak kisah sebenarnya, cumanya saya cakap, kalau ada duit terlebih celah-celah kaki buleh le beli, kalau nak jual berat sangat hati ni sangat tidak setuju, ntah.. saya sayang sangat, tu lah punca rezeki kami.. jangan le buang dia kan.. Lama dia pujok-pujok saya, kasihan pon ada, tapi saya tetap dengan pendirian saya.. sehinggalah suatu hari teman beliau pon bertukar kepada system yang lain, makin kasihan saya tengok husband saya, gelak sorang-sorang, senyum sorang-sorang.. saya tanya dia sunggoh-sunggoh dan berbincang, jadi saya dengar hujah-hujah beliau dan kalau nak tunggu duit turun dari langit ntah bila tak taulah.. jadi saya setuju.. wahhh kemain suka beliau.. kekeke

Seisi menjual barang-barang beliau pon bermula, haihh.. Saya tak tahu nak gambarkan perasaan saya, 3 May aritu saya MC dirumah, tengahari tu beliau pulang kerumah, dia cakap dah ada orang nak beli body, sambil dia berkemas-kemas, dia beri body kamera tuh pada saya "nah usap-usap dia buat kali terakhir.." Masa saya pegang dia, tak sedar air mata mengalir.. *sumpah aku tak buat-buat, dia mengalir sendiri walaupon orang kata aku poyo :P*

Seminggu *eh ke 2 minggu, tak ingat* selepas "Clerance Sales" husband mengajak saya membeli belah :) *barang dia le tapi* uhukkk.. Saya senang sekali melihat dia gembira.. Dan saya sangat gembira melihat hasilnya walaupon saya ini cuma tempat test lighting jeww.. *sedih* kahkahkah..

* Cik Nikon D200 (maaf saya tiada nama manja untuk anda, tak pernah terfikir pon) walaupon saya gembira dan suami juga terlebih-lebih gembiranya, jauh disudut hati kami, kami tak akan melupai kamu okeh, semoga bahagia dengan tuan baru kamu dan jangan nakal-nakal, saya sayang kamu always.. kamu tetap dihati saya*

owh ya cik suami tersayang saya, semoga anda teros success, bertambah kreatif.. Saya sentiasa menyapot (support) anda *dengan harapan supaya awak ajak shopping kejap lagi* hahaha.. *mati le kene lempang*

Last sekali terimalah gambar poyo dari saya *okeh semua buleh muntah darah*