Thursday, February 10, 2011

Luahan Hati seorang Aku *Poyo*

Kadang-kadang aku terfikir hidup kita ni tak lebih dari rutin, sahabat lama juga berkata begitu, owhh tak sangka sama, bangun pagi buat apa-apa patut, kalau ada kain yang berendam semalam cuci, sidai, siapkan keperluan suami, pergi kerja, buat kerja, berjimba ria dengan rakan-rakan alam maya, makan, balik rumah, buat apa-apa yang patut, dan rutin akan berulang ulang ulang esok lusa tulat.. Please dont get me wrong dengan mengatakan aku dah bosan dengan hidup, bosan melayan suami, owh tak terlintas sama sekali..

Kadang-kadang terasa ingin pergi jauh, travel tengok tempat orang, bukanlah nak travel sampai kena tempah luxury hotel, aku lebih suka gaya bag packer, cool! Jangan le kata "elleh, ko takde anak buleh le nak gaya bag sandang ke bag laptop ke". Bila lah agaknya ada kesempatan begitu.. Teringin nak tengok budaya orang, gaya hidup orang, ada seorang teman merangkap abang memberitahu, Malaysia pon banyak tempat cantik-cantik, banyak budaya juga, habiskan round Malaysia dahulu.. setuju juga!

Yang sebenar-benarnya mungkin aku penat, penat sangat, aku tak kata kerja aku tak best, best sangat, cumanya mungkin aku dah kahwin, agak tak berapa seronok nak balik malam buta bila suami ada dirumah, hari cuti bekerja suami berada dirumah, arghhh!!! Aku nak kerja balik awal, bila suami balik rumah makanan dah ready, buleh layan Tiramisu (drama TV3 yang aku hagham tau hujung pangkal. Bila penat bekerja, otak stress, bila stress harus memerlukan hiburan diluar, contoh melepak bersama teman merangkap adik sampai azan Suboh berkumandang diudara baru sampai rumah.. ahahaha.. Sebenarnya sang suami melepaskan stress dengan berjamming, malas nak ikot, kot gaya Kakak Yunalis tuh buleh le aku join, kang bukan aku hilang stress makin stress, iskhh stress aku baca tulisan sendiri! banyak na STRESS!! hahaha..

Sebelum itu beliau ada bertanyakan pada aku nak makan mana malam ini *nak ajak melepak le tu* Dah laki ada cara sendiri untuk menghilangkan stress, maka aku ajak sang teman ini tadi melepak, tengok Khurafat, stress juga! hentak-hentak kaki tengok cerita ini! hantu dimana-mana! hahaha.. Selepas itu bersembang sampai tak sedar jarum jam dah menunjukkan pukul 530pagi! wahh!! tahniah!!! Jangan salah sangka, suami melepak dimeja sebelah bersama teman-teman sejamming, aku dan rakan merangkap adik dimeja lain, lebih enjoy bercerita soal perempuan..

Aku sekarang dah tak macam aku yang dulu, aku sekarang mungkin cool sedikit berbanding aku yang dahulu suka marah-marah tak tentu pasal, semut lalu pon nak marah.. ahaha.. Aku sekarang mungkin agak tegas bila bab berkawan, aku dah serik! Dulu buleh saja "memberi" tanpa "menerima" tanpa memikirkan sebarang balasan, sekarang aku dah serik! Aku sentiasa ada untuk kamu jika kamu kalut didalam kesusahan, menelefon aku pukol 2 3 pagi, tetapi bila aku? ada kamu sanggup berbuat demikiankah sahabat? owhh tidak mungkin, jawab ala-ala lebih kurang, pastu nak aku je dengar cerita ko, okeh, sangat tak cool disitu!. Jadi lama kelamaan, aku jadi malas nak layan, otak aku tetiba tepu kalau ko tanya aku soalan atau minta pendapat, tolong jangan salahkan aku, sila salahkan lemak-lemak tepu aku.. ahaha.. Aku tak mintak balasan ko belikan aku emas intan berlian maupun kereta mini cooper, yang aku perlukan cuma keikhlasan ketelusan dan kejujuran kau berkawan dengan aku.. itu sahaja!. Tak buleh le masalah kau aku dengar sampai 3 4 pagi masalah aku? nak cakap dengan pokok ke? ke nak cakap sama kucing? hahaha...

Tetapi tidak semua kawan-kawan macam tuh, rammmaaaaiiiiiiiiiiii yang sangat baik, mulia, jujur dan baik hati, aku kalau orang baik dengan aku sekali, aku rasa sepuluh kali aku nak buat baik kat orang.. Saya bahagia dikelilingi oleh teman-teman yang hebat! Terima kasih teman! You know who you are! Love you all!

** Setakat langau urong tait 2 3 ekor, merks tak kesah, merks bior je dia tejon sama buah geduaknya..





2 comments:

Itawinrum Nauza said...

aku tau aku seorang teman yang hebat dan extravaganza....

bukan siapa-siapa 17 said...

blom top up hot ticket... balik nanti sy call :P