Monday, February 20, 2012

Terima Kasih Kawan-kawan

Assalammu'laikum semua,

10.2.2012 yang lalu Cik Red saya accident motor.. :(

Hari Khamis tu yakni sehari sebelum kejadian, hati aku nih berdebor lain macam, sangat tak sedap hati, makin nak malam makin laju punya debar, kasik tau kat suami, saya nih ada sakit jantung ke? Siap minta tolong dia sapukan vicks kat belakang dan depan.. kekeke.. Lepas tuh siap suami tarbiah kat aku soh makan tengahari, sebab aku kabo ke dia petang tuh aku ada minom neskefe ais kaww!! Jadiknya Cik Red aku assume bini dia nih perot masok angin.

Esoknya, dia hantar aku kat ofis seperti biasa pukul 7.30am aku dah terconggok kat opis, dalam pukul 8am camtu aku dapat call dari nombor yang tak dikenali, aku memang dah syak sesuatu sebab Cik Red baru perasan dia tertinggal henfon masa hantar aku di ofis.. Dengar suara dia "sayang, jangan panik ya, saya ni accident, tapi saya tak apa-apa".. Terbang melayang jantung aku masatu.. untuk pengetahuan semua aku TAK RETI BAWAK KERETA, TAK RETI BAWAK MOTOR, bawak beskal jah reti takat hari ini.. aku punya panik la, bayangkan kunci kereta ada tapi tak erti bawak kereta, rasa nak sepak jah tayar kereta.. haihh

Aku call ofis Cik Red, ye la kan, kasitau dia accident, kang tak sampai-sampai lagi opis susah pulak.. Masa bercakap dengan colleague dia tuh termenanges gak le aku, haihh.. Dalam aku dok memikir macam mana nak kesana tuh colleague aku sampai, tanya kenapa aku ada post guard, aku cakap le ke dia suami aku accident kat sekian-sekian tempat, baru je kitaorg nak g tengok, tetiba Cik Red aku sampai, ada abang tu hantarkan, naik motor la tapi.. :( Membebel-bebel abang tuh cakap kereta-kereta semua tak nak berhenti *biasalah bang orang nak g kerja, mana nak heran pon* Reaksi pertama tengok muka laki, rasa nak pengsan, sebab aku dengar suara dia ok laki dan dia pon kabo ke aku dia ok, aku tak bajet le jadi gitu, dengan dahi benjol, berdarah meleleh-leleh, abis baju semua..

Tuh pon ada hati nak drive sendiri ke hospital.. kemain.. colleague aku kabo, ko nak drive ke?. Meh sini le aku hantarkan.. teros le kitaorang ke Gleneagles Hospital Jalan Ampang, dah settle semua, aku dok nemankan dia sampai doctor sampai, aku tak dapat nka bayang kalau dia takde dalam hidup aku.. Kena jugak la jahit di dahi dan tepi mata, aku rasa kena visor helmet tuh, doktor kata lucky your husband, sikiiiiiiittt je lagi nak kena mata.. susah nak jahit yang dekat mata tuh.. Settle semua dalam pukul 3pm jugak lah, terus balik rumah..

Memandangkan haritu hari Jumaat, ada few things kat opis yang aku kena settlekan, aku dah bajet nak coti hari Isnin, jadinya Cik Red balik rumah dulu, aku balik kemudian, hmpphh.. SUMPAH AKU NAK BERENTI KERJA!.

Seperti biasa jaga orang degil banyak cabarannya.. hahaha.. Cik Red memang nekad tak mau kasik tau mak pak dia, takut deme risau.. Aku sebagai isteri dan menantu tersepit jugak kadang-kadang, sebagai isteri aku faham perasaan seorang anak, sebagai menantu aku faham juga perasaan seorang ibu.. jadi untuk tidak memburukkan keadaan, aku rancang membuat sedikit makan-makan dirumah.. Lagipun aku asik 'check in di Gleneagles' thru facebook, adik ipar aku yang sorang tuh asik tanya je, ingat aku mengandung ke hape?. hahaha.. Mula-mula Cik Red agak keberatan untuk aku buat makan-makan tuh, sebab luka dia masih nampak lagi.. tapi aku cakap sampai bila tak nak kasik tau, jadi apa-apa esok-esok nak salahkan siapa..?

Jadiknya semalam datanglah family mertua aku beramai-ramai dirumah aku, aku masak pon biasa-biasa je, ikan kembung lemak cili api dan belimbing buluh, sayur buncis goreng, ayam black pepper, telo masak suun, sambal belacan mangga mangga muda, airnya limau suam.. Untuk dessert pulak aku buat pisang balot kulit popia dan kuah kastard, hahahah.. Pak mertua aku kabo seminggu dok umah Mak Long gemuk!!.

Masa tengah goreng sayur tuh aku dah pecah rahsia ke mak mertua aku perihal Cik Red, biasalah kena marah khuen.. hahaha.. Tapi aku kabo molek-molek ke dia.. hati mak kan, dia cakap memang sentia teringat kat Cik Red, lepas sembahyang tiba-tiba terbayang muka Cik Red, nak call tapi risau kacau kerja Cik Red, tak jadi nak call, hati rasa berdebar semacam, aku cakap, mak saya yang isteri pon tak tentu arah punya debar, nih kan pulak mak kan.. Nih lepas aku kasitau semalam, barulah lega hati katanya..

Jadiknya settlelah kerja aku sebagai isteri dan menantu.. Cik Red saya dah beransur pulih dan hari ini baru naik kerja semula setelah diberi MC selama 8 hari.. Jumaat lepas dah bukak jahit..

Alhamdulillah, syukur Cik Red tak apa-apa, benda kalau dah nak jadi, berhati macamana pun tetap terjadi jugak, kami anggap ini semua satu ujian dari Allah.. 

Aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Abg Jo, Jiji, Aida, Bro kerana sudi menolong kami waktu tu, tolong bawak hospital tolong hantar kereta balik, tolong hantar aku, buat Yan kesayanganku, terima kasih datang melawat dan kasik Gamat Healin, tak tau le macamana aku nak buat tanpa korang, terima kasih juga pada kawan-kawan alam mayayang lain sudi mendokan dan kasik tips-tips, menu-menu ikan haruan le, tuam le, macam -macam le (korang tau sape korang).

Terima kasih Allah kerana mengurniakan kawan-kawan sebaik mereka.. Allah je yang mampu balas budi baik kalian.. Terima kasih kawan-kawan..


3 comments:

YUS said...

lorrrrrr... xtau pun a'jai xcident! huhu... sib baek xde ape2 kn k'ana!.. tp tu ler, naluri isteri tu kuat kn! huhu..

ZuNas77 said...

eh..kenapa saya tak tau nih??????...

apapun, syukur en ujang selamat...bulan, mmg betul cara awak buat tu. apa pun, hati mak dia tu kena jaga kan. mcm riso kalau tak bgtau mak dia. walaupun anak dia dah besar panjang, tp tetap la anak kan...kekeke..u did a great job babeh...

semoga encik ujang cepat sembuh sepenuhnya dan di jauhi benda2 gini lagik..amin...

InaAchik said...

tak tahu pon...
masa tahu ni ntah2 mr red dah siap sedia merempit balik ntah.

ps penaja: amik lesen kete. kalo pompuan pengecut cam saya boleh, kamo mesti boleh!