Friday, March 30, 2012

Dah Read Tapi tak Reply??

Hari tu baca blog nizamsani, balasan sms yang paling menyakitkan hati adalah "k".. hahahaha.. ingatkan aku sorang jah berbulu, rupa ramai ek.. ye le kita nih kadang-kadang dok tulis beriya panjang lebor, ko jawab 'k' jah.. phuiii!!!

Tapi aku guna gak 'k' semata tuh bila aku tengah bengang.. hahaha..

Oklah itu cerita lain, cerita aku pulak, pada pengguna Blackberry, kan bila kita message orang guna BBM tuh, kalau orang disana dah baca dia akan keluar R tau kat tepi, aku pon tak tau R tuh stand for apa, Read? kekeke..

Kalau Whatsapp pula, kita tau orang disana dah baca message kita bila tanda double right tuh keluar..

Sangat annoying gileeeeee okeh bila kita dah tau orang disana dah read kita punya message tapi tak dapat balasan?????.. hahahahaha..

Macam-macam peel manusia nih kadang-kadang.. hahaha


Wednesday, March 21, 2012

Langkawi Day 1

Seawal 6 pagi dah bangun walaupon tiket flight pukol 2 petang tapi nak menggambarkan perasaan gembira aku tuh mata dah tak buleh lena selepas subuh.. Gaya kecik-kecik nak ikot rombongan lawatan sekolah ke tempat-tempat menarik sekitar KL contohnya Muzium Negara dan Tugu Negara..

Pukul 1030 pagi macamtu dah keluar rumah, sarapan sebentar, nak makan pon tak lalu, almaklumlah eksaited kekdahnya.. *kahkahkah gaya nak p London*

Naik cab sampai KL Sentral terus naik bas ke LCCT, kemain Cik Red aku mengondem Air Asia, bersimpang siur kekdahnya, aku? naik flight pon baru 2 kali, kahkahkah, lagi tak tau jalan, masalahnya bukan tak tau ke simpang siur ke kat sini, tak biasa, mungkin dia dah biasa dengan MAS kot..

Okeh, settle web check in, luggage bagai, teros dok nunggu flight, patotnya flight kitaorang pukul 2 kan, delayed le pulak setengah jam, ada 3 passengers hilang.. phuiii!!! hahahaha.. Aku dah le tak nyabo nih..

Sampai Langkawi pukul 3 lebih kot, settle amik bag bagai teros ternganga-nganga carik kereta sewa, banyak kaunter-kaunter dah tersedia kat sana, nak kereta sewa, nak island hoping semua bagai, pilih je..

Dapat je kereta teros g chalet kat Pantai Cenang, saya ada jugak survey kat internet, hati tu nak le menginap kat rumah pokok kat Mali Best nuh, tapi tak yah le berangan, memang fully booked!!. Last-last kitaorang menginap kat sebelah Mali Best sana Melati Tanjung, okeh terkejot, ingatkan chalet rumah sebijik-sebijik, sekali naik macam asrama daa, punyalah lama nak meninggal tak datang Langkawi.. dengan Mat Salleh gaya macam kampung deme, kemain bawak motor tak pakai helmet bukak baju.. hahahaha

Lepas check in. rilek-rilek buat apa yang patot sat, suami ajak keluar ke Gunung Mat Cincang nak naik cable car, tengok cuaca baik, nak tunggu esok takut hujan katanya, masa nak g tuh menyinggah makan laksa tepi laut, mana lokasi tak tau tapi dekat la dengan airport..  Tak payah la pesan pasemboq depa, ke laot beno rasanya, p Penang je lah kalau nak makan passemboq :p

Hati berlagu riang nak naik cable car, tak sedar diri yang awak tu penakut! Bila tengok rupa cable car, tangan dah berpeluh..

*Subhannallah, maha suci Allah, terpegun saya dengan keindahan ciptaan-NYA.. 






Petronas Malaysia Grand Prix Showcase KLCC

Petronas Malaysia Grand Prix Showcase at Suria KLCC, 17-25 March 2012, jom datang beramai-ramai..

Hari ni kalau tak silap aku Michael Schumacher dengan Nico Rosberg ada di Councourse Floor, Suria KLCC, pas balik kerja tuh singgah-singgah le KLCC, mana tau kot dapat bergambar ke, dapat sain otogerap ke.. sesambil tuh boleh le bershopping F1 2012 merchandise.

Pada yang dok jejaoh alam tuh buleh shopping online, meh terjah Petmos E-Store.  

Tahun nih tak menjejakkan kaki pon kat sana during F1, sebok nak separuh gila rasanya, errr pada sesiapa yang jumpa saya tengah jalan dok gelak sorang-sorang tuh tolong hantarkan saya pulang ke pangkuan suami dengan selamat ye.. kahkahkah






Tuesday, March 20, 2012

Langkawi lagi kita! Lets Jomssss!!


Terima kasih Nana! kekeke.. Kalau tak silap saya dah dua minggu saya ada colleague perempuan yang baru, Nana nama dia. Terkenal dengan pembelian tiket-tiket kapal terbang yang morah-morah, hahaha.. semalam masa dia surf internet, dok tengok Firefly ada buat promo RM25, kemain tanya aku, aku pon teros call laki, laki ok jah.. hahaha.. kali nih bawak mak sama pak mertua pulak lah.. rosak aku budak nih koje sini, mau setaon lapan belas kali p bercoti *amboih, gaya bos ko kasik ke pon* kekeke..

Destinasinya ke Langkawi juga, mak jemah dah gila poyok okeh!! hahaha.. Gambar Langkawi itu hari pon tak convert lagi, nih dah bayo tiket untuk ke Langkawi lagi, syabas inspektor shahab!!


Friday, March 16, 2012

Selamat Tinggal Permai Seri

Salam semua..

Busy bangat sekarang nih, kalau tak silap aku dah 2 minggu aku balik rumah pukol 11-12 malam..

Hari ni memang hari yang kelam kabut jugak dibuatnya, awalnya memang dah tahu ada barang nak kena hantar di Petronas Twin Towers, jadinya tumpang sekali untuk berjumpa dengan client kita, ada something need to clarify, matylah kalau esok aku silap, tadah muka le buat kena maki.. hahaha.. jadi sebaiknya adalah meet up kan, clear sikit..

Sebelum tuh abang dah call untuk arrange kan perjumpaan aku dengan lawyer, cadangnya haritu nak ke Shah Alam ke ofis En Lawyer tuh sebab senang aku terus jumpa Yan dan Syerah, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, terpaksalah di cancelkan, so tiba-tiba abang call kata En Lawyer nak datang, cis, matylah aku dengan nak ke KLCC nya, jadinya arrange dengan En Lawyer jumpa lepas Jumaat di office. Takde buat apa pon, sign sign sign jah.. hihihih..

Sebenarnya agak sedih juga untuk mengucapkan selamat tinggal pada Rumah Pertama saya tu, saya beli rumah tu masa umur 26 tahun, dekat-dekat nak kawen.. tidaklah besar, tidaklah hebat, tiada balkoni mahupun dapur yang besar, tapi saya agak berbanggalah juga kerana dapat juga saya beli rumah di kawasan Ampang dan umur yang tak berapa nak muda dan tua walaupun menerima kata-kata seperti "eeiii kecik ek dapor umah ko!" "owhh aku tak suka rumah takde balcony" :).. Nak buat macamana saya cuma pandai mengukur baju dibadan sendiri, bukan badan Bob Kuman..

Agak naif sebenarnya tentang selok belok pembelian rumah ni, nak nak pulak masa tuh menggedik nak kawen, tahun yang sama pulak tuh, tahu-tahu sajalah kalau beli rumah, semua nak pakai duit, punyalah nak menangis keluar duit.. Tapi arwah mak dan abang saya memberi kata-kata semangat yang saya sebenarnya mampu.. Abang saya dan kakak ipar saya banyak juga tolong kat rumah tuh..

Sebenarnya bila mak dah takde, rumah tuh jadi lain, suram, ntah la, saya pun tak tahu nak describe macam mana, saya tak boleh berlama-lama kat rumah tu, saya sayu, hati saya banjir.. banyak kenangan dengan mak kat rumah tu, tapi apakan daya saya, saya dah capai kata sepakat adik beradik *dua orang je pon*. Yang sebenarnya memang saya dan suami nak duduk disitu, tapi suami mengenangkan saya kerja jauh alam.. Setelah capai kata sepakat, saya rasa memang saya nak jual, ramai orang tahan kata sayang, kenapa tak sewa semua, saya ada pendapat saya sendiri, rumah tuh mak saya jaga sebersih-bersih alam, nanti kalau dapat penyewa yang ntah hape-hape mau aku meroyan, lagipun dah experience dengan rumah di Kampung Melayu, adoi la.. Insyaallah akan pindah disana sebelum raya nih *tapi macam tak sempat, sebab memang banyakkkkkk sangat nak kena buat rumah tu* pening!!

Jadi borang semua sudah ditandatangani, makanya dengan secara rasminya saya perlu mengucapkan selamat tinggal pada Permai Seri..

"Alhamdulillah.. berjalan lancar so far.. selamat tinggal Permai Seri.. maafkan adik mak, adik tahu banyak kenangan kita semua kat sana, tapi adik rasa kenangan di Kampung Melayu lagi banyak.. insyaallah akan adik jaga baik2.. adik membesar disana, abang kawen disana.. semuanya disana.. nostalgia adik dengan mak utuh dihati adik.. sayang mak! rindu mak! semoga dipermudahkan semua urusan.."

Hati saya banjir seperti Cik Nikon D200 suami yang bertukar tangan dahulu.. :( tapi tu pengakhirannya gembira, yang ini belum tahu lagi..




Thursday, March 15, 2012

NeenaAnuar GIVEAWAY "Aigner & JLo Scent Treasure Hunt!

Gedik jugak nak join contest NeenaAnuar Giveaway "Aigner & JLo Scent Treasure Hunt" nih.. perghhh.. gaya macam tau je jawapan, tapi kene double check, terpaksa menggeledah semula.. hahaha.. apapun bukan nak hadiah sangat saje suka-suka nak release rension.. 

So dibawah ini adalah syarat-syarat penyertaannya, aku kopipes jah..


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Contest nie terbuka kepada anda semua yg mempunyai blog & juga FaceBook! macam mana nak join giveaway nie thru FB? nanti aku ceritakan!

2. Tiada paksaan utk menjadi follower blog I'm Yourss nie... kalau rasa nak follow silakann.. kalau tak nak pun takpe as long as on any updates about this contest you all are fully aware about it yea.. :)

3. Create 1 Entry (for Blog) / Notes (for FB) khas mengenai giveaway ini dengan tajuk NeenaAnuar GIVEAWAY "Aigner & JLo Scent Treasure Hunt!"

4. Copy dan letakkan Banner contest ini didalam Entry (Blog) / Note (FB).. dan juga dlm entry / note korang pastikan ade syarat penyertaan + gambar ketiga-tiga hadiah + kesemua gambar soalan A-G.. jgn lupa caption nya perlu dicopykan sekali! Senang citer apa yg aku bebel kat dlm entry giveaway nie.. ko copy jerk semua sekali dan pastekan ke dalam entry / note korang tuh! :D

5. Kemudian bagi Bloggers... pastikan banner contest nie di letakkan di bahagian sidebar blog anda.. dan juga sila pastikan ianyer di back LINK kan ke blog I'm Yourss nie...

5. Seperti yg dijanjikan dlm entry sebelum nie... ade 3 Hadiah yg bakal korang menangi....

1st Winner!
Aigner 100ml body lotion!

2nd Winner!
75ml of Jeniffer Lopez body lotion!

3rd winner!
50 ml Aigner body lotion!



7. Then kalau korang dah complete kan semua syarat2 diatas... as for Bloggers, sila tinggalkan LINK entry contest anda tu di sini.. NeenaAnuar GIVEAWAY "Aigner & JLo Scent Treasure Hunt!" ni yer...supaya senang si Neena Gorjes Gonjeng nak gi check korang punyer penyertaan... as for Facebookers pulak, korang perlu Inbox me at my FB account by giving me your Note link! Tak kire korang friend or unfriend with me at FB.. yg penting just drop me your Note Link sahaja and make sure that your Privacy Setting for that notes is open for Public.. Then only I can check your notes entry keh! :)

8. Takde sistem TAG.. if ade your readers yg rasa nak join.. di persila kan! but if korang rasa korang baik hati nak ajak kawan2 korang yg di Blog ataupun di Facebook utk join GA nie dengan TAG some of your friends... no problemo! everybody are most welcome! :)

9. Cara pemilihan pemenang akan dilakukan berdasarkan pada jawapan yg paling tepat! Kalau let say ramai yg dapat menjawab dengan tepat.. as usal aku akan gunakan khidmat Random.org! so biler dah guna random.org tu makanya sapa yg bertuah lah akan dapat hadiah2 wangian seperti diatas nie tadi!

10. Ok ini part yg paling penting... Dalam memberi JAWAPAN kepada soalan-soalan yg akan aku kemukakan dlm Giveaway ini.. anda DILARANG sama sekali.. aku ulang yer... anda DILARANGGGG sama sekali utk NYATA kan jawapan anda di entry (Blog) or note (FB)! kenapa aku larang? coz jawapan korang adelah Rahsia! nanti org lain yg joint senang2 jek copy paste jawapan korang! tak ke kesian ko dah penat2 belek blog aku.. pastu org lain yg nak joint sesedap rasa gie copypaste! so dengan ini aku isitiharkan jawapan korang Biarlah Rahsia! Dengan aku jangan lahhh pulak ko rahsiaaa... nanti macam mana aku nak tahu ko bagi jawapan yg betol atau tidak! haha.. so basically biler korang nak antar LINK entry korang kat aku.. dlm link tu nyatakan lah jawapan korang pada aku... don't worry... link korang aku takkan publish sampai tamat tempoh contest.. akan aku simpan dulu baik2 dlm comments moderation tuh! as for facebookers pulak.. dah tentu2 biler korang hantar note link korang kat aku secara Inbox.. ia adelah private! So semua jawapan anda adelah rahsia ok! In case ade jugak yg bagi jawapan kat entry or note korang... ingat.. automatik aku reject penyertaan korang tau! nanti tak adil pada org lain yg nak joint pulak! :)

10. Tarikh TUTUP Contest pada 15th Mac 2012 pada tepat jam 11.59PM... So all the best and gOOd LuCk guysss! :)

Ok.. syarat penyertaan dah tahu... so now apa yg perlu korang buat? Biler sebut pasal Treasure Hunt.. maksudnya korang perlu buat kerja hunting lah kan?? haha.. actually sangat simple dan sangat mudah bagi mereka yg membaca blog aku secara tegar! confirm korang tahu jawapannya! But pada yg tak sure.. or like 50/50 nak kasik jawapan.. don't worry... semua soalan-soalan treasure hunt aku tu ade jawapan nya di dalam I'm Yourss nie! cuma korang kene pi treasure.. carik jawapan yg paling tepat! itu sahaja! mudah kan?? hehe...

So di sini ade 7 soalan yg perlu korang jawab... make sure korang jawab dengan TEPAT ok! kalau jawapan korang kurang tepat.. ade org lain lagi tepat.. then mungkin korang tak berpeluang utk menang! :)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Here we go for 7 simple question for you to hunt the answer at I'm Yourss!

SOALAN A
Dekat butik mana aku beli baju gorjes kesayangan aku nie?
*Sertakan Nama Penuh Butik dan lokasi nya sekali*


SOALAN B
Dimanakah tempat yg gorjes ini?
*Sila nyatakan nama tempat yg dilawati ini dengan lokasinya yg tepat*




SOALAN C
Bilakah tarikh kami berdua miliki iPhone 4?
*Pastikan tarikh berserta tahun diberikan dgn tepat*


SOALAN D
Dimanakah aku beli topi putih yg gorjes itu?
*Sila nyatakan nama penuh kedai dengan tepat*


SOALAN E
Dalam segment Naked Chef at Home aku...
ade satu gorjes resipi aku yg sangatt popular & hit! sila berikan nama resipi tersebut!



SOALAN F
Nyatakan 3 color contact lens yg menjadi pilihan hati ku!
*Sila berikan brand & juga warna dengan tepat*

SOALAN G
Nyatakan nama rancangan yg aku tonton dimana ianya telah berjaya menambat hati aku utk pergi ke tempat ini!



Kesemua jawapan pada persoalan diatas korang boleh dapat dlm I'm Yourss nie! kalau tak tahu sila lah godek sampai dapat! but remember.. jgn terlaluu confident dengan jawapan korang.. coz some question could be a tricky question! hehehe.. so make sure baca soalan aku tu betol-betol... perrghh... sian korang kene jawab soalan cam amik exam! haha.. ye lahh.. aku ingatkan aje.. jgn confident sangat.. so adelah lebih baik korang double confirm ngan survey the answer dlm I'm Yourss nie ok! :)

So to make it simple biler korang menjawab pada soalan aku... nanti biler korang antarkan jawapan kat aku.. just put it like this...

Contoh:-
Soalan A - ***** (nyatakan jawapan anda)
Soalan B - ***** (nyatakan jawapan anda)
*aku ingatkan lagi sekali.. jgn publish jawapan kat entry/note korang*

Paham? tak paham aku rotan kanggg.. penat dah aku terang satu persatu ngan cukup detail nie! :p

Ok lah.. dah penat aku create soalan exam utk korang nie... I'm sure you guyss boleh jumpa jawapannya sebab soalan semuanya senanggg lah sesangatt!! So all the best and


Good Luck Guys! ;)





Monday, March 5, 2012

XPDC Reunion 2011

Saya bukanlah peminat tegar XPDC, terpandangkan saya yang comel dan belog yang suwitt loike candy pinky-pinky nih *tadah besen untuk montah ulat puhlis* takkanlah gila kat lagu yang berunsurkan dark kan.. Nak kata metal sangat pon ada jugak selit lagu jiwang seketul dua.. hahaha..

Kisahnya En Red saya TERbeli album baru XPDC Reunion nih, saya tengok cover album terus jatuh cinta pandang pertama, jatuh cinta macam anak-anak gadis yang sedang tergila-gilakan penyanyi Justin Bibior tuh.. Konsep kerusi kayu yang sangat simple itu ada maksud tersirat disebaliknya *kemain feeling-feeling artistic disitu* hahahaha.. Tapi serious memang osem gilaa okeh!!. Lantas asal naik je kereta terus pasang cd tersebut, tapi kecewa juga kerana lagu-lagu yang aku suka seperti Nafisa, Hijau Bumi Tuhan, Hentian Ini, Aku Masih Disini , ehehe.. dan banyak lagi lagu slow-slow takde.. *ko ingat XPDC buat album untuk ko Rohana?* hahaha..

Sudah tidak berapa puas hati dengan pemilihan lagu yang ada didalam album tersebut, gigih la saya mengugel lagu-lagu mereka di Youtube.. ulang ulang sampai lebam.. sambil buat kerja, sambil melalak lagu XPDC.. tapi saya dok layan lagu slow je lah, lagu rancak-rancak, mau pengsan saya kat sini tak buleh buat kerja kang.. hahahaha..

Masa kecik-kecik dulu saya cukup tak suka kumpulan nih sebabnya diaorang nyanyi lagu eja eja.. tau eja eja? C ccc.. coba kau pejamkan mata mu yang ayu.. hahaha.. gila tak buleh blah.. Tapi memang sampai sekarang pon tak suka lagu tu, tak tau kenapa..

Dari tak suka terus menggila hanya kerana cover album yang sangat simple tapi artistic pada pandangan mata saya tak berapa nak art nih..

Sekian saja dari saya yang bersiaran dari opis.. hahaha..

Kalau ada sesiapa teringin nak layan lagu-lagu zaman sekolah dulu meh klik sini, terima kasih le kat orang nih yang sudi mengupload lagu-lagu ini..

Friday, March 2, 2012

Instructor Baru

Berbual-bual dengan kawan sekolah yang badannya kekar dan sasa okeh, kekar dan sasa tuh lebih kurang  seperti gambar dibawah gini. Seperti biasa gambar adalah dicilok dari site Cik Red.. kekekeke

buleh refer kat dot.com Cik Red saya.. berburaklah dengan aku nih tadi macam mana nak kurus bagai, kena buat sit up ke, elok ke buat sit up tuh kan, ye le kadang-kadang senaman nih tak buleh lah hentam kromo je, aku kena gak refer pada yang pakar, nak google aku adalah pemalas lipas, dapat berbual dengan member, teros tak lepas peluang dok tanya soklan kan.. 

Nih ada satu tunjuk ajar mudah dari dia, katanya suruh aku luruskan kaki, angkat tinggi jadikan badan gaya huruf L tuh, buat sampai tak larat, atau paling bagus, ambil kayu panjang, letak kat bahu, tangan kiri dan kanan pegang hujung kayu and then twistkan pinggang, cara ni lagi bagus, takde stress kat mana-mana kawasan tulang. Kawan aku tu kata lagi bahagian lemak perut kiri dan kanan tuh akan terbakar sekali..

Pastu kemain soh jaga makan, hahaha.. part makan aku memang lemah ler kan.. tapi tak pelah, aku akan gigih berusaha.. Aku dah mintak kat dia, nanti kalau aku pindah Ampang nak minta dia jadi instructor aku, tapi tak nak dera beriya.. matyla demand.. tak dera macamana nak kuros ek.. kekeke..

Apa pun terima kasih kawan!!