Sunday, July 22, 2012

Sahur & Berbuka - Day 1

Sahur hari pertama sangatlah kelam kabut, hujan lebat sampai ke malam, cadang nak bertarawikh juga tinggal harapan.. Meeting sehingga ke malam hari, suami juga sampai lambat kerana terperangkap disebabkan hujan lebat..

Pukul 9 malam baru masing-masing balik, dah tak nak kemana terus je ke pasaraya berdekatan, mujor jumpa sekor ikan siakap size kecilyang agak fresh juga.. Jadik ler..

Maka sahur hari pertama kami saya buat ikan siakap kukus limau dan semangkok sayur- sayuran celor seperti biasa.. Stock sayur memang sentiasa ada kat rumah ni..
Hihihi

Berbuka semalam berbuka rumah mertua, tak buat apa pon, cuma buat kuih onde-onde melaka je.. Astagaaa..punyalah merampuih dok dapor nak menggetel dia.. Hahahaha...

Selamat berbuka semua, hari ni dah ada idea tak nak masak apa?




- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: