Monday, July 9, 2012

Satu Tahun telah berlalu..

Semalam genap satu tahun arwah mak meninggalkan kami.. genap satu tahun juga saya sangat merindukan dirinya.. genap satu tahun juga saya tidak pernah bermimpikan mak..

Semoga mak tenang disana.. kenangan-kenangan manis bersama mak tak mungkin hilang dalam kotak ingatan adik.. makin hari semakin biasa, tapi bila terkenang air mata mengalir jua.. saat makan, saat selsema dan batuk terasa tapak tangan kasar mak sapu Vicks kat dada dan belakang adik nih.. Adik sayang mak sangat-sangat.. 

Semalam juga tiada ribut dan hujan, dapat satu berita sedih, sahabat saya Sha telah kehilahangan ayahanda beliau.. tahun lepas, di tarikh seperti ini, dia melawat saya dan memeluk saya kerana kehilangan saya.. Tahun ini dia juga kehilangan, cuma saya tak dapat memeluk dia untuk menenangkan beliau, jauh di Kuala Kangsar sana.. Harapan saya semoga roh arwah abah beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. 

Saya tidak dapat berbual apa-apa lagi dengan beliau, mungkin sibok, saya faham benar dengan orang adik beradik 2 orang nih.. Saya harap beliau tabah... 

Disini, kita keluarga, kami sentiasa ada untuk kamu wahai sahabat.. menangislah jika perlu..

 Al-Fatihah..


2 comments:

YUS said...

Al-fatihah..
Semoga dia tenang disana!

Unknown said...

Alfatihah utk arwah