Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua.. Puasa tahun ini telah menanam azam awal-awal untuk tidak menjejakkan kaki ke Bazar Ramadhan.. 1 hari telah selamat, 29 hari lagi mungkin.. hahaha.. harap-harapnya termakbullah doa saya.. :p

Saya kalau membeli barang bagaikan orang gile, itu nak, sana mahu, sini juga nak.. ohhooo.. nafsu sangat membuak bila tengok murtabak, roti john, karipap pusing, kuih sampan/tako, kuih kole, puding caramel *owhh tahun ini tak mau beli, sekeping RM2.00 huh MAHAL!! tahun ini saya nak buat sendiri, makanlah suami saya sampai montah, saya buat seloyang!!* (eksyen ko Rohana, mementang dah pandai buat, dulu tak pandai buat RM4.00 pon ko kata takpe mahal janji sedap) RM4.00 puding caramel dalam bekas taufu fa dekat Bukit Indah Ampang, perghh sedap gile pakcik tuh punya, paling sedap takat ini.. Tu baru senaraikan yang kuih muih, yang aku suka, belom masuk part nasi ayam, ayam rempah, ayam dara, lauk pauk, nas dagang, kerabu, nasi ambang, nasi tumpang, mee goreng, char kuey teow.. hoihhhhhhhhhhh.. semua nak..

Nak nak kalau tengok air, air tebu adalah wajib, kelapa juga wajib.. taufu fa lagi, gula putih juga gula merah.. amik ko.. wooo saya tobat dah.. hahaha..

Berbuka pada hari ini amat simple pada saya, almaklum keje, tak sempat saya nak kejar², balik² je saya teros masak tumis air suun & fucuk campor kentang, goreng ikan rebus pemberian Yan tempoh hari, juga ada belen sambal kicap pedas buat habuan cecah.. Itu je lah lauk berbuka kami pada hari ini..

Anda semua berbuka apa?




2 comments:

~June a.k.a UmmyImran~ said...

Bulan...

Kalo pegi param, habis...habis duit...berat badan pun habis...habis naik jarum penimbang tu...huhu...

Bulan said...

hahaha sunggoh le june oiii.. ekekeke