Saturday, December 25, 2010

3 Kali sampai montah Darah

"Kalau kita ingat kat orang, orang tu datang kat kita".. cis seram pulak aku.. Masuk malam tadi 3 kali dah saya tonton filem ini, mula-mula memang tak sabar nak tengok, tiket asyik habis, giler ler.. kali kedua tengok dengan kawan pasal dah janji, kali ketiga pasal Cik Lelabah nak tengok laki sekali... hoihh.. montah darah!!

Eh tapi ceghite pasal ingat mengingati nih, ada orang pernah kata, kalau orang tengah ingat kat kita, nanti tetiba kita terbayang muka orang tu? ye ke? iskhh.. kalau betul, tak sukanya! Pada orang itu tak payah lah beratkan hard disk engkau untuk teringatkan aku ok.. syohhhhhhhhhh!

Oh saya bukan nak bikin review untuk Hantu Kak Limah Balik Rumah nih, siapa minat cerita abang Mamat sile le ke panggung berdekatan, gelak sampai keluor ayo mata.. Tapi ya lah tekak orang tak sama pesyennya, ada yang suka ada yang tak suka, kawan opisku ini orang Kelantan, saya tanya dia paham tak? dia cakap paham.. dia cakap nak tengok lagi sekali.. see.. mungkin le ada certain perkataan yang dia tak paham pasal bukan orang Perak kan, macam saya ada perkataan-perkataan yang biasa dengar mak sebut,orang-orang tua pernah sebut, memang mampus le gelak walau orang lain tak gelak.. Benornya bukan paham sangat pun apa deme tu cakap, tapi disebabkan pernah dengar pastu masuk dalam filem pulak perkataan-perkataan tuh.. kekekek

Memang le ceritanya tak berapa nak logik, ada pulak siap mengondem, citer melayu memperbodohkan orang melayu katanya.. gelak sangat nih, ce dengo apa deme katakan satu-satu, sinikal yang abang Mamat selitkan baru taw sapa bodo sapa bijak.. ekeke.. Nama pun hiburan, tak suka hiburan sila layan berita okeh.

**saya bukanlah sedara Abang Mamat kerana mempertahankan beliau, saya adalah saudara seislam beliau sahaja bak kata Purnama dalam ceghite ini.. Nak tahu lebih lanjut, moh le ke pawagam berdekatan.. ce ceghite ce ceghite..







3 comments:

Deqna said...

entah bila lah saya nak tgk citer nie.. asik tak berkesempatan je lagi..

nizamsani said...

tiga kali.
peh.
hebat.

CatlinaFly said...

cite2 mamat khalid memang tak pernah kering gusi kalau nengoknye :)