Wednesday, December 22, 2010

Sekinchan Ikan Bakar@Sri Gombak

Cerita ceriti sekitar 11.10.10 *okeh basi!!* hahaha

Teringin bebeno nak makan ikan bakar kat Sekinchan Ikan Bakar tuh, nak nak baru bukak kat kawasan rumah kitaorang kat Sri Gombak sana..

Okeh meh saya kabo ke korang, kat sini segala mak nenek ikan ke sotong ke udang ke semua pilih sendiri, air je dia amik order, yang lelain tuh dari amik nasik sup ke segala, semua korang amik sendiri, udah pilih-pilih ikan semua, p timbang, pehtu dia masakkan.. Tapi idak le buleh masak siakap setem eh silap stim ke bawal 3 rasa ke, memang dia pakai rempah ratus dia le sendiri, bako je..







Ni keropok, sup, sambal kicap, asam cecah sama ulam ulam.. aku sebenarnya tak pasti dia charge ke idak yang nih, sebabnya dah lama sangat, resit pon ntah ke mana..


Ni yang kami order, lala, ikan bawal dan ikan pari


Macamana nak cakap ye.. tak nak kasik berapa bintang, sebab ntah mungkin dah lama sangat kot, pada saya sedap beriya tu takdelah, buleh la nak merasa, tapi nak pergi lagi sekali takdelah kot.. memang sambal pada ikan bakar dia tu rasa lain, tapi tak berapa nak capai piawaian aku lagi kot *perghhhhh ko ingat ko Chef Wan??* hahaha..

Oklah lain orang lain tekaknya, cumanya ia tak kena dengan tekak saya dan Cik Lelabah buat kali ini..


3 comments:

mama tisya said...

rmi aku bc feedback kt ikan bkr sekinchan ni tk brp ok..best lg lyn ikan bakat blkng istana..hehehe

ko tk try ada 1 western koboi kt blkng situ..byk gk tmpt mkn br sekitar tmpt br tu kn

SyaNa said...

kopok sup segala tu free
aku pegi ari tu bleh la kena tekak aku
aku pn pegi yg sri gombak

Bulan said...

errynn mama tisya ~ haah byk kedai makan kat situ belom terai lagi.. ekekek... tu lah byk feedback kabo xbest.. ntah ler, tp buleh le nak rasa..

syana ~ ntah le xbape nk kene tekak aku aritu, tukang masak lain ke cmna ntah.. ekekeke