Tuesday, July 12, 2011

Dia Sudah Tiada Part 2

Salam semua..

Umum dah mengetahui yang bonda saya sudah pulang kerahmatullah pada 8.7.2011 hari Jumaat tempoh hari. Terima kasih saya ucapkan kepada kawan-kawan yang sudi menziarah, menghulurkan pertolongan tak kira dari segi fizikal, wang ringgit, ucapan takziah, semua kami sekeluarga ucapkan berbanyak-banyak terima kasih, kami hargai dan sangat-sangat terharu dengan keikhlasan dari teman-teman semua.

Sebenarnya ingin saya rakamkan memory saya bersama arwah bonda dan juga keluarga juga kenalan rapat saya disini jika ada apa-apa yang saya terlintas teringatkan beliau, akan adalah tajuk "Dia Sudah Tiada Part 2 3 4 5 dan tak tau sampai part berapa, janganlah orang kata saya tak redha dan merintih serta meratap hiba, saya tidak mahu "dia " jauh dari saya walau itu hakikatnya.. Tidak salah rasanya saya ingin mengingati momen-momen lucu serta manis dengan beliau..

Saya menulis nota ringkas ini didalam handphone saya pada 6.7.2011. Saya tak tahu kenapa harini saya begitu emosi, sedih dan sangat-sangat terharu, saya tak peduli orang kiri kanan, saya tak peduli nurse maupun dokter, air mata mencucur laju.. Owh sedih tengok mak sedemikan, lagipun dah lama sangat saya tak berburak dengan mak..

15.6.2011
Tarikh tersebut adalah appointment untuk dibuat ultrasound. Dokter perempuan bahagian ini, aku dan keluarga puji sangat, communication skills dia sangat baik, kami family members sangat senang hati, biasalah sapa-sape yang pernah experience dihospital Ampang akan tahu Dokter dan nurse-nursenya bagaimana *senyum*
Lepas dah buat ultrasound, dokter ni suruh mak buat CT Scan sebab mereka tak nampak apa-apa hasil ultrasound tadi sebab buah oinggang mak bengkak dikedua-dua belah. Sebelum itu mak perlu dimasukkan air, air dalam dibadan mak tak cukup, kena penuhkan air dikawasan pundi kencing, nak cucuk jarum nak masukkan air pon satu hal juga, dengan faktor usia mak, urat pon dah tak jumpa, aduh tak sanggup betul tengoknya, nurse cocok banyak kali tak buleh terpaksalah panggil Dokter Sherry *dengar deme panggey* Dokter, bahasa kamu tak bagus, pegi amik course ke apa pasal communication skill lah dokter, iskhh.. memalukan hospital *deme nih tak dengar cerita ke hospital nih teruk ke saje-saje buat tak tahu?* Tak paham aku orang sekarang nih jadik dokter, ikhlas nak tolong orang ke atau saja-saja ek nak pakai labcoat? Maaf ya dokter-dokter diluar sana, bukan semua, segelintir, tapi yang jumpa kebanyakkannya dihospital ampang semua yang muda-muda begini, saya mintak maaf, saya tekankan lagi bukan semua, tapi segelintir..

Lepas dah buat CT Scan, mereka ada jumpa mass dalam perot mak, mereka nakkan lebih kepastian dan buat ultrasound semula, ini semua diterangkan oleh dokter yang mula-mula yang buat ultrasound pagi tadi, dokter Sherry datang semula untuk menerangkan kepada kakak ipar saya, kakak ipar saya kata ' owh takpe, dokter tadi dah terangkan semua'. Terus dia blah ntah mana-mana.. hahaha..

Lepas tu kami ke wad medical untuk berjumpa dengan ada sorang dokter nih, tak ingat juga nama *peel aku memang ingat nama orang perangai ntah hape-hape*, very nice doctor, bukan islam, tapi baik sangat-sangat, dia advise mak kena ambil darah sekali lagi dan mak kena tahan wad, kali ini diwad pembedahan. Mereka tolak mak diwad gynea, sebab fizikalnya deme suspect mak memang ada kanser servik. Masa nak pergi bilik scan tuh Dokter tanya mak buleh bangun tak?, nak kena naik kerusi roda, mak siap cakap kat dokter "tak buleh ke naik katil nih je dokter?" hahaha.. Aku tanya dokter buleh ke dokter? Dokter cakap, patient request, buleh saje!!.. hahaha.. mak mak..

Dila anak buah saya merangkap cucu sulong mak merangkap buah hati pengarang jantong mak dipertanggungjawabkan menjaga mak saya pada malam hari, kasihan juga beliau, cuti semester dihabiskan dihospital saja, kerapkali juga saya meminta maaf padanya.. "takpelah maksu" kata beliau.. kejar pahala gumam saya dalam hati..

Mak semakin hari semakin lemah, buah pinggang mak rosak teruk juga, sebelah rosak habis, sebelah lagi dokter nak selamatkan, rosak disebabkan kenser itu besar juga saiznya. Dia menganggu dipangkal rahim jadinya saluran air kencing tak dapat lalu dengan betul jadinya dia tolak balik keatas, flow dah tak betol, itu yang jadinya buah pinggang bengkak.

19.6.2011
Adalah hari terakhir aku berborak dengan mak, semalamnya mak banyak nampaknya makan, makan bubur nasik 5 suap, wahh!! suka betul aku. Sampai nafas-nafas terakhir beliau, beliau dah tak cakap-cakap lagi dengan aku.. Aku tak tahu kenapa, mungkin mak takut, sebab dokter berkira-kira nak melakukan nephrostomy pada mak. Benda nih macam tebuk bahagian buah pinggang belakang untuk air kencing keluar melalui tiub.

21.6.2011
Experience naik ambulan, ceh macam hare jah ambulan spital ampang nih pon, agak-agak ler bawak, nak montah ulat taik aku!! Giler, bukan bawak orang eksiden pon..sampai sana, tiba-tiba petang tu mak bersuara "nak balik" aduhh.. aku tanya mak nak balik mana? "rumahla" kata nya, aku punya sayu toksah cakaplah, hati aku nih memang nak suruh mak balik dah, tak sanggup rasanya nak berdepan benda-benda macam nih, abang call aku malam tu, dia cuba menerangkan logicnya benda ni dibuat, okeh lega sikit, aku berborak dengan Yan dengan Syerah, okeh kata-kata mereka melegakan aku. Kami mencuba segala yang terdaya mengikut saranan dokter, dari tidak berbuat apa-apa nanti kesal akan datang tak sudah. Aku doa dan tawakal je lah, harap semuanya berjalan dengan lancar.

22.6.2011
Harini mak buat nephrostomy, aku sama abang aku berkampung diHKL, abang aku tuh nak datang sekejap je katanya, teros tak jadi pegi kerja, condition mak lepas operation.. hmm ntah tak tau nak kata, aku mak lagi suffer, bila pikir-pikir kalau tak buat lagi suffer, ntahlah.. kesian sangat tengok mak, macam fobia pon ye, dengan demam, dengan takut, terbayang-bayang muka mak bila lepas operation tempoh hari..

23.6.2011
Hari ni mak akan dihantar ke Hospital Ampang semula, okeh naik ambulance sekali lagi, bagus ja dia bawak, takde le macam orang gila.. walaupon orang kata HKL macam-macam, tapi pendapat peribadi aku, yang tak selesa mungkin tempatnya sahaja, yang lain-lain termasuk nurse kakitangan apatah lagi dokter, semuanya bagus-bagus belaka, cekap!
2 3 hari lepas operate mak nampaknya macam sehat sikit, cuma mungkin tak selesa ada tiub kat belakang kan, sakit aku agak, ada la sekali dia cakap dengan aku "nak minom" dan adalah sekali aku tu aku tanya mak nak air dia cakap "air apa?" tu jelah.. lepas tuh langsung tak cakap-cakap.. kadang-kadang dia pandang kita lama.. tapi setakat itu sahaja, kalau burak-burak sama dia kadang-kadang air mata dia bergenang.. ada sekali Dila tunjuk video dari henfon dari adik-adiknya, tak dapat naik hospital deme berdua tuh sebab bawah 12 tahun, kanak-kanak tak dibenarkan naik, haihh tak patot betol hospital Ampang nih, tolonglah berubah! Dila kata mak ketawa tengok video tu..

30.6.2011
Mak dah btak buleh bukak mata. Makin hari mak makin lemah, ntahlah, dokter kata kurang input sebab mak tak makan, kena paksa jugak-jugak katanya! okeh paksa, minom air kosong pon muntah! muntah keluar kaler brownish tuh, kabo dengan dokter sama nurse hagham tak buat mende pon.. haihh.. Kakak ipar, aku dan Dila sepakat nak bawa mak balik, aku siap search internet pasal nursing care, yelah mak penuh tiub-tiub kat badan, dengan air semua, kami mana lah reti, jadik aku try survey pasal nursing care. Abang aku masih lagi berfikiran rasional, biasalah kami perempuan-perempuan nih selalunya ikut hati, abang pegang kata dokter, dokter kata masih punya hope, everybody deserve a second chance, setelah berbincang dengan kepala yang tak berapa ramai nih, kami tak jadi bawa balik, betol juga kata abang, jika terjadi apa-apa dirumah macammana kan, dihospital pon panik kat rumah mau lagi kalot.. Hari ahad tuh malam tiba-tiba mak bukak mata, Ya Allah teros menanges aku, cuma mak tak cakap lah, aku teros sms Kak Ipar. Pukul 830 malam suami masuk semual, mak kan dah sedar, mak pandang je dia, dia macam terkejot, ehh katanya, teros salam mak ciom pipi mak, dahi mak.. aku? Bahagia sekali...

6.7.2011
Aku dah pandai nak sorok kesedihan, aku menanges tanpa malu, lap muka mak aku nanges, sikat rambut mak aku nanges,urut tangan mak aku nanges, ciom mak aku nanges, sapu losyen nanges, sapu minyak nanges,, cakap dengan mak nanges, rindu.. ya aku rindu sekali, dah lama rasanya tak berborak sama mak..

7.7.2011
Mak makin lemah aku tengok, malam tu nafas mak dah tak berapa bagus, aku ingat sebab posisi mak, aku betulkan posisi mak, pastu dia terus tido, Dila kata pah tido lena, dia pon takdelah nak tengok-tengok pah dia, dia pon tido katanya sebab nampak pah tido lena sangat-sangat *pah-opah-nenek*





5 comments:

AdanyaKauUntukku said...

Ana
akak tak tahu pun
jrang bukak facebook sume
btw...takziah..
moga roh bonda Ana ditempatkan bersama org2 beriman...

. said...

saya menangis.

++eden|essey++ said...

bulan..takziah buat bonda....bonda pon pergi same date ngan besday ako...sedih la....ako juga baru kehilangan nenda 28/6....sedih sgt²

Itawinrum Nauza said...

kok ana....takde salah ingat momen-momen bersama mak...

Pinkjambu said...

kak ila, terima kasih banyak.. amin

nizamsani, saya jua.. ekekek

eden essey terima kasih ya, dan takziah juga dari saya

itawinrum, iye, terima kasih.. bukan meratap hiba.. kekeke