Sunday, July 31, 2011

Hari ini Hari Dia.. Hari Esok Kita Bagaimana Pula..

Salam semua, hari ini genap 2 minggu arwah mak meninggalkan kami. Tadi dapat panggilan dari cucu jiran mak (arwah dah juga makcik tu) Oshin nama dia, dia tanya Pah sihat? ehh aku macam.. Pah dah meninggal la Oshin.. adoi laaa.. intan payung mak aku jugak masa kecik-kecik tuh, Dila tak wujud lagi.. haihh..

Ok habis cerita disitu, ini cerita lain, aku baru dapat baca semua cerita ni petang semalam, selama ni sangat busy tak sempat sangat nak baca blog kawan-kawan, kepada yang maklum, Hospital dah jadi rumah pertama aku dah.. Okeh meh masuk sini kalau nak cerita selanjutnya di Blog Moon

Aku paham sangat berada disituasi ini, berat, sangat berat, family members semua stress, penat, tak tahu apa nak buat, arghh macam-macam.. Aku tiada wang melimpah ruah nak menolong Norma, tapi aku harap dengan bantuan sekecil ini moga dapat meringankan beban Norma dan keluarganya.. arghh susahlah nak cakap, susah nak terangkan, hanya orang yang mengalami saja yang tahu kepayahan ini.. Bukan la kata susah jaga pesakit, tidak sama sekali!!! Tapi ntahlah.. aku faham sangat..

Jika ada siapa-siapa yang sudi menghulurkan bantuan boleh lah berbuat demikian di

01070068677528 CIMB
Noormawati Mohd Rasif

Semoga usaha kecil kita ini diberkati Allah SWT, dan saya berharap sangat-sangat semoga Norma lekas sembuh.. kuasa Allah, kita tak tahu, rahsia Allah pon kita tak tahu..


2 comments:

ZuNas77 said...

Bulan,

mmg sangat2 menginsafkan apa yg jadi kat Norma nih..saya rasa mcm sebak sgt2 sbb dia tak sempat nak bermanja dgn baby dia yg baru lahir tu kan..Semoga segalanya di permudahkan utk Norma..kepada kwn2 yg baca, hulur la seikhlas hati..sikit pun takpe janji dpt ringan beban mereka sekeluarga kan...

Lain org lain ujian yg Allah bagi...ujian kita di masa depan tak tau lagi kan..Kena sentiasa beringat, dan sentiasa redha dgn ujian2Nya...InsyaAllah..

Bulan said...

Mulan, sungguh, sebak saya baca cerita dia, betul tu Mulan, bukan nak kata family xmampu ke apa, cumanya saje nak ringankan beban, mana tau kalau nak buat tambah2 apa patut utk kaedah rawatan alternif ke lain-lain ke kan..

Betul tu Mulan, sangat2 menginsafkan, selama dihospital juga mengajar saya erti bersyukur, kita rasa kita susah sangat, kita rasa kenapa tuhan uji kita dgn dugaan mcmni, tapi sebanarnya masih ada lagi orang yg lagi payah ujiannya yg tuhan nak kasik.. harapan saya semoga kita terus tabah menghadapi apa jua ujian yg bakal tiba.. semoga kita terus kuat.. dan saya harap sangat2 semua org dapat mendoakan norma..