Wednesday, July 20, 2011

Ipoh Part 3

Lepas dah melantok sambil mengumpat, siap-siap Eryn nak kunci rumah tiba-tiba mata aku tertancap pada sesuatu..


Korang mampo?. Aduh pecah perot gelak sama Kok Faizul, dendiam jah Eryn simpan pasu LV kat rumah, hagham kabo ke kawan-kawan.. Aku suka betol rumah Eryn nih, siap ada rumah burung nih.. Cantikkan?. Pandai betul suami Kok Eghyn membuatnya..



Pastu teros dema bawak aku ke sini,


Giler ah taman buleh seberang-seberang naik sampan ke seberang sana.. giler jakun aku nih, tapinya masa tu takde rezeki aku nak naik sampan, sebab langit dah gelap, nak hujan dah.. dok melepak barang 15 minit gitu teros chow ke TKK (Taman Kanak-Kanak). Nih petang makan lagi, Kok Faizul belanja.. Melantok jah kerja aku turun Ipoh nih, Kok Faizul belanja Satay juga (tiada dalam gambo). Lepas pada tu kami teros ke Gebang Malam, hahaha.. seronok giler jenjalan, pas pada tu Kok Eghyn pon beranso le sama anak-anaknya, almaklum le laki dah kasik chance dari pagi tuh sama aku, seharian suntok, sampai ke malam, iskhh.. terima kasih bebanyak le Medan kasik chance kami berjimba ria.. huhuhu..

Pastu aku merempat pulak ke kereta Kak Faizul, dia hantar aku ke Hotel dulu, settle check in bagai call Laila, kami jumpa kat kedai makan depan stadium, kali ni aku tak makan, perot aku penoh dah, melantok jah!!. Pas pada tu laki pon sampai, dok ngajok p Gebang Malam laki sekali.. hahaha..



Terima kasih le banyak-banyak pada Kok Eghyn yang sudi melayan aku, Kok Faizul pon sama sudi gak melayan aku, balik koje dengan tak balik umah dengan pakai baju koje lagi terus jumpa sampai ke tengah malam, siap belanja makan, siap susah-susah masak semua bagai, terima kasih gak kat Laila sebab sudi last-last minit jumpa aku..


Oh ye patotnya esoknya aku balik naik ETS, tapi suami saya tak kasik, dia suruh saya tompang Mior, rakan sekerja beliau kerana saudara Mior akan balik ke KL esok.. eeiiii aku bukan apa, malas le nak nyusahkan orang....

2 comments:

Faizul said...

aku suka baca post ni.
tapi,
tapi,
bab Kok Faizul jugak melemahkan aku yang macho kekar sasa subur ni.
m
e
r
a
j
u
k
Kok Ana, ada rasa nak kena gelek dengan sekuter kah?

. said...

pasu LV ni buat tanam serai sesuai tak?