Monday, July 18, 2011

Hari ini Hari Tua Saya!

Hari ini Hari Tua saya.. tapi.. dia dah tiada.. tiap-tiap tahun sewaktu hari besday saya dia akan memberi sekeping sampul hijau untuk saya, kalau tak hijau oren, kalau tak oren biru, bergantung pada lebihan ang pow raya.. kadang-kadang sampul surat bunga-bunga yang beli dikedai runcit tu.. kekeke..

Hari ini yang tinggal hanyalah kenangan.. Tiada lagi sampul hijau yang berisi wang didalamnya, bukan wang yang aku kejarkan, tapi memori bersama dia.. Kerapkali aku menolak, aku kata simpanlah mak, buat belanja mak, adik dah kerja, apa pulak nak kasik adik, dia kata awal-awal dah niat, aku kata mak simpankanlah, nanti adik takde duit adik mintak mak ye, hehh ambik katanya, buat lekat baju ke kasut ke henbeg ke.. hahaha.. duit pencen arwah abah katanya, share dengan anak cucu..

Hari ini tadi abang belanja makan Satay Station sempena hari tua aku esok hari, aku kata tak payah la, abang kata kita dah takde sesiapa dah.. uhuhuhu..



Terima kasih buat Abang, Kak As, Dila, Hariz, Nisa dan Hazim kerana ingatan juga belanja makan juga hadiah tadi..



Terima kasih suami saya ucapam tepat pukul 12 malam.. kekeke..

Terima kasih kawan-kawan di FB dan Whatapps, satg saya reply..