Thursday, July 21, 2011

Dia Sudah Tiada Part 4

Salam semua..

Pagi tadi mandi tetiba teringat pulak, sebelum mak menghembuskan nafas terakhir, ada juga sahabat-sahabat saya yang baik hati gigih mensyorkan beberapa perubatan alternatif. Syerah kawan saya dari Kuwait kebetulan pulang ke Malaysia untuk menyelesaikan hal anak dara beliau yang cantik manis Lana dan beberapa perkara lain. Kerap juga bersms dengan beliau, dan pada satu malam beliau telah memberi nama dan no telefon Dr Aziz yang menjalan perubatan Homeopathy. Dr Aziz nak medical report mak, so malam tu ada sorang Dokter oncall panggil aku jauh dari katil mak, dia tanya apakah aku tahu tentang penyakit mak bla bla bla, aku cakap ya aku tahu, aku tanya dia sekali tentang perubatan Homeopathy, dia terus tak setuju 100%, dia cakap bukan membaikkan, tapi lagi teruk, sebab ayah dia penah cuba, kata beliau..

ceh.. aku tak paham betul Hospital nih, sakit mak aku dikatakan punca makan ubat darah tinggi, sebab ubat tu tak bagus, mak kakak ipar aku pon diaorang kata sakit sebab punca makan ubat darah tinggi juga, tak bagus ubat yang dimakan tu, apaaa daaa.. ubat orang semua tak bagus.. gilo!!

Okeh Syerah kata takpe, Dr Aziz tuh suruh je sesiapa pergi yang tahu buleh bercakap tentang sakit mak, aku pergi gak la hari sabtu tu, Dr Aziz nih dulu memang Dokter Cancer, lepas aku ceritakan semua pada dia, dia bagi aku sebahagia ubat, ibu kenser, dan 2 botol lagi tuh aku tak berapa ingat dah, sebotol lagi tonic, tapi bila aku sampai hospital, keadaan mak tak mengizinkan aku nak kasi dia obat tuh, sebabnya hari-hari diaorang akan ambil darah, aku takottt.. kekeke.. pastu memang mak dah tak berdaya.. tak bercakap pon..

AJ juga ada kasik link pada aku untuk ubat mencegah kenser, aku baca link tuh, tonik yang Dokter Aziz bagi tu memang tu bendanya.. macam sama..

Yan juga ada bawakkan air dari Darul Shifa', singgah dioffice tempoh hari untuk kasik air tuh, buat jugalah kat mak..

Buyel kawan dari Kelantan juga ada bawak sejenis ubat untuk mak, ini pon aku tak sempat buat, sebabnya masa tu mak tak sedar, bila dah sedar dah pergi pula..

Aku berterima kasih mempunyai sahabat-sahabat yang tak kira susah senang bersama aku.. terima kasih sahabat semua..

** Aku ada niat nak kasik ubat kenser tuh pada orang, tapi sampai sekarang aku tak call lagi Dokter Aziz tu, aku takut dia marah aku sebab tak kasik mak ubat tuh.. *buleh samseng (panggilan suami kepada aku.. ceh!) seperti aku takot nak call dokter?* kahkahkah..



2 comments:

Itawinrum Nauza said...

sesamseng mana pon seseorang itu..apabila ketemu dokter..dia akan takut jua...ingatlah kok ana...

Bulan said...

memang seram pon jumpa dokter takot dokter cocok montot