Wednesday, August 24, 2011

Saya Takde Baju Raya




Raya tahun lepas.. kekeke.. baju pun bukan baju raya, baju lama.. haihh.. apa masalah aku pon tak tau, dulu masa kecik-kecik aku dah biasa jahit baju dengan sorang makcik nih, makcik nih jahit baju kurung biasa je, tapi jenis jahit tangan okeh.. ko mampo?. Aku rasa selesa sangat-sangat sampai ler dah lepas sekolah, makcik tak amik tempahan dah.. huwaaaaaa..

Bermula dari situ ler, aku jadi tak tentu arah bila raya, beli beli memang tak best, tapi beli le gak, tempah pon tak best jua, haihh.. pastu sekarang nih aku rasa masalahnya memang punca dari aku kot, kemain salahkan tukang jahit, tapikan adik bos aku Aida kata akak nih Loyal Branding, kalau stick satu tuh tuuuu je..

Aku ada berpasang-pasang kain cotton yang tak berjahit lagi, aku tak tau nak jahit kat sape, kat mana, ada 1 kedai cina kat Ampang nih, aku soh buat baju aku longgar-longgar, kemain kabo tak lawa, nak gak ikot-ikot body, hoiiii!!! gaya badan aku tuh badan dia, aku tak suka le gitu..

Tahun nih pon takde jugak baju raya, suami suruh carik le jugak, malas le aku, feel tak mari, besederhana jah.. Lagipon memang tiap-tiap tahun aku macam nih, jadiknya tak le rasa sangat.. Takpelah makan masa kan nak sesuaikan dengan suasana baru, raya tanpa mak disisi.. tahun pertama lah nih..

Tahun ni tak dapat duit raya le aku dari mak macam selalu, gile nak mampos, aku kasik ke dia dia kasik ke aku balik mak aku tuh.. hahaha.. seperti biasa alasan dia, duit pencen abah kamu, kena kongsi-kongsi dengan anak cucu.. alahai.. aku harap sangat aku dapat jadi macam mak, tak mau kedekut-kedekut, bukan apa aku payah sikit, penyakit ganjil aku, sekali orang kedekut dengan aku, sampai ke sudah aku ingat, lalu aku pon aku berkira-kira dengan ko tak kira engkau tua atau muda.. buruk ek?. Haihh.. akan cuba berlaku baik dimasa-masa akan datang.. Aku nak waktu aku pergi nanti senang je macam mak, everything is going very smooth..

Aku tau ada diantara kawan-kawan yang baju raya berpasang-pasang, kuih bertingkat-tingkat, langsir raya, kusyen raya, bla bla bla takpe hari raya memang hari untuk bergembira, aku doakan korang semua happy ok..


Terima kasih



Terima kasih kerana menjadi sangat memahami.. Walaupon beliau lelaki tapi hakikatnya aku suka panggil dia "ahkak" okeh.. hahaha.. *mampos tak dapat duit raya*

Tak semua kawan-kawan kita suka kita luah perasaan, kadang-kadang ade pulak yang simbah api dikala hati sedang hot.. macam-macam perangai orang nih kadang-kadang..

Tapi pada 4 orang nih *anda tahu anda siapa* saya sayang anda kuat-kuat, walaupon selalu buat lawak, walaupon kadang-kadang nasihat kome agak kelaut juga akhirnya, namun aku enjoy!! hahaha.. terima kasih kome..

Yang lelain tuh aku sayang kome jua.. korang tau le korang sape..


Monday, August 22, 2011

HDR Class - Belajar sambil Beramal



Salam semua, dah nak habis Ramadhan dah kita, macam mana persiapan semua?. Aku tahun ni takde apa-apa persiapan, baru kehilangan orang tersayang.. tapi takpe, hidup mesti diteruskan..

Hari tu masa buka puasa diluar, baru dapat burak panjang-panjang sama suami, tanya dia serba sedikit ingat tak Moon?, dia kata ingat.. saya tanya dia tau tak cerita pasal biras dia?, dia kata tau, ada tengok video yang saya postkan di Facebook tempohari. Saya cakap dengan suami, buleh tak kita tolong dia?, cumanya saya tak tahu macamana nak tolong, nak kasik duit berapa sangatlah kita buleh beri, so suami come out with an excellent idea, iaitu membuka bengkel HDR Class bagi siapa-siapa yang ingin belajar, murah saja cuma RM100, kenapa murah? sebabnya kita belajar sambil beramal.. Tenaga Pengajar juga tidak akan mengambil apa-apa, semuanya akan diserahkan kepada family Norma atau Moon.

Harapan saya semoga usaha kecil ini diredhai oleh Allah SWT. Hari ini hari dia, hari esok kita tak siapa yang tahu..

Kepada yang berminat sila hubungi :

Red Tarantula/Ujang : 0163610301 | Mat Padin : 0123788515

klik sini untuk maklumat lebih lanjut.

Ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan suami yang sentiasa memberi sokongan berlipat ganda.. Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi baik kalian, moga Allah merahmati kalian didunia mahupun diakhirta kelak..




Friday, August 19, 2011

Dia Sudah Tiada Part 6

Di suatu masa dahulu dirumah lama *anak buah pon masa ni baru ada 2 orang jah*

Turun tangga dari bilik nampak anak buah sedang bersantai diatas kerusi depan TV lalu maksu dia yakni aku dengan tanpa bersalahnya "eyy bangun, Raja belom mangkat!"

anak buah : "alaaa maksu nih.."

maksu : eh takde takde, bangun!!

Sayup sayup dengor suara mak aku dari dapor..

"Dilaaa, bangun la, mengalah, dia tuh budak kecik"

*dia tu merujuk kepada aku la* Padan muka aku kene selepek.. hahahahah

Kalau arwah abah aku pulak dia akan cakap "adik ni dengan anak buah pon tak buleh nak beralah"

alaaa, aku bukan le kejam, suka menyakat kot, ntah.. hahahaha..

Walaupon Maksu korang nih ditaktor sedikit, tapi korang taukan betapa sayangnya maksu pada korang.. kekekeke



Thursday, August 11, 2011

Saya Sayang Dia


Hari ini genap 5 tahun, saya sayang dia, dia jiwa saya, terima kasih kerana menerima diri ini seadanya..

Dah hampir 5 tahun juga waktu kerja tak berapa menentu, balik pukul 2 3 pagi, hampir subuh pun pernah, tak balik langsung pun pernah, tapi dia tidak pernah mengeluh, hari itu waktu mak sakit, dialah juga yang sanggup hantar, ambil, menunggu dengan sabar.. juga tidak pernah mengeluh..

Terima kasih banyak sajalah ungkapan paling besar, nak kasik "buah apple yang dah digigit" dah ada, hahaha..

*balik nih macam nak racik bunga rampailah, ahhh teringat betul bau bunga rampai waktu nikah dulu.. segar sunggoh*



Monday, August 8, 2011

Breakfast RM1 Sajork.. Ko mampoo?





Korang, penah tak pergi Restoran Rakyat 1 Malaysia, Ukhwah?. Ni sudah lamaaaaa punya cerita, masa nih aku keluar dengan seorang adik. Dah sampai KL, dia ajak aku breakfast kat sini, sumpah aku tak pernah dengar pon kedai nih sebelum nih.

Konsep dia layan diri, kalau nak roti canai p dekat kaunter roti canai sana, pastu amik pinggan amik le roti canai ko sendiri, kalau nak ambil air, p kat kaunter teh tarik nuh, tuang sendiri, teh tarik dia sedap okeh!

Apa yang dengar cerita, restoran nih dimasak secara gotong royong oleh sukarelawan. Restorennya pon cantik, bersih, siap ada wifi lagi ko.. iskhh.. masa kami pergi tu kami makan hidangan RM1 tuh, teh tarik sama roti canai.. hahaha.. 2 orang makan 2 ringgit, adik nih belanja aku.. kekeke..

Pada sesiapa yang teringin nak try nih alamat dia No. 9, Lorong Medan Tuanku 1, 50300 Kuala Lumpur.



Friday, August 5, 2011

Lauk Pauk sebelum Puasa





Dok cas henpon kat pc, tengok-tengok gambar kat henpon, ternampak pulak lauk-lauk menggiurkan nih, cis!!. Masa nih kat office, dok lunch sesama dengan bebudak office, seronok juga, ni diaorang beli kat Greenwood sana, sipot sedut masak lemak cili api, ikan bakar, gulai kawah, ulam ulaman yang dicecah budu, air sirap, perghhhhhh.. meletops.. simple tapi sangat menjilat siku.. kekekeke..

Sekarang nih sesejak ada kawan nih, kemain aku lunch disana kalau takde apa-apa hal..





Dia Sudah Tiada Part 5

4 minggu - separuh nyawaku pergi..

Kalau ingat-ingatkan mak memang kelakar, mak ni suka memberi, kalau kami anak-anak p umah dia, mesti ada je buah tangan akan biwa pulang, tak de le buah tangan intan berlian, tapi kalau pemberian mak tuh, biji asam jawa pon amat berharga pada aku.. kekeke..

Kadang-kadang tuh dah siap la tepi pintu, dengan sabun lux 3 biji, sabun fab ketul 3 biji, sabun coci kain amway satu bekas plastik, kemain ler konon kabo serbuk coci amway tuh beri kuasa keputihan yang luar biasa, hahaha, kalau dah pemalas lipas macam aku, tarok le sabun coci brand apa pon, kelabu jah jadinya, so maknanya, tiap baju putih aku, memang aku bawak balik omah mak tompang mak coci, tangan superwoman.. hahaha.. giler tak malu soh mak basuh baju..

Satu lagi kalau butang baju macam longgar, memang mintak tolong mak jahit, selalunya mak akan sembor le aku dulu "dah berlaki pon suroh aku jugak!" sambil senyom-senyom.. hahahaha..

Korang tau tak, mak aku lada hitam tuh, tumbuk nih siap-siap, tarok dalam bekas plastik, kasik aku, dengan asam keping, asam jawa, bawang putih, halia, bawang merah, bawang besar, sambal siap masak hah, semua siap, mak kata "ni semua aku dah buatkan, kalau malas nak masak jugak, tak tau le kamu adik" kekeke.. masalah aku bukan le malas sangat, aku takde masa, aku pon nak berehat jugak, tuntutan kerja membataskan waktu.. kekeke

Kadang-kadang dah takde sangat benda nak kasi contohnya esok pagi-pagi aku teros ke office malam sebelumnya tido rumah mak, mak akan bagi jugak-jugak sabon lux 3 ketoi, selalu aku akan cakap, tak payah la mak, berat nih, mak simpan la, orang malas la nak bawak.. ada satu haritu, dia masukkan je dalam bag aku, aku sampai-sampai office, tengok ade sabun lux, astaga mak.. gelak-gelak aku kat office.. adoila..

Mak kan, kalau dia tengah sebok-sebok masak kat dapor, tengah goreng cekodok ke apa, kitaorang kadang-kadang lepak depan tengok tv *mak tak suka rarmai-ramai kat dapor, kerja jadi 10 jam katanya* hahaha.. nanti dia suroh "bukak mulot bukak mulot" sambil suap cekodok kat mulot kita.. hahaha..

Pastu mak kan, kalau dia tau anak-anak nak datang, masak kemain banyak, macam ada 3 4 family, hahaha.. nanti dia kata, senang kamu nak bawak balik, Kak As nya pon bawak balik, senang dah tak payah susah-susah, kiranya, makan tu makan, tapau tu tapau, bab tapau tuh unik sikit, dia letak dalam bekas plastik atau tupperware, pastu dia ikat dengan getah, pastu masok dalam plastik, ikat ketat-ketat, masok lagi dalam beg plastik, takot tumpah katanya, kami nih, memang terikot-ikot la, kakak ipar aku pon sama, bungkus lauk ke aku dah gaya mak dah.. hahahaha..


*** mak, kenapa mak tak pernah hadir pon dalam mimipi adik.. adik tunggu mak dah nak 4 minggu mak.. mak marah adik ke?...



Monday, August 1, 2011

Full House

Korang, jangan maki aku dibulan yang mulia ini ya.. takpe tak berapa nak sedap sangat pon, presentation jah meletop.. kekeke.. Ni citer malam minggu haritu, Bos aku belanja makan kat Fullhouse Jalan Yap Kwan Seng nuh.. sebelum nih aku penah pergi dengan kawan aku Sha.. Benda-benda nih bukan le aku makan semua, aku amik gambar orang-orang hat dekat dengan aku jah..

Aku enjoy betol malam tuh, kelako, gelak bagai nak rak masing-masing.. hahahaha.. Tak sangka "Jamu Mek Da" jadi tarikan.. *pasla jamu tuh nanti-nanti aku ceritakan*

Hari Jumaat malam aku menumpang kasih dirumah mertua, last week menumpang kasih dirumah abang aku, gilir-gilir.. Dah berjanji dengan Mama Alif *Faizah* nak masak nasi ayam, Faizah kata Alif meleleh air lior sebab tak dapat makan nasi ayam aku masa dia mengandungkan Alif tempoh hari.. huhuhu.. aku busy ya amat, lepas tuh arwah mak pulak sakit, mana nak datangnya masa pon.. So aritu aku melunaskan hutang aku, aku buat nasi ayam, air kurma susu dan dizet pisang apa ntah nama dia..

Terima kasih Bos saya sebab belanja makan-makan malam itu..

Maaf ya korang..

Oh ya cerita pasal Full house, korang ingat tak drama bersiri Full House masa tahun 80an dulu?. Aku suka la, pasal la tak tayang balik..











Lagi 2 Jam



Catatan Nizam Sani - Saya sudah, anda bila lagi?



Ini buku kawan saya, kawan saya sekarang dah femes macam biskut kukis femes amos, bila dia mengutarakan satu hari nanti buku ini akan keluar, saya awal-awal sudah mengorder sebuah untuk saya perlu sign otogerap beliau..

Saya tak tahu samada buku ini ada lagi atau tak, tapi jika berminat boleh la tanya yang empunya diri disini.

Cerita-cerita pendek je, tapi cukop membuatkan aku gelak sampai pengsan. *okeh melampau pengsan, tahulah kawan *elleh baru nak mengaku kawan bila dah popular, biasalah manusia* kekeke

Tapi aku kawan ikhlas..



Diari Ramadhan Saya - Siri 1

Korang..

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan ya, aku pohon ampun dan maaf, halal makan dan minum sepanjang mengenali korang diluar sana.. Apa sahaja yang aku boleh bantu, insyaallah aku usahakan, tapi kalau dah MEMANG TAK BOLEH NAK BANTU, itu maknanya memang tak boleh, aku tidak suka beralasan, tapi cubalah sedikit untuk memahami aku..

Terima kasih.