Monday, August 22, 2011

HDR Class - Belajar sambil Beramal



Salam semua, dah nak habis Ramadhan dah kita, macam mana persiapan semua?. Aku tahun ni takde apa-apa persiapan, baru kehilangan orang tersayang.. tapi takpe, hidup mesti diteruskan..

Hari tu masa buka puasa diluar, baru dapat burak panjang-panjang sama suami, tanya dia serba sedikit ingat tak Moon?, dia kata ingat.. saya tanya dia tau tak cerita pasal biras dia?, dia kata tau, ada tengok video yang saya postkan di Facebook tempohari. Saya cakap dengan suami, buleh tak kita tolong dia?, cumanya saya tak tahu macamana nak tolong, nak kasik duit berapa sangatlah kita buleh beri, so suami come out with an excellent idea, iaitu membuka bengkel HDR Class bagi siapa-siapa yang ingin belajar, murah saja cuma RM100, kenapa murah? sebabnya kita belajar sambil beramal.. Tenaga Pengajar juga tidak akan mengambil apa-apa, semuanya akan diserahkan kepada family Norma atau Moon.

Harapan saya semoga usaha kecil ini diredhai oleh Allah SWT. Hari ini hari dia, hari esok kita tak siapa yang tahu..

Kepada yang berminat sila hubungi :

Red Tarantula/Ujang : 0163610301 | Mat Padin : 0123788515

klik sini untuk maklumat lebih lanjut.

Ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan suami yang sentiasa memberi sokongan berlipat ganda.. Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi baik kalian, moga Allah merahmati kalian didunia mahupun diakhirta kelak..




No comments: