Thursday, January 31, 2013

Promosi Tabita

Saya tahu demam Tabita sekarang sedang berleluasa.
Mahu cuba?

Sekarang tengah promosi RM280.00 untuk regular set.
3 hari sahaja!

Tak perlu ragu-ragu, confirmed original!

Siapa mahu boleh contact saya!


*Astaga buruk betol marketing saya* hahaha

Sebenarnya dah 6 bulan saya cuba produk kecantikan tersebut, iya, kawan-kawan kata saya memang tiada masalah kulit, tiada masalah kulit mungkin sebab saya tak rajin mekap, tetapi muka saya kusam!

Saya memang pemalas! Konon-konon tengok kulit elok tiada jerawat singgah, ok la tu cantik dah, tak yah beriye dah jaga, kau silap besarlah Rohana!

Dari zaman sekolah saya tak pernah pakai segala mak nenek pembersih muka krim bagai nih, arwah mak cukup tak suka! Tapi dah nama pon remaja kan, haroslah perasaan menggedik nak cantik itu tinggi, maka curi-curi lah saya memakai pencuci muka kakak ipar saya. 

Lepas tu kumpul duit sendiri beli barangan Avon pencuci, toner dan pelembab. Masatu tingkatan 4, pertama kali dalam hidup mengamalkan 3 steps. Tapi sorok-sorok dari arwah mak, nanti dia marah! hihihi

Dah habis bendealah tu saya dah tak pakai apa-apa dah. Naik form 5, muka berjerawat teruk gila-gila, malu sangat, sampai kawan mak pernah cakap "eeii macam bulan muka ko nih, berlobang-lobang" down gila okeh! Muka saya macam tuh sampai umur saya 20 an kot, macam-macam produk saya cuba, sampai saya dah giveup gila, langsung saya stop pakai pencuci muka semua, lantak situ muka saya berminyak bagai boleh menggoreng telor dadar! Sambil-sambil tu kat rumah, saya ikut petua mak saya, pakai asam jawa hari-hari, pakai putih telur ayam kampung seminggu 2 kali, saya langsung tak make up, tak pakai apa-apa produk kecantikan! Bior lantak, sampai satu hari kawan tegur muka saya dah takde jerawat lagi!

Saya pon perasan jerawat sangat susah nak timbol, alhamdulillah! Jadi selepas pada tu saya jadi serik, dan tak pernah lagi menggunakan sebarang produk kecantikan. Tapikan saya rasa muka saya tetap berminyak, pori-pori memang nampak dan of course kusam! Saya cuba jenama Johnson & Johnson, lepas pada tu try pulak Safi Balqis Perfect 10, dan sekarang Tabita.

Saya ni memang pemalas, saya guna produk nih pon sekali sekala, tapi masa mula-mula pakai memang tak pernah miss, 2 minggu kan, tu sebab set regular yang saya beli dari dulu sampai sekarang masih ada lagi! hahahaha.. tapi saya sangat berpuas hati dengan resultnya! Ada setengah orang pedih gilerlah, menggelupaslah, alhamdulillah saya tak mengalami pulak situasi macamtu.. 
 
  

Tuh dia muka tak mekap, hahaha.. memang saya tak pernah malu pon, sebab takde masalah jerawat, minyak-minyak tuh semua, hitam ke apa, memang lantok le situ kan, yang penting JERAWATTTTT!!! saya tak mahu dia je!



Ni pulak muka dah mekap, lighting kiri kanan depan belakang, tengok muka? Tetap tak memuaskan, kusam kan?. Bukan le mekap beriye, sebab saya memang tak pandai mekap, cumanya dengan bantuan lighting sepatutnya muka saya cerah sedikit kot.. tetapi tidak..



Hat 2 gambar nih dah pakai Tabita tetapi culas, walaupon culas, tetapi saya tetap berpuas hati tanpa mekap hatta bedak sekalipon! Bedak Baby Johnson saya tuh pon rasanya dah expired!
 

 

Tuesday, January 29, 2013

Menang Safi Balqis Kliq 2 - Saguhati jah!

Tak pernah umur menang peraduan atau contest! 
Kalau ada pon zaman kerja dulu-dulu dapat lucky draw, dapat VCD Player! 
Tu je le kot sekali. 

Bertuah pulak rasa tiba tiba menang hadiah. Ini semua Nana punya pasal! EH! 
Saya ni dasar pemalas lipas, 
dulu masa Nana kerja kat sini, boleh kata hari-hari gak dia zikir kat telinga saya untuk join contest! 
Ini saje-saje suka try luck!
 





Kelima-lima gambar diatas yang saya submit untuk peraduan Safi Balqis Kliq 2. Akhirnya gambar yang pertama dipilih untuk menang! Saguhati je! Tapi amat bermakna bagi saya yang tak pernah menang hatta pensel kaler Luna sekalipun!

Hadiah saguhati merupakan Camera Intax Fuji dan percutian bersama Shila Amzah dan 5 kumpulan pemenang yang lain di Avillion Port Dickson. Nana & The Gang juga menang lagi, tahun lepas dapat Ipad hadiah utama, tahun ni hadiah saguhati, murah rezeki sungguh!

Masa dapat email dari pihak Safi, tengok tarikh, kecewa dah, saya tarik diri awal-awal, kerana tarikh tersebut adik ipar saya melangsungkan perkahwinan. Kawan saya Sha pon tak dapat turut serta, jadi saya minta supaya Aida membawa kawan-kawan beliau untuk menggantikan tempat kami!

Alhamdulillah mereka suka! Yang penting camera saya mahu! hahaha

Aida menceritakan kepada saya ada salah seorang pihak Safi menanyakan tentang gambar kami, siapa ambil ada lighting tak? ada editing tak? 

Gambar ini haruslah suami yang tolong ambil, 
pakai lighting? iye pakai. 
editing? sikit-sikit setakat gosok tudung Aida yang keromot tuh! hahaha.

Terima kasih kepada Nana kerana ajak akak join contest nih
Terima kasih kepada suami kerana sudi ambil gambar
Terima kasih kepada kawan-kawan Aida yang sudi temankan Aida pergi bercuti!



Entry Lapuk Perihal Muzik Muzik! Eh Juara Lagu!

Muzik Muzik dulu dulu, suka sangat dekat Azwan Ali. 
Muzik Muzik dulu dulu ramai sangat penyanyi perempuan pakai baju merah cili! 

Juara lagu tahun lepas tema air! Suka! Sejuk! Nyaman! 
Nak nak masa pembukaan Jamal Abdillah dengan lagu Senandung Semalam! 
Ye ye saya minat orang tua, masalah disitu? 
Tanyalah pasal Spice Girls, New Kids On The Block, sapa ke lagi boy band, saya tak tahu pon lagu mereka, malah nama ahli kumpulan mereka pon saya tak tahu! sangat yesterday kan? Hihihi 

Tema tahun ini Ekspresi Seni! 
Saya suka sangat persembahan Aizat, bersahaja, cool dengan mug merahnya! 
Sangat kacak dengan kumis nipisnya! 
Aizat Nampak matang! 
Aizat nampak sangat romantik! 
Teringat masa beliau di AF dengan tagline 'kasi gegar', berbeza sungguh!
Aizat patut menang persembahan terbaik!

Cuma sekarang ni bila dengar berulang kali diradio Lagu Teman Pengganti, saya rasa macam, kenapa lagu ni yang bukan juaranya? 

Saya tak pernah minat lagu rap, inilah satu-satunya lagu yang betul terkesan kat hati saya, melodi indah, lirik bagus, arrangement muzik yang sangat brilliant! *tuh dia mampu kabo pasal arrangement music?* kahkahkah..

Lupakan sebentar tentang Mamat Rapper Janggut (RJ).. ahaks! Kalaulah Malique disitu kan lebih bermakna. 

Tak ada buruk dan cacatnya lagu Yuna, tapi saya rasa macam.. takpelah dah rezeki Yuna..
lupakan juga pasal turban Yuna yang tinggi menggunung itu! Ahaks! 

Overall, pemenang utama malam itu Papa Rock Ramli Sarip! Rowkkk giler!!

  

Friday, January 18, 2013

Helang Batu Dari Muzium Negara ke Langkawi

Lepas ke Idaman Suri singgah sebentar tengok helang batu. 

Tak pernah sampai sini, kesian tak? Eh pernah, tapi masa tu helang batu ni takde lagi.. kacik sangat kot dulu-dulu sampai Langkawi. Masa pergi haritu pun suami tak bawak g sini, banyak hal, amik gambar lah, apa lah, sekali memory card rosak, apalah nasib. Kesian beliau. hihihi

Next time kalau pergi Langkawi naik bas, buleh le naik Feri, berhenti kat sini.

Pening tengok tempat nih, sampah sarap kat sekeliling burung helang tuh, apa je buang sampah merata!

Mak kata pernah dah bergambar dengan helang nih waktu kat KL dulu, helang dari Muzium Negara nih ye? kahkahkah.. oktakkelakar! Sumpah baru tau haritu, terima kasih le mak.. hahahaha

 



  




 
 
 

Cuaca masih lagi baik, masih cerah, masih cantik seprti hari mula-mula kami sampai. Tengok laut, tengok matahari terbenam, bayu laut menampar pipi, terasa sangat mendamaikan, dalam hati bersyukur kerana Allah masih sudi memberi nikmat pada saya, pada suami, pada mak dan abah untuk turut merasai kebesaran Allah.

Rasa bersyukur kerana Allah selamatkan suami saya, masih bersama kami.. Terima kasih Allah!



Lepas dah bergambar kat helang batu yang femes nih, singgah menunaikan apa yang perlu, terus ke Pasar Malam, carik kot ada T-Shirt murah murah, makanan best-best!

 

Idaman Suri Langkawi

Petang hari tiga di Langkawi. 

Cadangnya ingin ke Idaman Suri, membeli belah sampai pengsan. Rupanya suami yang pengsan. Sumpah rasa berhenti jantung sekejap!. 

Saya yang sedang tidur, abah kejutkan saya suruh tengok suami, melompat teros saya dari katil, tengok suami terbaring dengan berpeluh-peluh. Lap-lap badan dia sampai peluh tak keluar lagi. Saya mula-mula nak menangis, tapi saya fikir, mak dan abah ada, jadi saya tak patut menangis, saya kena tunjuk yang saya kuat walau hati didalam bagai nak roboh. 

Jangan kata alah pitam je, kasik air, lap badan eloklah dia! Jangan sekali-kali cakap macam tu kalau tak pernah alami benda itu!. Bayangkan suami korang rebah, mak dan ayah ada disitu, dengan tak tahu nak buat apa, menggelabah semua cukup! 

Alhamdulillah dia beransur baik. Minom air banyak-banyak! Selepas balik dari Langkawi buat further checkup, alhamdulillah takde apa-apa. Doktor kata panas dan kurang air. Jadinya kami tak kemana-manalah petang tu, duduk dirumah berehat je.

Esoknya selepas sarapan tibalah waktu untuk shopping!!!

Tak sabar sunggoh nak ke Idaman Suri.




 
 

 

 
 

Puas hati dapat bawak mak ke sini, senyum sampai ke telinga mak! Lepas membaraikan poket kat Idaman Suri, kita ke Ismail Group untuk beli coklat! 

Saya takdelah shopping gila-gila, masa pergi dulu dah beli poyok Vision 1 set, saya teros tuju kat warmer set, ambil yang 3 dan 2 dan 1. Tengok kat Vision takde yang berkenan, beli grilled Tefal satu. Cenderahati sikit untuk adik-adik ipar dan kakak ipar, abang dan anak-anak buah.

Hajat dihati semua pon nak bawa pulang, tapi sedar diri kerana naik kapal terbang, makanya, terus menahan gelodak rasa yang maha hebat! kikikiki.

Sebenarnya ini adalah faktor utama kenapa saya ke Langkawi berkali-kali, iye saya mahu datang lagi. Nak tambah-tambah lagi apa yang patot. Harga sangat berpatutan! 

Berkali-kali saya ajak suami pergi Langkawi lain kali naik bas, seronok naik bas, mesti saya dapat bawa pulang setengah dari kedai ini dengan gembiranya!

Tuh dia setengah kedai, berangan le ko!



Tuesday, January 15, 2013

Jiran

Dulu-dulu masa kecik, kita kenal semua jiran tetangga mak abah kita, satu taman kita kenal, kita kenal Makcik Minah, Makcik Ros, Makcik Puteh, Makcik Nab, Makcik Midah, Makcik Azizah, Makcik Maimon, Pakcik Malik, Pakcik Atan, Pakcik Ta Tauhu, Pakcik Salleh, Pakcik Wahid, etc etc etc (matylah nak tulis satu taman) kan? 

Sekarang? harap makcik depan rumah sefamily je yang saya kenal, pakcik hujung, makcik bawah. Suami kenal lebih sikit sebab selalu ke surau, kalau tak mungkin macam saya juga, nanhado!

Dulu-dulu masa kecik, kita kadang-kadang kan nakal sikit, mesti selalu kena marah dengan jiran tetangga mak abah kita kan? Tapi mak abah kita tak pulak sesah pintu depan umah jiran mereka atau bermasam muka kerana menegur anak-anak mereka.. kan?

Sekarang? kemain mak bapak bergaduh pasal anak-anak, mak bapak pulak yang jadi budak-budaknya, budak-budak rilek jah, harini kena marah, sok gang balik! apa ada hal!

Walaupun sekarang dah berkahwin, saya tetap kena marah juga dengan jiran lama mak abah saya baru-baru ini.. Masa melawat beliau tempoh hari, anak mereka tanya bila saya akan pindah sana semula.. saya cakap mungkin pertengahan tahun ini, tengok macamana, tapi saya takutlah, macam ada hantu je!

Sekali kene sergah, hishhhhh!!! mana ada hantu!!!! kau tu yang hantu!!!! (dengar pula beliau kami sedang berborak tu)

kahkahkahkah! ok tak kelakar!

Saya amat selesa didalam suasana yang macam ini, saya seronok, saya gembira dikelilingi oleh orang-orang yang saya membesar dulu! Sekelumit kuman pun saya tak berkecil hati, malahan saya gembira sangat!

Owhh tak sabarnya nak ke Ampang! 



Friday, January 11, 2013

Kenapa Langkawi - Part 4

Hari tiga di Langkawi.

Pagi selepas sarapan terus ke Awana Porta Malai, nak boat tour kekdahnya. Sewa boat sendiri tak naik dengan orang. Dulu pon suami sewa boat sendiri juga semata nak ambil gambar helang sahaja, yelah kalau setakat ko kasik 12-20 minit je duduk situ nak amik gambar helang apanya kan..

Kali ini kita pilih untuk Eagle Feeding sekejap je, boring la mak abah satg asyik dok tengok helang je kang, bercuti bawak orang tua tak buleh le nak syok sendiri. Dalam 10 minit mintak abang bot bawak kami ke Tasik Dayang Bunting, tempat paling saya takut sebenarnya nak pergi, bersepah monyet ok!

Monyet gila samseng, kita pulak takut dengan dia.. hahaha, dasyat tak dasyat dia buleh ambil wallet ada satu kakak ni bawak lari panjat pokok, kasihan kakak tu.

Tapi dek kerana nak bawa mak abah, ku tahan Jebat! Okeh, nak naik tangga sepanjang ke Tasik Dayang Bunting tu bukanlah perkara yang mudah, sesak jugak napas saya yang tak rajin bersenam ni, lagi kasihan mak dan abah, adoi la.. Tasik Dayang Bunting sekarang dah tak serupa waktu saya kecik-kecik dulu, air keruh ya amat, tak lalu nak mandi pon.


 

 
 

 
 

 
 


 Duduk dalam 15 minit naik tangga semula, balik, minta abang boat bawak ke Pasir Beras Basah. Pantainya cantik dan bersih suami kata, tapi dek kerana ramai orang haritu, pening katanya. Memang pening tengok orang ramai, dah le hari panas, memang rasa nak mandi, tapi serba tak kena pulak haritu, sangat panas!


  


  
 
 
 
 
 
 
 
Habis lah setengah hari aktiviti di hari ketiga, petang pula cadangnya memang nak ke Idaman Suri, tapi ada sesuatu yang telah berlaku terhadap suami..