Kenapa Langkawi? Sebab Langkawi ada Idaman Suri dan Haji Ismail Group.
Kali ini pergi ke Langkawi dengan mak dan abah mertua, saja bawak mereka jalan-jalan.
Penginapan kali ini kami pilih homestay, lebih murah, lebih kampung, lebih mendamaikan..
Sebenarnya tiada plan pon untuk ke Langkawi since kami dah pergi pada bulan 2 tahun yang sama, tapi dek kerana tambang tiket yang murah, 2 orang RM100 je pergi dan balik, terus je minta Nana bookedkan.
Tapi yang lepasnya untuk RM100 tu memang ngam-ngam untuk 2 orang, untuk abah dan mak kami bayar lebih sikit, tapi takpelah, bukannya selalu.
Tiba-tiba rasa macam suka pulak naik Fifefly, sebabnya dekat, tak buang masa ke KLIA atau LCCT yang jauh jugak le pada kami nih. Mula-mula nak naik, cuak juga, sedia maklum kapal terbang kecik, perghhh.. tapi alhamdulillah, steady je kat atas tu..
Kami pergi dulu, flight kami dalam pukul 10.30 pagi macam tu, sampai terus pergi ke kaunter kereta sewa, call owner homestay En Razif.
Dalam pukul 2 petang lebih kurang mak dan abah sampai, sebelum tu kami dah check in dulu, lepas ambil mak dan abah terus g makan, lepas g makan, balik rumah rest.
Sebenarnya, masa pergi ni, demam melanda, badan rasa tak sedap, tambahan pulak cuaca yang amat panas kat Langkawi.
Aktiviti hari pertama santai-santai je duduk rumah, malam keluar makan.
No comments:
Post a Comment