Friday, July 15, 2011

Dia Sudah Tiada Part 3



Hari ini, genap seminggu mak meninggalkan kami, semalam empangan air mataku pecah juga, aku fikirkan selama hari ini aku kuat, aku tabah, semua kawan-kawan kata aku tabah, semua orang tanya aku jawab "orang okeyyy" sambil gelak-gelak.. Terhinggut-hinggut aku menangis semalam, balas dendam mungkin, hari tu tak sempat nak nanges pon, Allah dah rencanakan baik-baik supaya takde orang disisi aku mungkin, aku, kalau ada orang, mengada lebey, sebabkan aku sorang-sorang, aku kena lebih kuat dan lebih berdikari, abis aku nak nanges kat dinding ke camna?.

8.7.2011 - Jumaat Pengulu segala Hari

Sedang bersiap untuk pergi kerja, tengok mata sebelah kanan merah melekat, lama sangat tak pakai contact lense, ntah kenapa.. tapi hati memang rasa tak best, sampai opis kol 730 pagi buat kerja ssikit, Dila sms "maksu dokter nak masukkan oksigen kat pah". Aku teros call. Pastu Dila hantar mms gambar mak, kesiannya aku tengok, hati memang dah tak best, kira-kira pukul 830pg macam tu Dila call katanya dokter nak jumpa ibu dia iaitu kakak ipar aku, ibu suruh bagitau maksu katanya, aku kira-kira, takpelah aku pergi kejap, sampai hospital pukol 9pagi, lepas jumpa dokter, dokter pon cakap jangan terlalu berharap, sebab kondisi mak sangat-sangat weak.. lepas dokter pergi, kakak ipar baca yassin, dia nak keluar dah ambil anak-anak lagi 2 orang dari sekolah, tapi macam nak pergi taknak pergi, aku suruh jugak dia pergi, takpe aku ada, apa-apa nanti aku akan hubungi beliau. Elok tak sampai 5 minit kakak ipar aku beredar, aku tengok nafas mak behenti, perghhh.. aku macam ehh pasal mak nih, tengok kat mesin mendealah apa ntah nama heartbeat mak dari 100 lebih turun ke 70 40 teros kosong.. pastu naik balik semula, aku macam ehh?. Tiba-tiba nurse tegur aku, kenapa kak? Aku tanya dia mak saya ni tak bernafas ke?. Pastu kakak ipar call, dia pesan "adik kalau jadi apa-apa tolong jangan lepas kalimah, tutop mata mak". Aku sempat juga lafaz kalimah kat sebelah telinga mak, lepas pada tu aku kena halau keluar dah, masing-masing kalot jah aku tengok, dokter 3 orang nurse ntah berapa orang, okeh aku nanges, kalot okeh!

Pastu aku tarik tangan ada sorang nurse nih, 2 3 kali aku tengok dia keluar masuk dari katil mak aku, aku tanya dia, "adik mak akak serius ke? kalau serius akak nak talipon kakak akak, kalau tak serius akak tak nak kacau orang". Dia pegang aku, dia cakap "kak serius kak, call lah"

Cepat-cepat aku call Kak Ipar aku, pastu aku bbm Yan, pastu aku call Aida adik boss aku di office sebab nak mintak tolong selesaikan sedikit kerja aku. Adalah lebih kurang setengah jam macamtu, dokter panggil aku, aku agak dah dia usap belakang aku dia cakap "mak awak dah takde ye, kami cuba dah sedaya upaya" gila lah dialog macam dalam drama, aku? blur.. macam, ehh mak takde? tarik nafas dalam-dalam, teros call kakak ipar, okeh baru nanges, pastu call suami, bbm Yan, msg adik ipar Faizah dan msg Aida adik Bos aku, tu je. Kejap jah aku nanges, aku sebok kesana kemari, nurse panggey, dokter panggil, forensik panggil, aku tak sangka aku harus melalui benda-benda ni sorang-sorang aku.. giler!

Tak lama lepas tu mak mertua, abah mertua juga biras (suami Faizah) datang, Raus namanya, sangat baik, asal nurse panggil aku, dia ikot, forensik panggil dia ikut, dokter panggil dia ikut, maklum aku kan kalot! kekeke.. Kami assume bawa balik jenazah dirumah, Kak As call lagi katanya kejap lagi dia sampai, pastu dia call lagi katanya nak siap-siap dirumah, yelah nak siap katil semua berbagai kan, aku tak kisah je, sape nak kisahkan dirumah, dia ingat owhh mungkin kejap lagi suami aku akan datang, maknanya aku tak sorang-sorang, sekali suami aku outstation ke Nilai daa.. hahaha, kalot dianya, ye la abang aku outstation di Melaka, takde orang lelaki sekarang nih.. lepas tuh rakan sekerja suami pulak sampai 4 orang, aduhh, memang hargai sangat-sangat, terima kasih lah kerana sudi ziarah dan sudi tolong angkat barang.. kekeke.. Barang-barang dari hospital, kerusi malas la, sleeping bag la, dan lain-lain, makan 3 4 beg jugalah, aku dok memikir benonya sebelom tuh, macamana aku nak hangkot barang-barang nih?. Haih mujo le ada orang tolong..

Aku dapat rasa semua kerja haritu berjalan lancar dan smooth sekali, alhamdulillah.. sangat cepat.. Owh ya Pak Long suruh bawa jenazah di Masjid Kampung Melayu, semua pihak Masjid siapkan, jadi aku teros ke Masjid, okeh experience naik Van Jenazah pula, keke.. sampai di Masjid ada seorang melambai-lambai aku, berjubah hitam, dia adalah Yan, kami berpelukan sebentar.. Lepas pada tu aku nampak seseorang berbaju pink, kekee.. dia adalah Mulan..

Tunggu orang mandikan jenazah sampai, terus makcik tuh suruh tolong apa patut, dia kenal arwah mak, sambil buat kerja sambil borak-borak dia tanya mana anak mak yang kecik sekali tu pada kakak ipar, kakak ipar tunjuk aku.. "owh dah besar" kata beliau.. ceh.. aku kembang kempis idong menahan nafas.. aku tak pasti apa yang besar, aku syak badan aku gaya anak gajoh duduk nih.. kekeke..

Dirumah kak ipo dah siapkan bat bantal mak dari daun pandan, wangiii.. tapi terbesarlah pulak, kena keluarkan balik masukkan dalam kain yang makcik tuh dah buatkan, mujor Yan ada, mak cakap teros terang uollss mak tak pandai jahit.. kehkehkeh

Makcik tu dah siapkan semua baju mak, telekung mak, kami le tolong-tolong letak semua, masa mandikan jenazah, wahh ini first experience juga, ramai juga menolong, adik beradik suami, biras, adik ipar kakak ipar aku, Yan, anak-anak buah aku, kakak ipar semua ada.. Alhamdulillah senang sangat-sangat..

Lepas dah settle mandi jenazah, tiba la masa mak nak dikafankan.. pakaikan mak bedak, minyak wangi, time nih dah sedih sikit-sikit.. time nak kucup jenazah buat kali terakhir adalah part yang sangat menyedihkan pada aku, itulah kali terakhir akan aku tatap wajah mak, kali terakhir aku cium mak, bila kehidupan yang kekal disana nanti aku tak tahu entah dapat atau tidak untuk aku berjumpa mak semula.. Aku cium mak banyak kali, sampai aku rasa air mata aku nak jatuh baru aku naik.. Selamat jalan mak.. semoga tenang disana kelak..

Aku sampai kat tanah perkuburan tengok-tengok dah tanam, ceh.. rupanya ada jalan lain.. Tak sempat nak tengok mak masuk liang lahat.. tapi takpelah, aku dah puas mandikan dia semua..

Terus sesiap balik rumah abang, tengok-tengok Bos aku ada tengah duduk kat tembok.. ekeke.. Tengahari tadi adik Bos aku Aida dan maknya dah datang ke Masjid sampailah ke kubur sampailah ke tahlil..

Oklah dikesempatan ini ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kaum keluarga ibu mertua, pak mertua, adik-adik ipar Faiz, Fadilah, Fairuz, Nurul, kaum family kakak ipar saya smeua-semua sekali, sahabat-sahabat yang sentiasa disisi saya tak kira waktu senang dan susah, Yan dan suami Sepol, Mulan, Suhaila, Cik Ju, rakan sekerja suami saya, Sha, Aida dan family, Peygord, Kak Siti, Kak Tini, yang mana aku tak jumpa tuh minta maaf aku sibok sangat-sangat..

Pada yang sudi menelefon, Kok Ros, Sebi, Faizah (adik ipar), terima kasih kerana doa dan nasihat kalian. Sms masuk bertalu-talu, Syerah, Kok Eghyn, Kok Pejoi, Kok Syam, Aj, Baizura Kim, Kok Nde, Zam dan semua yang aku tertinggal terima kasih diucapkan.

Pada semua yang ucapan difacebook maupon message di facebook, terima kasih diatas ucapan anda.

Pada hamba Allah yang aku tak kenal kat tanah perkuburan tempoh hari, hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi baik anda, mati-mati aku ingatkan dia penggali kubor, rupanya hanyalah seorang hamba Allah yang bersembahyang di Masjid sana, katanya tengok ada van jenazah terus dia nak ikut, terus naik dan tolong, tak pakai selipar pon..

Tuhan dah susun semua masa dan kejadian cantik-cantik.. kita sebagai hamba harus menerimanya dengan tenang sabar dan redha.. Sesungguhnya bila aku membaca blog Sebi pagi tadi hati aku amat tersentuh, aku sangka aku telah melalui pengalaman pahit dan sakit dengan kehilangan, tapi masih ada orang yang melalui pengalaman ngeri dari aku..

Aku sudahi dengan Al-Fatihah, semoga mak tenang disana, adik sayang mak, adik rindu mak, kami semua sayangkan mak, semoga kita akan berjumpa lagi di "masa" yang akan datang di "sana" kelak..


7 comments:

YUS said...

sayu nyer k'ana...... Al-Fatihah...

aj said...

sedih aku lan....apepon alfatihah utk arwah makcik....semoga rohnya ditempatkan bersama org2 beriman....

AdanyaKauUntukku said...

akak tak tahu
keadaan akak kalau berhadapan perkara nieH...

sbb akak mmg phobia dengan kematian......

moga Ana teros tabah
moga roh arwah ibu sentiasa ditempatkan bersama org beriman...

jgn sedih2..
sian arwah ibu
selalu sedekahkan alfatihah ye....

Cujie said...

Bulan,

Takziah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Jaga diri kamu tu baik-baik. Selalu sedekahkan al-fatihah untuk arwah.

Afne said...

salam takziah lan. moga ko tabah menjalani hari2 yg mendatang. al-fatihah..

Faizul said...

sayunya aku baca, kok ana.
buatkan aku rasa aku bukan kawan yang baik pasal takde masa kau cari aku masa saat genting tu.

tapi, bila tiba part kok pejoi tu, aku rasa hot peri peri okehhh. nak nangehhh sambil tersangkut ateh pago pun ada okehhh. motif panggil aku "Kak"? bila masa aku dah operate? haruskah aku panggil nenek untuk call kok ana dan confirmkan? kamsiaaaaaaa...

Pinkjambu said...

eus, aj, kak ila, cujie, afne, terima kasih banyak2 memberi sokongan dan semangat..

kok faizul ~ aikk bukan aritu dah operet kah? hahahaha