Matyla, kawan tu punya hari kejadian 5.11.2010.. kahkahkah, ini sudah tahun 2012, aje giler kamu Rohana!! hahahaha.. Menggodek-godek sikotak hitam suami, nampak pulak ada folder tertera nama Yanz.. buka dan tengok, iye betul, masa hari kejadian temanku ini..
Kejap nak ingat balik rentetan peristiwa hari kejadian ini, lama dah nih.. hahaha.. Hari itu, hari Jumaat kalau tak silap, kalau bukan pon, mesti esoknya cuti apa-apa, berbual sama suami buleh tak dia tolong saya, suami setuju, dan terus usulkan ke suami Yan.. jadinya malam itu beli kek dan teros memecut ke Shah Alam, nak surprisekan Yan pada pukul 12 malam tepat, carik KFC 24 jam tak jumpa, tanya suami Yan pon dia tak tahu, jadinya kami beli nasik bungkos!! Hahahaha..
Ketuk ketuk pintu, nampak muka dia terkejot, ahaks.. malas nak layan perasaan lama-lama, jika dilayan mahu menangis kedua kami.. hihihihi
Maaflah Yan, takde apa yang special, cumanya niat dihati ingin menggembirakan kawan-kawan, terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup aku.. Aku sayang kamu kuat-kuat!!
1 comment:
sweet! ;)
Post a Comment