Cuaca sesejak dua menjak nih nampak gayanya sangat baik.. suami suka cuaca begini, panas terik tapi berangin, saya juga suka rasa yang begini, alangkah bagusnya kalau ditepi pantai..
Tengok langit cerah macam tu suami suruh siap nak g Klang, nak ambil gambar sunset katanya.. Duduk singgah kat kedai untuk makan, makanan tak sedap, hahaha.. mungkin salah kedai.. nak makan seafood tak buleh, suami kena control makan.. takkan aku nak makan sorang.. huwaaaa... Jadinya makanlah kami yang biasa-biasa sahaja yang terdapat di KL..
Takde apa sangat di Tanjung Harapan nih, punah harapan aku, hahaha, bau sangatlah longkangnya.. cis!!. Sementara nak tunggu suami ambil gambar menderu-deru askar nyamuk laut gigit aku, gilo, gaya nyamuk dalam hutan, seingat aku waktu aku g camping masa muda-muda dulu, camtuhlah nyamuknya.. chaihh.. Tapi walau apa pun seronok juga dapat spent time berdua bersama suami..
1 comment:
gambar semua adalah kebabo!
dan cawan teh ais tu sgtlah ol skul!
Post a Comment