Friday, January 27, 2012

Kerja Saya

Ada orang tanya aku ko nih takde kerja ke? Senang banyak dan macam-macam lagi, benornya dari dulu pernah gak orang tanya-tanya soalan sinikal macam nih, tapi aku buat bolayan je.. nih tadi tiba-tiba ada kawan sekolah bertanya, tak tahulah sama ada beliau saja-saje nak menyakat aku atau memang benar-benar bertanya.. Ok takpe aku tak ambil hati sangat pon..

Memang nampak kerja kat sini best, goyang kaki, lepak jah, taaaappppiiiii, meh jap datang opis aku, baru tau kelam kabotnya dunia event nih.. Aku bukanlah suka sangat nak bercerita pasal opis nih, kalau nak mikir pasal kerja, sampai bila-bila pon tak abis, kadang-kadang time tidor pon buleh termimpi pasal kerja..

Meh sini nak kabo, event yang kami buat memang lah bukan hari-hari, adalah musim-musim dia, ianya terbahagi kepada international event dan local event, international tuh macam event F1 yang nak datang bulan 3 nih, nih dok tengah menunggu barang masuk, merchandise bukannya sejenis dua barangnya terbahagi pulak pada 3 kelompok which is PMGP (Petronas Malaysia Grand Prix), Motorsports dan MGPP (Mercedes Grand Prix Petronas), ketiga tiga kelompok barang nih bukannya pulak ade sejenis dua, baju pon kadang-kadang mau 6 7 jenis, dengan towel lah, payung lah, bagpack lah thumbdrive lah, macam-macam.

Okeh racing tahun nih 23-25 Mac 2012, sekarang dok bersedia menunggu barang sampai, kalau barang sampai sekarang okeh la, kalau sampai awal bulan 3, tak kerja bagai nak rak? aku tak dapat bayang betapa kelam kabutnya hidup aku, receive barang kena kira satu satu, bukak kotak satu satu okeh, belum kira kotak pecah, barang tak cukop bagai kan, kena buat report dan sebagainya.. lepas tuh settle semuanya, aku kena masukkan dalam system, lepas dah siap semua aku kena generate a new barcode, barcode tanda rege macam korang p pasaraya nuh.. Lepas settle tuh semua, agih-agihkan merchandise tadi ke tempat-tempat yang client suruh hantar seperti Online Sales, KLCC, SIC Sepang, 3 tempat nih memang confirmed!!. Kadang-kadang tambahan lagi, macam tahun lepas kat luar ada buat concert kat KLCC kan, jadi kena hantar disitu juga based on client punya arahan.

Okeh selalunya kitaorang akan asingkan dulu untuk Online Sales, Online Sales lagi gila kena get ready for photoshoot, harga sizes dan lain-lain untuk dimasukkan dalam website, apa-apahal website punya kena settlekan dulu, aku kadang-kadang buat kerja sumpah stress, aku bukan stress bos marah ke apa, sebab aku nih kadang-kadang suka buat silap, tapi tuh la, 10 kali check pon kadang-kadang mesti terlepas 1 2 silapnya.. Silap tang harga contohnya, kadang-kadang stress aku dengan diri sendiri.. Proses ambil gambar pon kadang-kadang berjalan lama jugak, sebenarnya tidaklah lama mana, setakat 2 3 hari dah siap, tapi dok menunggu barang yang datang bukan sekali, melambatkan kerja, itulah lumrah kalau dah deal dengan orang, nama pon orang, biasa le, we cannot control people, apa yang dirancang tak semestinya well planned kan, dengan custom dengan itu dengan ini, perghh.. Ok settled bab yang pertama.

Masuk bab kedua, packing untuk barang-barang ke KLCC pulak, dan kawasan-kawasan yang mintak lah nak jual barang-barang tadi, okeh oleh kerana race jatuh pada date 23.3.2012, selalunya KLCC akan start a week before race, aku estimate 17.3.2012 dah start meniaga kat KLCC nuh, hantar barang pukol 12 malam keatas, dengan setting booth bagai sampai la ke Suboh, hat nih aku tak termasok ler.. kekeke.. Ok part aku dah siap masukkan every single barang yang sampai tadi dalam system, aku kena siapkan setiap 1 tag harga kat merchandise, kalau 50 barang, maka aku buat 50 x 2 set lah selalunya.. dengan print, laminate and cut, remeh kan?. Dah settle tu semua, nanti aku akan dapatkan quantity dari bahagian store pastu masukkan dalam system semula dan setkan kat Cash Register. Tu dia, salah masok, babai.. kekeke.. ko dapat bayang kalau harga dari RM650 ttiba aku set jadik RM50? hahaha.. mampos kena maki tak silap-silap?. Tapi alhamdulillah tak pernah le jadik, cuma aku selalu takot kalau-kalau terjadi, sebab kita deal dengan orang, memang tadah muka untuk kena maki la..

Siap kat KLCC, kami diopis kelam kabut lagi dengan nak siapkan barang ke SIC Sepang, sama juga turutannya macam g KLCC tadi, tapi tak bu leh buat kerja dengan aman pon, kejap-kejap dapat call, department nih nak order barang lah, gilee!!.

Habis semua siap dah abis racing bagai, kemas-kemas barang bawak balik, nanti aku akan set system coming in, buat report balance, pastu siap.

Okeh, itu perihal international event, masuk bab local event, macam Cub Prix, racing 10 round kat every negeri tuh, tiap bulan ada la 2 kali tengok jadual camna, itu Cub Prix sahaja, sampailah bulan 12, belum masuk kita pergi every Petronas punya tempat kalau diaorang invite macam Petronas Melaka, Kerteh, kadang-kadang Hari Convo Tronoh, Hari Keluarga Petronas Bangi, dan clearance sale at KLCC. Semua benda-benda nih aku akan buat benda yang sama macam aku buat kat F1 KLCC dan SIC tadi cumanya aku tak perlu generate barcode lagi lah, sebab awal-awal dah buat kan. Tuh belom masok nak kena buat delivery kat oversea, macam tiap-tiap racing F1 nih kan ada pergi Italy lah, London lah Belgium lah, diaorang akan mintak merchandise seperti Shirt Team untuk tahun itu, cap, tengoklah kalau tahun tu ada bag, kita kasik bag, atau lelain lah, pastu buatlah apa diaorang nak, kalau 16 set, 16 set le ko courier, kadang-kadang order very last minute, custom sana punya pe'el lagi.. 

pssstt pernah sekali aku typo, dia order baju lelaki, ade le selit selai baju perempuan, tapi aku tulis dalam invoice semua baju lelaki, hahaha, aku buleh terjaga dari tidur pukol 3 pagi mengenangkan nasib delivery aku tuh.. gilo!!. Mujor lepas, selalunya kalau salah invoice aku, babai la, memang kena le aku, delay mau 2 3 hari.. phewwww..

Itu aku ceritakan apa yang aku buat untuk event lah, belum hal ehwal opis seperti procurement, kalau ade tender g mati la ko tak balik umah pon ada..

Itu sebabnya kadang-kadang aku mengeluh bukan apa, penat sangat kerja macam nih, sebab aku dah kawen, bila suami keluar bekerja jugak aku tak berapa kesah, tapi bila suami berada dirumah, aku start la buat kerja ntah hape-hape...

Jadi janganlah tanya soalan-soalan yang mengelabah kadang-kadang buleh buat aku naik darah, kemain kabo aku kaki lepak, kalau tak percaya buleh je aku hangkot korang datang opis time nak event nih, meh tengok.. hahahaha... Aku takdele marah sangat, tapi ramai beno orang bertanya, tanya dah le menyakitkan hati.. huh!!! Jadi mana datangnya aku goyang kaki, senang banyak bagai? hahaha.. tapi memanglah ada, cuma bukan le sehari suntok aku dok goyang kaki, adala time-time dia pon, kalau aku selalu online facebook tuh, mungkin dalam enpon, malas le aku nak log out bagai kat tepon kan..

Aku memang ada ura-ura nak berhenti kerja, nak nak penuhkan tumpuan dirumah, disamping buat benda yang aku suka, aku juga punya impian, kadang-kadang aku rasa duit tak menjanjikan apa-apa...



1 comment:

AdanyaKauUntukku said...

akak pun
ada impian
untuk duk kat umah
jaga anak2
tak moh keje