Thursday, January 19, 2012

Jom ke UPM!!


Hasil menggodek yang sangat jelita sebentar tadi terjumpa pula folder tertera UPM Ladang, tarikhnya 15.2.2010.. kahkahkah.. Masa ni sebenarnya dah booked untuk Outdoor for 15 Years Anniversary Photoshoot untuk couple Kak Noli yang jelita serta suaminya Abang Zack dan anak-anak beliaulah.. Sebenarnya gambar telah pon diambil di Putrajaya sebelum tu (itu akan aku ceritakan lain kali), tapi suami kata ada sedikit tidak berpuas hati, jadi nak re-shoot, aku tak berapa ingat kenapa tak jadi kesini, kami bertukar arah ke PD (itu pun akan ku ceritakan lain kali).

Jadinya, oleh kerana pembayaran telah dibuat, kami decide pergi jugalah, ye lah kalau orang cakap-cakap pasal pokok iklan di UPM Serdang, yeayy aku pernah pergi!! Satu experience gila juga sebenarnya, parking kereta dibawah panjat bukit untuk sampai ke pokok itu, okeh, cantik memang la cantik, tiba-tiba mata ternampak sekumpulan lembu.. Lembu pun pandang ke arah kami.. tapi kami buat tak tahu saja..

Oklah, aku rasa tempat tuh memang tempat untuk lepaskan lembu la.. masa nak balik tahu takkkk kami dikejar lembu?!!. Kemain suami menyalahkan aku sebab pakai color terang-terang.. ceh!!. Tapi overall takde apa-apa pun, oklah nak ambil gambar saje-saje, mujor le sangat-sangat tak ambil gambar disitu, matyla kakak tu dengan bertumit tinggi bagai nak memanjat bukit kan.. nak meredah tuh ok, tapi aku risaukan kene kejar lembu!! hahahaha..

Serious aku takut, korang bayangkan padang luas, pokok pon pokok iklan tuh je tunggal, hat lain takde!!, ko nak bergayot kat mana?.. hahahahaha.. Last-last selamat la jugak, orang tukang jaga lembu tolong halau.. kekekeke....

Aku dah tak ingat camna cara nak apply masuk ke sini, tapinya buleh pergi ke pejabat dia nanti dia kasik form, isi pehtu bayar berapa ringgit ntah, pastu buleh masuk..

kemain usha orang.. hahahahaha


1 comment:

AdanyaKauUntukku said...

jeles....
(itu yang mampu kukatakan) ha ha ha