Thursday, January 5, 2012

Siri Kembali Bersekolah Part 1

Tengok bebudak naik sekolah nih, macam-macam ragam, macam-macam perangai.. teringat aku masa masuk sekolah mula-mula dulu, mak hantarkan aku ke sekolah, beg sekolah pon mak yang bawakan.. mak tunggu dalam kelas, kejap-kejap pusing belakang tengok mak ada lagi ke tak? hehehehe.. sampai ke waktu rehat, makan sama mak jugak.. pastu mak suruh kawan-kawan dengan kawan yang duduk sebelah.. Lepas dah berkenal-kenalan dah suruh mak balik, hahaha.. amboi mak kata.. tapi bila dah besar-besar begini, nak nak pulak mak dah tiada, andai dapat diputarkan waktu, aku nak mak menemani aku tiap ketika saat dan waktu..

Bila aku fikirkan susur galur rentetan perjalanan aku dari kecil, mak tak pernah jemu untuk menemani aku.. dah besor tua bangka pon masih tidur dengan mak lagi.. heheheheh.. pastu yang paling kejam aku rasa, aku buleh kejotkan mak aku tengah-tengah malam suruh bangun sebab aku nak kebilik air!! Pastu kalau macam mak aku tidor paling tempat lain aku p kejot gak soh mak pandang muka aku.. eewwww!!! hahahaha.. aku memang penakot ya amat!! hahahah

Semalam berbual dengan seorang rakan nak hantar anak sekolah katanya, anak menangis tak mahu ke sekolah, perbualan 2 beranak:
Ayah : tak mahu kesekolah nak jadi apa? nak jadi lembu?
Anak : tak nak jadi lembu, tak cantik, nak jadi kucinggg....

Ya Allah, pening aku na.. hahahahah.. tergelak berdekah-dekah aku semalam.. Ada seorang lagi rakan kemaian sebak hantar anak kesekolah, aku tumpang gembira.. besor dah anak dara beliau.. Aku riso bukan apa, sok buat menyamar pulak macam citer Papadom tuh nak ngintai Mira... oppss terkasik tau nama pulok!! hahaha.. ampon Eryn

Kepada semua ibu bapa yang hantar anak kesekolah, bertabahlah.. new experience, mesti best kan, ada yang murid murid ingat awak tuh guru, siap tanya toilet kat mana bagai.. hahahaha.. seronok jugak teringat zaman kita mula-mula masok sekolah dulu kan..

Kepada Nisa dan Hazim selamat naik sekolah kembali!! Jangan nakal-nakal, maksu sayang kamu!!



3 comments:

zubiriah reporter berita tekejut said...

aha..berita sensasi ni..kompom panas kalo eryn tahu

slumdog millionaire said...

hawos pantas kasik tau eryn..awas ko rohana!!

pia said...

green pig..