Friday, December 28, 2012

Pekan Ampang Part 1

Pekan Ampang dah banyak berubah, 
kalau pun yang tak berubah cuma jem nya sahaja ;p 

menyusuri kedai mamak (Restoren Marhabah) sebelah Public Bank tadi, kenangan bersama arwah abah membanjiri tangkai hati.. 

Abah bawa minom kopi kat kedai mamak, kopi dari cawan tuang kat piring abah tiupkan lepas tu minum, 
lepas tu dapat habuan aiskrim mangkuk yang ada sudu kayu tu.. atau tic tac atau vitagen! 

Nanti abah suruh makan asikrim kasi habis, lap mulot cantik-cantik sampai takde kesan, kalau tic tac sampai rasa nak tercekik kunyah tic tac, sebab arwah mak sangat garang, jangan harap nak makan ais krim mahupun gula gula. Kemain abah nak menghapuskan bukti ;p

Sebelum abah meninggal abah sempat juga jumpa suami (masatu tunang)
kata dia 'Adik tu manja budaknya Faizal, sabar je dengan perangai dia, jaga dia elok-elok, dia memang manja'

Dulu saya tak suka abah atau mak cakap dekat orang yang saya ini manja, bila mereka dah tiada, saya baru realized yang iye saya manja!

You went so soon abah.. :(

*** Terima kasih suami kerana sangat memanjakan..




Wednesday, December 12, 2012

Kawan




Pernah kamu memohon maaf pada orang? Pasti pernah..

Pernah orang itu berkata kepadamu 'aku tidak perlu minta maaf pada kamu kot, sebab aku tak buat salah' Insiden tersebut berlaku pada Hari Raya Puasa 3 tahun lepas.  Saya..? Terkedu.. 

Begitu pastinya kamu tak pernah buat salah dengan orang?

EGO? sampai sekarang terfikir, adakah dia bergurau.. mungkin..

Itu cerita lain. 

Kakak ipar kata kawan tu adalah diri kita, suami kata kawan tu adalah cermin diri kita, jadi terima kasih kawan-kawan kerana sering mengingatkan.. 

Tak perlu malu jika tak stylo, 

Tak perlu malu jika tak kaya, 

Tak perlu malu jika tak bersuamikan hartawan,

Tak perlu malu jika tidak memandu kereta mewah, 

Jika mereka ikhlas, mereka terima kita seadanya.. 

Berapa kali suami berpesan, jaga tingkah, jaga lidah, mengenali saya, amat sukar nak melaksanakan, semalam adalah hari yang saya ingin menjerit kegembiraan, kerana saya berjaya menjaga lidah dan tingkah! 

Terima kasih suami, kerana sering mengingatkan tanpa rasa jemu!

Err tapi mengaruk jugak kat Teman Sekayu.. kahkahkah.. 

Eh.. cerita lain yang diatas sekali tu, kawan saya sekarang dah tak macam tu.. ;p




 

Thursday, December 6, 2012

26 November 2012




Saya dan suami bagai langit dan bumi, dia tinggi saya rendah, eh tapi takdelah sampai bawah ketiak dia ;p

Dia berjiwa seni, dia pandai melukis, saya perosak karya! Dia kalau bercakap, selow selow, saya bercakap bagai guruh membelah langit!

Dia penyabar, saya kurang sabar!

Dia penjimat macam arwah mak, saya pemboros!  

TETAPI (baca dengan 8 harakat) dia suka mengambil masa manis, saya orangnya tidak suka melengah-lengah ;p
 
Tapi itu semua tidak penting, ketidaksempurnaan itu lah yang meng- complete-kan each other.. kan?

Boros? Iye, sangat boros, tapi itu dulu, sekarang dah berubah sedikit, walau sedikit, hey, ia satu kemenangan besar buat saya!

6 tahun kot sebumbung dengan dia, tak kan sedikit pon perangai suami/isteri kita tak terkesan langsung? kan?

Selamat hari lahir suami saya.. maaflah ucap lewat, tapi dirumah tepat 12 malam kan..

Saya cinta kamu lillahitaala!





 

Thursday, November 8, 2012

Cerita Melayu

Teringin nak tengok wayang, sudah lama sangat rasanya tak tengok wayang.. 

Minggu lepas, suami banyak menghabiskan masa diluar kerana kerja, jadinya berseorangan dirumah mulalah datang idea-idea tak bijak dari kepala otak! 

Gatal tangan menekan channel 480 untuk melanggan Aku Terima Nikahnya. Kalau saya kata sampah rasanya ada tak orang pakat baling telor busuk kat saya?. 

Saya tak pandai nak review, saya tak pandai nak bercerita, ini cuma pendapat peribadi.. Aksi intim yang sangat melampau pada pendapat saya yang kampung.com ini. 

Tolong hormat perasaan perempuan lain yang bergelar isteri! Plot dan cerita itu cerita lain, saya bukan producer 'langit bewalna bilu, selamat pengantin balu' ;p ahaks

Tapi baju heroinnya cantik-cantik!! hatta baju tidur sekalipun! cis!! Dan heronya.. alahai.. saya memang lebih suka dia dari Abg Eren, macho kot! tapi lepas tengok cerita ni, alahai berkeping keping hatiku hancur luka kekdahnya... Tolonglah jaga perasaan isteri ye bang.. kasihan isteri dirumah.. ok cukup cerita kekampongan.com saya disitu!

Cerita kedua, Untuk 3 Hari, saya tengok cerita ni sebab saya ada novel dia, jalan cerita pon biasa-biasa je, tapi biasalah Afdlin Shauki haruslah selitkan unsur-unsur lawak dia tuh.. 

Cerita ketiga Hantu Kapcai, ke hantu rempit, ntah.. tak ingat.. alahai.. saya tak tahu kenapa kurang bijaknya saya minggu lepas..

Cerita-cerita kat Malaysia ni tolonglah, makin banyak cerita makin mengarut jadinya!

Tengah tunggu cerita dari Abang Mamat Khalid, iye cerita tak logic, tak masuk akal, bla bla bla..

Tapi Abang Mamat sinikal.. saya suka!!


Bermain Emosi

Saya jarang beremosi.. eh tipu! ada..
Saya jarang menunjukkan emosi, ye itu betul..

Orang tak akan dapat baca emosi saya.. apa yang terbuku dihati saya, kecuali yang benar-benar rapat.. eh.. kadangkala yang benar-benar rapat juga tak faham.. tapi adillah, jangan harap orang je faham kita, kita juga perlu faham orang.. kan?

Saya jarang marah-marah... hahahaha.. itu lagi bidaah!!

Saya jarang kecewa sebenarnya.. Sekali emosi tercalar, sekali kecewa.. maaf ubat yang awak hulurkan tak mampu rasanya saya nak telan.. Jadinya, awak telah letakkan jurang.. baiklah.. saya terima dengan senang hati!!

Yeay lepas ni tak perlu susah susah nak kasihankan orang lagi!!



 

Friday, November 2, 2012

Sushi anyone?

Saya bet semua orang pernah makan sushi! Saya yang kampung.com ini baru pertama kali mencuba! Walaupun shusi itu kelihatannya cantik, comel dan kiut, saya tak teringin nak mencuba, tekak rasa tak lalu! Owhhh rugi!

Ada satu hari tu cakap dengan suami, sedap tak sushi? Suami memang suka makan sushi! Sedap katanya, saya pun berkata nanti belanja saya lah ye.. Hihi.. Maka last week kami ke Wangsa Walk untuk men top up salad dan wrap yang dah nak habis di peti ais rumah, suami kata nak makan Subway, saya kenyang lagi sebab tengaharinya makan nasi, jadi suami meng offer saya untuk makan kat sushi, berdepan dengan Subway Wangsa Walk! Nama kedainya Octopus Sushi kot.. Hihi tapi adalah perkataan Octopus tu..

Owhhh kampung.comnya saya!! Makanan yang dia gerak gerak kat keliling meja tuh, pertama kali makan, sedapnya!! Ehhh oh ye, kampung.com saya terserlah bila menggunakan chopstick!! Kahkahkah! Pasal ntah chopstick dia bersambung, susahhhhhh!! Dah le baru belajar! Chopstick kat Jonnys tuh buleh le pakai jugak pelan pelan! Hahahaha...

Lepas dah makan yang kat atas meja pusing pusing tuh, ambil set pulak, suami ambil set salmon pebende ntah, saya ambil set sushi juga! Alahai silap, patot ambil set tempura ke, octopus yang kecik kecik tuh ke, nak sushi ambil yang pusing pusing tadi... Takpe next time! Sudah jatuh cinta dengan sushi!

Owh ye nampak juga ada okonomiyaki! RM12.90, hahaha, dengan eksyennya tak mahu try, sebab saya pandai buat dah okonomiyaki tu, Sarah ajar buat, owh sedapnya!!

Bawah ni set sushi saya, ada ayam goreng juga, sumpah ayam goreng dia sedap nak meninggal!! Arghhhh... Rasa nak makan sushi lagi!!!




- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, November 1, 2012

Makan-makan

Cerita Hari Raya Qurban saya biasa-biasa sahaja, tahun ini tiada drama airmata, teringat tahun lepas meleleh leleh air mata depan rezeki teringatkan mee kari arwah mak, sampaikan biras beras saya terpaksa mengusap usap belakang saya untuk menenangkan saya..
Tahun ini abah mertua buat lemang, perghh.. lemang abah memang best gile punya sedap!!. Ni doktor Rohana kemain dok bersoal jawab sama abah "abah makan tak lemang?" "takde" jawab abah jawab senyum senyum.. "eehhh tu senyum senyum tu.." "takdee le, abah tak buleh makan, bisaaaa".. kikiki selamba badak pantau-pantau makanan abah ye.. adeihh..

Seharian suntuk dirumah mertua, kebanyakkan tempat semua tunda korban buat hari Sabtu ye, samalah kat KL nih pon.. Jadi takdelah aktiviti sangat, makan-makan, lepak-lepak sama ipar duai.. lama sangat tak melepak lama-lama macam tuh.. seronok borak-borak..
Malam lepas Isyak teros ke rumah abang pula, hah!!!! kalau rumah abang, dah makan macamana pon memang kena makan jugak jugak!! hahaha.. Kakak ipar masak mee rebus, kari ayam pekat, nasi impit, kuah kacang, perghhh... Sebab dah malam dan dah kenyang sebenarnya dok makan kat rumah mertua, maka dok tala mee rebus je lah, yang lain-lain tu makan..

Tapi dah jadi kebiasaan, kakak dan abang akan bungkuskan makanan.. hihi.. ambil sedikit lebihan kasih sayang dari arwah mak, arwah mak memang macam tu le, walaupon kami nih tak ramai, adik beradik 2 orang je, mak tak akan masak cukup-cukup, mak akan masak banyak terus, senang nak bawak balik, makan kena puas, tak moh terkulat-kulat kata mak, penat sama je masak banyak ke sikit!! hihihi...

Senang banyakkan hidup ko Rohana.. hahaha.. esoknya hari Sabtu tak payah masak, mee rebus, nasik impit kuah kacang, ayam semua ada, senang hidup,ulang-ulang sampai malam!!




Sabtu Ahad duduk rumah je, tak keluar mana-mana, bayar balik kepenatan kerja yang tak pernah habis, ntah bila nak habis pon tak tau.. penat bebeno..


Wednesday, October 24, 2012

Suami..

Assalammu'laikum..

Tengok ada pulak entry ni kat draft.. Kisah masa bulan puasa yang lalu..

Selama ni saya cuma tengok di tv je tentang isteri anak kena pukul, suami buat rumah macam hotel, suka balik, tak suka tak payah balik..

Semalam hati saya banjir bila menyaksikan ini didepan mata.. melihat keadaan dirinya, melihat senyumnya, melihat sorotan matanya.. dia seorang ibu dan perempuan yang tabah.. tapi jauh disudut hati saya mengerti..

Gelodak hati saya tak dapat tertahan lagi bila tengok anak-anaknya.. sangat memahami situasi ibunya.. sangat berdikari, sangat mendengar kata, kalau lasak sikit pun yang kecil sekali umur 4 tahun, tapi bagi saya biasalah budak-budak, dan dalam umur yang macam itu, mereka nampak sangat matang.. bayangkan yang sulung hanya 10 tahun..

Tanya diri sendiri, umur 10 tahun kamu semua dulu buat apa? main kawen-kawen, main polis sentri, main tang tang, konda kondi, saya letakkan saya masa diumur anak itu, tak fikir masalah langsung.. Anak tuh masak air dan hidangkan kami air.. memang la ada juga yang tak heran pon, alah 10 tahun dah besar kot.. Tapi saya meletakkan diri saya, 10 tahun saya milo pon tak reti buat kot, tau order jah kat mak!!

Saya tarik nafas dalam, kelip kelip mata dan pandang luar.. takkan saya nak menangis depan mereka.. over pulak kan.. kenalah berlakon kuat dan sehat *tengok badanlah* kikiki.. Yang paling meruntun jiwa anak yang kecil sekali tu panggil suami saya AYAH.. ayah okeh!!

Ayahnya mana? Tak perlulah nak mengabadikan ceritanya disini, pertama kali diperkenalkan oleh suami saya, saya ada rasa yang tidak enak, bukan prejudis, tak baik jugak bersikap prejudis, tapi entah, hati memang dah berbau sampah.. Sikap tidak enak itu tidak pula saya suarakan pada suami, maklumlah, itu rakan beliau.. Mungkin juga hati ke kecil saya ingin menguji saya...

Saya cuma boleh berharap agar beliau berubah, ambil masa sejenak untuk fikir tentang isteri dan anak-anak..

Isteri kawan suami saya tu, tabah orangnya... Bila berbual, tidak sedikit pun air mata beliau tumpah.. Ye lah, kenalah kuat demi anak-anak.. Masa sampai tu, saya terus kedapur untuk meletak barang-barang, saje mata melilau, tapi runtun sunggoh hati kerana tak nampak makanan pon, dalam hati berkata, diaorang berbuka tadi makan apa?

Agak lama juga kami disitu, meminta diri untuk pulang, dia terus peluk saya, menangis dibahu saya, mengogoi layaknya... Saya usap belakang beliau, saya tidak pandai berkata-kata, saya harap dengan body language saya beliau faham, saya amat ambil berat tentang beliau...

Bila turun dibawah terus saya raih tangan suami, empangan air mata saya pecah juga.. Dengan esak tangis saya berkata kepada suami "terima kasih sayang sebab jaga saya dengan baik selama ni"

Sepanjang perjalanan pulang saya menginsafi diri, alangkah bertuahnya punya suami sebaik dia, alhamdulillah syukur kerana sudi menjadi Imam saya..

Para-para isteri diluar sana, marilah kita start mensyukuri nikmat yang Allah beri ini, cubalah bayangkan jika kita ditempat para isteri yang teraniaya itu.. Kasihan kan...

Biarlah rumah bersepah, biarlah kain baju tak berlipat, biarlah tak tau masak, biarlah tak kaya, biarlah tak kacak, janji mereka tidak mengabaikan kita... Aku bersyukur kehadrat MU Ya Allah..




Tuesday, October 16, 2012

Bukan Sekadar Resepi & Travelog Haji

Bukan Sekadar Resepi sebuah naskah dari Puan Roza Roslan, isteri kepada Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim. Buku masakan tapi sentuhannya menusuk kalbu! Jujur saya mengenali Prof dari rakan sekerja, Sarah.. Ya Sarah memberi impak yang besar juga dalam hidup saya.. Melalui beliau saya mengenali penulis penulis yang bagus untuk waktu singgang saya, iya saya suka membaca novel, saya juga suka bahan pembacaan yang berilmiah, tetapi amat sukar untuk mendapatkan bentuk penulisan yang santai, dekat dihati tetapi amat memberikan kesan mendalam..

Buku Prof yang bertajuk Travelog Haji juga sudah selamat saya khatam.. Entah kenapa hati saya berkobar kobar ingin menjadi lebih baik dari semalam.. Selalu saya sematkan dalam hati agar jaga lidah, jaga tingkah, tetapi ianya amat sukar untuk saya laksanakan.. Seringkali lidah tersasar, bila ianya berkaitan dengan kerja, habis semua saya haruk.. Tetapi jika nak dibandingkan dulu dulu mungkin lagi teruk.. Saya bersyukur juga kerana sudah tidak macam dulu dulu lagi waktu sebelum kahwin, perlahan lahan saya ajar diri untuk tidak melayani perasaan amarah, seringkali juga tertewas.. Malu mengenangkan nasib diri.. Ujian Allah sebesar itupun tak mampu saya laksanakan... Tapi buku Prof adalah sebuah naskah yang jujur dan benar, hati saya tersentuh, bercampur rasa, sedih sebak gembira, air mata mengalir tanpa perlu dipaksa, ikhlas dari lubuk hati saya, saya ingin menjadi sabar seperti Prof. Terima kasih Prof kerana sudi berkongsi 'rasa'.

Berbalik kepada buku isteri Prof iaitu Puan Roza, bertepatan dengan tajuknya Bukan Sekadar Resepi, iya, sememangnya bukan sekadar resepi semata mata, ia tentang kasih sayang, tentang persaudaraan, tentang kenangan yang mengusik jiwa.. Setiap resepi pasti ada cerita menarik dari Puan Roza, kadang kadang kenangan yang Puan bawa mengingatkan saya juga tentang kisah silam, iya, kita akan berkerumun adik beradik untuk tengok apa yang mak sediakan makanan untuk kita, rasa tidak sabar untuk menjamah makanan, kena pergi hantar lauk untuk jiran, dan macam macam lagi... Setiap kali baca hati pasti tersenyum riang digeletek oleh kenangan lalu.. Sebenarnya diketika ini saya masih lagi meneruskan pembacaan saya, tidak habis lagi baca, baru sampai Resepi 9 Durian Segamat!

Terima kasih Puan kerana sudi juga berkongsi 'rasa' juga dengan kami, hidangan Puan santai tetapi padat!

Ingin mencari lagi buku buku Prof dan Puan Roza.. Terima kasih pada Sarah kerana tolong belikan buku buku ni..





- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, October 8, 2012

Teman di Kaki saya - Kasut

 
Perempuan.. dengan sepatu mana kan dapat dipisahkan.. tak kiralah kasut apa yang kamu orang selesa.. Saya tidaklah buleh dikategorikan sebagai perempuan yang gila kasut kot, saya tidak banyak koleksi kasut *boring dan kasihan kan saya?* Tak exiting kot hidup perempuan tanpa kasut memenuhi segala pelosok rumah.. kikiki..
 
Zaman kecik-kecik dulu arwah mak cukup suka belikan saya selipar bata.. Pakcik Google tak membantu pulak dah almaklumlah bukan pakar seperti kawan saya yang kat Batu Gajah tuh.. Selipar bata kaler merah dan hijau tait dog tuh.. dalam hati saya punyalah menyumpah, sebab dah besar kan *besarlah sangat, tangan kat bahu mata kat atas* Kasut pula, mak tak pernah nak mengajar saya kasut beriben-riben.. kahkahkah.. adoi,.. adoi tergelak sorang-sorang.. Semua jenis yang simple-simple, sarong sarong jah.. Bila dah masuk 15 tahun, saya kenan sangat kasut All Star, tapinya takde size, saya beli brand Bossini kaler hitam.. jadik ler.. asalkan sama reka bentuk.. pakai sampai tapak haus, suka sangat kasut tu.. sayang gila..

Bila dah 18 tahun, saya try lagi sekali nak beli kasut All Star, masih besar juga, tapi saya tak pedulik, saya nak jugak jugak, jadiknya kasut All Star idaman hati kaler "Tukois Belue" didalam dakapan.. mampooooo masa dulu-dulu aku dah berani pakai kaler ntah hape-hape? hahaha..

Sikit lebih kurang le macam gambar nih, tapi saya takde line kuning tuh..




Bila dah melangkah ke alam pekerjaan, tukar le sikit ke arah keayu ayuan gitiew.. Semestinya Vincci menjadi pilihan, nak kata tak gila kasut, bersusun juga macam macam warna didalam rak kasut, tapi tulah, sebab beli banyak kerana tapak kasut dia tak berapa nak elok.. biasalah Vincci waktu tu RM49-69 dah best sangat dah.. bukan macam sekarang RM100 lebih kowser aku nak beli, baik simpan sikit dapat beli FitFlop.. kahkahkah.. Kasut All Star saya, saya akan pakai bila hari Sabtu atau pun santai-santai, eeiii suka sangat.. sekarang nih tapak dia dah haus.. kesian.. nanti ingat nak beli lah lagi sepasang sebab suka sangat.. Dulu-dulu kerja diarea Kota Metropolitan *metropolitan la sangat* kemain bergaya kasut 4 inci pon tadek hal, naik pengangkutan seperti bas dan keretapi laju bawah tanah, naik tangga turun tangga jejantas, steady kak bedah!!. Lagipun dulu kurus.. *okeyh tak perlu mention itu* 
 
OOOOO0000ooooohhh ye.. saya ada lagi kasut murah yang dah jahanam.. brand Nose.. hihihi.. suka sangattttttt!! saya beli semua color, hitam, dark cyan dan grey, tapi sayangnya cepat rosak, itulah masalah kalau beli kasut macamtu... hu sedih... *Kelly sangat baju pink kasot ijo, hahaha... konon-konon time nih colour block*

 
Ada satu lagi kasut comel saya color putih gading, eh dah lama tak pakai, sesejak ada adik FitFlop nih.. orang nak, saya pon tak ketinggalan juga dalam kampung kampung.com saya tuh.. hihi.. Ala-ala macam kasut kat bawah nih ler, dok carik brand Vincci tak jumpa pulak.. apa ke nama kasut gini, Boyfriend shoes ek? hahaha.. *tak padan kampung ko Rohana*

Oh ye sebelum tuh, saya ada beli kasut nih, Polo tapi bundle je, bundle pon RM200 terbang.. huwawawaaaaaaaaa... tapi sebab dah comel sangat saya pejam mata rapat-rapat!! Masa nih pon time tengah sebuk banyak kerja, masalah saya, saya tidak buleh stress banyak kerja, mesti rasa nak beli sesuatu.. tak fikir..



Sekarang sejak kerja kilang nih, standard kasut adalah selipar jepun.. hihihi.. Suka betol pakai selipar.. Kadang-kadang suami pun tegur, dari atas sampai bawah dah rapi dah, tapi tang kaki takde ke yang elok sikit? hihihihi..

Oleh kerana selipar jamban saya pon dah turut haus tapaknya tambah tambah dengan stress bekerja waktu bulan bila ntah, May kot, maka dengan pejaman mata saya terbelilah ini selipar Fitflop.. Lantak, dah nak sangatkan.. pakai!! hahaha.. Memang inilah selipar saya, dok lenjan sampai lebam, inilah selipar ke office, jalan-jalan, hatta kat rumah sekalipun, jadinya sedih juga, dah burokkk... uhuhuhuhu... Eh tapi dengar-dengarnya Fitflop ada keluar kasut baru, gaya macam wedges, simple je le tapi, rasa macam nak gak le satu.. pakai le sampai tapak haus.. Oh ye, sakit lutot kurang, sakit tumit tiada lagi, memang brilliant sangat sape cipta Fitflop nih! *tuh dia kemain muji* hahaha.. 

Masa beli selipar nih dulu, kemain saya marahkan budak sales girl tuh, saje je le tanya dia, "errr dik takde ke diskaun?" Yelah kan, beli kat Parkson je pon, bukannya butik, ke memang takde butik? hahaha.. takde diskaun kak adik tuh kabo, Fiflop memang tak kan ada diskaun kak, ceh! aku kabo, ko tunggu lah nasib ko sama macam Croc nanti!! hahaha.. gelak budak tuh! Masa beli nih dulu beli dengan Nana, kitaorang g cari barang untuk kerja, alang-alang tuh beli sekali, ada dua pilihan, masa tuh, tapi pilihan lagi satu agak gedobos kata Nana, tak berapa cantik, hat yang saya pilih ni lagi cantik katanya.. *ye le duit pon cantik lagi* pejam mata je lah kak! phuii!! hahaha...

Hat gambar No 1 bawah nih yang memang targetnya, tapi bila dah pakai kaki gedobos kata Nana.. jadik ambil hat Gambar No 2 bawah tuh..


Buruk dah kamu.. berpanas, berhujan ye.. hahaha.. Tapi agak kelakr juga, kalau pergi rumah mertua, kemain saya bawak masuk selipar nih.. pasti semua orang dalam rumah tu mengutuk aku selipar buruk pon nak bawak masok umah... hahahaha.. adoi.. idak le, dulu dulu mak mertua selalu kabo, bawak masuk kasut, sini ramai orang curik kasot! hihihi..

Dulu-dulu waktu Croc tengah famous, tak berapa faham kenapa dia famous, hihihi.. tak pernah berkenan dengan Croc, sama ada yang biasa-biasa sampailah yang ladies punya, tak tahu kenapa tak berkenan.. biasalah orang kampung.com macam saya memang macam nih.. hihihi...

Gambar atas sekali hat pegang sepatu merah tuh, suka juga saya kasut tuh, Sembonia kot, tapi tak sedap pakai pon.. sedap lagi pakai selipar jepun, tapi kalau tiba saka nak bergaya pakai juga, benarnya dah lamaaaaaaaaa sangat-sangat tak pakai, wallahi sedap sangat pakai selipar.. biasalah kampung.com! :)))




Thursday, September 27, 2012

Shawl Tutorial Simpol Simpol :))



 
Video pertama upload kat Youtube. Sebeban dah kena kutok dengan sahabat sahabat sekayu.. 
Adoi la.. hahaha.. 

Sebenarnya ramai jugak yang tanya macam mana nak ikat tudong macam nih, lama sangat dah tanyanya, baru ada kesempatan nak buat, simple je, buat pon pakai camera kompak comel saya punya.. hihihi..

Ni adalah tutorial biasa je, semua shawl yang saya pakai semua saya pakai style yang macam ni, sama ada kain chiffon, kain yang dalam video diatas, pashmina, semua sama, memang peel saya kalau dah selesa satu satu gaya, memang tu je lah sampai dapat gaya baru.. 

Lain kain lainlah result dia. Kalau sudi cubalah, saya cuma buat atas permintaan kawan-kawan yang bertanya.. 

Tapi maaflah, lagu background video Blurry by Puddle of Mud, amacam? rock tak? hahaha.. Dah buat pon kat MacPro Cik Red, tak kan nak aspect lagu Hail Amir ke Uji Rashid ke kan.. adoihhh tepok dahi mengenang nak pilih lagu..

Terima kasih Cik Red sudi ambilkan video ni, sudi mengedit sekali, sudi melayan saya. 




 

Wednesday, September 26, 2012

Saya juga suka Jam!

Bila tengok entry Syana pasal jam, hati tersenyum sendiri, kenangan lama menggamit hati, dari kecil memang suka sangat dengan jam tangan. Ingat lagi sewaktu ingin melangkah ke alam persekolahan rendah mak belikan saya sebuah jam tangan, mak beli di Pasaraya Bintang, rasanya harga dalam RM7.90 kalau tak silap saya.. hihihi.. mak kata senang nak tengok waktu..

Arwah mak memang macam tu, dia akan tanya pukul berapa rehat, pukul berapa ini pukul berapa itu.. sampaikan hingga ke cucu dia pon dia akan memberi laporan lengkap kepada kakak ipar, menyusu pukul berapa, tidur pukul berapa, jangan salah sangka, kakak ipar tak suruh, tapi arwah mak memang macam tu, tip top! hihihi comel!

Berbalik kepada jam Pasaraya Bintang saya tadi, bateri sekejap je dah habis :(
Lepas itu abang dengan bermurah hati memberikan saya sebuah jam tangan yang cantik, saya masih ingat talinya bewarna kelabu bersisik ular, saya tidak ingat brand apa, apa yang terlintas difikiran wah mesti mahal! Saya syak mesti abang dapat bonus! Pakai jam sehingga koyak talinya, mak jahit tali jam tu.. hahaha.. tak malu pulak saya pakai jam tali dijahit mak!

Nak dijadikan cerita, jam tercicir waktu diperhimpunan dari poket baju sekolah.. aduh sedihnya, saya sedih sebab itu pemberian abang.. Tapi dah dinamakan rezeki, cikgu tanya siapa ada hilang jam, jadi saya dapat kembali jam saya! Gembira!

Selang beberapa bulan, mak ajak saya ke Pasar Ampang, mak ingin menukar tali jam saya, tali jam bewarna coklat gelap.. hihihi.. Tapi dah memang tersurat rezeki saya sehingga disitu sahaja, jam saya tercicir lagi sewaktu diperhimpunan, tapi kali ini memang tak dapat semula.. sedih..

Sewaktu saya darjah 4 abang sekali lagi belikan saya sebuah jam tangan, masa ni saya ingat jenama dia Q&Q.. hahaha.. walaupon saya tahu murah, tapi saya tak kisah, janji saya ada jam! Saya pakai jam itu sehingga saya Form 1.

Waktu Form 2 saya mendapat sebuah jam tangan dari seseorang, jam tangan Swatch warna biru leather dihari jadi saya. Didalam hati kenapalah dia belikan saya colour yang macam ni? tak up to date lansung! saya mahu yang colour colour dan corak corak yang ceria!! Tapi takpelah, janji Swatch! Saya pakai jam tu sampai saya dah habis sekolah, sampai tali jam lunyai! Saya tukar dengan tali jam plastic! Seronok betol pakai Swatch!! 

Sewaktu lepas sekolah pula saya dapat 2 buah lagi jam tangan Swatch, sebuah gold colour, sebuah lagi silver.. semua pattern ladies, bulat! haisss.. *tak berapa menepati citarasa sebab orang kasik* hihihi.. Kadang-kadang beli jam kat kiosk di KLCC, macam macam design, macam macam pattern macam macam colour!! Gila!! 3 biji RM50, kadang kadang 4 biji RM50!! Tapi biasalah, barang macam tu kira pakai sekali pastu campak, mana celah nak tukor battery? phuiii!! tertipu disitu sebab comel sangat!! hahaha.. Lepas tu pakai lah jam Swatch silver dan gold saya silih berganti.. *kasihan*

Lepas tu, dapat lagi sebuah jam tangan, Tissot.. hihihi hip hip hoo00oooray!! Alhamdulillah! Jam ini saya dapat dari seorang yang sangat baik, accountant syarikat lama saya bekerja dulu Bee Choo! Dia sangat baik! Masih sampai sekarang saya pakai jam ini, dia hadiahkan saya sebab saya nak kawen.. hahaha.. Serious seronok sangat sebab Tissot kan.. haishh.. Dia tahu saya suka sangat dengan jam tangan. 



Lepas tu saya dapat lagi sebuah jam tangan dari seseorang juga, juga hadiah sebelum kahwin, puas dok mengugel, puas dok besorkan gambar, tak nampak jenama jam, hahaha, tak ingat langsung, jam nih memang buat basahan g office, tapi sampai bulan 7 lepas, sampai takat tu jelah rezeki saya bersama jam ni, siap tukar tali dah nih, ingat lagi tukar kat Sogo waktu first time mengeDATE dengan Mulan.. hihihi.. Hilang masa dekat rumah mertua.. ramai orang waktu tu adik ipar bertunang, mungkin tercicir kat mana-mana.. tak pelah..



Dah start kerja kat sini, saje gatal gatal beli jam G-Shock, satu untuk saya, satu untuk En Red. Saya punya warna putih, En Red punya warna hitam. Abis kotor dah tali, malas betoi nak cuci, 2 kali beros dah tuh.. 3 tahun dah kot usia jam nih.. hihihi.. Seronok jugak lenjan, tak kesah nak calar ke apa kan, memang tahan lasak!


Jadinya sekarang cuma tinggal 2 buah jam sahaja yang elok, Tissot dan G-Shock, yang lelain hilang, Swatch masih ada lagi, cumanya bateri dah kiok, malas nak tukar, dah bercalar balar, zaman Swatch dah berlalu kot.. hihihi...

Rasa nanti nanti nak kumpul duit sikit sikit nak beli lagi satu Tissot! Tissot je lah saya mampu takat nih, nak berangan jenama yang lain lain tak berdaya.. Kot ada orang sudi wasiatkan harta 8 billion ke saya barulah buleh berangan dengan senang hati ye tak? hihihi..

Terpanjang pulak cerita tentang jam, zaman tok kaduk, orang itu orang ini semua keluar.. hihihi...



Monday, September 24, 2012

JJCM - Makanan Padang di Kampung Baru

Assalammualaikum semua.. Lama dah tak buat entry makan makan, tak buat entry makan makan bukanlah bermakna dah kuros ataupun langsing malahan bertambah sihat rasanya.. Hihihi

Sabtu lepas menemani suami untuk berphotoshoot di Stadium Merdeka, sebelum itu haruslah isi perut kat Kampung Baru dulu.. Kalau pergi sini haruslah rasa nak meninggal kat situ juga sebabnya makanan dia semua best best belaka..

Hari tu ambil ayam kampung masak cili merah seketol untuk diri sendiri, suami ambik rendang ayam kampung, ulam ulaman, pucuk ubi rebus dan sayur tauge, makan je apa yang ada, sampai pun dah nak dekat pukul 3 petang, jadi tak bolehlah nak mengeluh sangat.. Hihihi





Selalunya pucuk ubi rebus tu akan dicicah dengan sambal dia, nih sambal pon dah habis, sedih betol, sambal minang kot nama dia..



Makanan kampung biasa je pun, bukan lah ada ayam golek ke rusa panggang ke, tapi bagi tekak kampungan lagi kemelayuan macam saya nih memang rasa nak pengsan le.. Hihihi.. Air biasa memang saya akan order alpokat! Sedap sangat! Lagi satu pernah jugak satu waktu dulu saya order alpokat nih, budak tu cakap "kakak bukan saya tidak mahu mengambil order ya, tapi buahnya kurang masak, nanti airnya tidak sedap" hihihi bagus siap cakap.

Sesiapa yang tekak kampung gaya saya buleh le cuba dikedai nih, best! Tapi saya ambil gambar jalan je lah, itu je landmark terbaik yang saya dapat bagi.. Hahaha.. Teruk sangat bab jalan nih..


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, September 12, 2012

Selamat tinggal Blackberry





Selamat tinggal Blackberry buat selama-lamanya.. sayang kat dia, dari baju mahal berwarna merah sehinggalah baju murah berwarna putih sehinggalah tidak berbaju, bersalut kunyit dan tepung waktu didapur.. Mujo tak jadi sotong goreng kunyit ka, ayam goreng kunyit ka, cekodok ka.. hihihi

Dulu-dulu waktu adik Ipad belum datang ke family kami, selalu tengok resepi kat BB, kadang-kadang bukan tengok resepi tapi siap berborak dengan kawan-kawan.. hihihi.. dah sorang-sorang kat dapor kan.. Haih mujor tak menjunam je dia dalam kari, gulai lemak, dan minyak panas.. hihihi

Alhamdulillah semua contact number ada dalam email, cumanya gambar-gambar arwah mak masa akhir hayat dia dan sms suami yang sangat penting tu.. Gambar-gambar kami pon adalah juga, cuma minta pada Allah harap-harap tiadalah berlaku penganiayaan terhadap gambar-gambar kami.. 

Allah dah tetapkan hubungan saya dengan Blackberry saya sampai tahap ini je, jadi saya redha lah.. Adalah sebabnya yang saya tak tahu.. lagipun ini semua kerana kecuaian sendiri, nak marahkan siapa kan.. Dah takde rezeki.. Ayah mertua beri saya pinjam henfon beliau, hihihi.. Jadilah buat nak call dan sms.. buleh le buat sementara waktu..

Mungkin dia merajuk kot, asik berkepit dengan adik Ipad je.. Bukan apa, senang nak tengok resepi.. hihihi.. takpelah.. things come and go.. Insyaallah ada rezeki lain teringin juga nak melengkapkan family epal gigit sebelah kami nanti.. takpelah tak penting, jika ada rezeki lebih..

Masih ingat lagi, waktu pertama kali nak beli Blackberry nih, kemain saya pilih colour putih sebab tak nak nampak macam pakai Blackberry, sama je patternnya macam Nokia E71 colour putih saya waktu tu, arwah mak pon tak perasan saya tukar henfon.. hihihi.. Bila bos tiba-tiba kata dia nak bayar semula duit beli enfon saya, baru saya cakap kat arwah yang saya tukar enfon.. hihihi... Semua dapat Blackberry kat office nih sebab mungkin bos rasa senang nak communicate kot..

Blackberry ni, takde entertainment pon, kalau kata nak berBBM, Whatsapp pon dah buleh sekarang ni, cuma yang saya sangat suka tentang Blackberry adalah kerana push email dia.. Jadi kerja dan apa-apa yang sewaktu dengannya alert lah *sudahlah dah dasar pemalas, orang lain pakai henfon lain ok jah keje* hihihi.. Bukan macam tu, saya nih banyak le benda lain nak buat dari nak menengok 24 jam email jah kat pc kan, jadinya bila email teros masuk kat enfon, mana yang urgent tu kita tahu, teros bukak kat pc, immediately, ha kan senang tuh.. hihihi...

Saya sedih juga sebenarnya, yelah siapa tak sedih, banyak membantu jugak tuh.. tapi pelik juga, takdelah ralat beriya, takdelah nak merampuih beriye, dah tersurat katanya.. hihihi...

* Mujor ada gak gambar bersama henfon walaupon dari belakang*

Apa-apa pun saya tetap merindui kamu wahai Cik Blackberry bercolour putih, saya tetap kenang kamu dalam tidur saya..



 

Monday, September 10, 2012

Makan-makan

Jumaat lepas buat makan-makan raya dioffice, tahun ni meriah sikit siap ada makan-makan, dulu saya sorang je perempuan dioffice, manalah dan nak arrangekan makan-makan, kalau dan pon memang tak jalan punya, malas! 

Tahun ini suasananya amat berbeza, Nana rajin juga meng-organise benda-banda macam ni, jadinya collect sorang RM10, minta mak Nana masakkan rendang ayam, lodeh, sambal bilis, Nana bawa laksa, chocolate cake, bos bawa lemang dan rendang, Sarah bawa murtabak raja, Abg Jo bawa kuih dan saya bawa puding roti gulung butterscotch & sos custard. 

Saya ni tak taulah mengada ke, apa ke, memang tak pernah puas makan rendang, jangan salah faham, bukan saya tak suka rendang orang Negeri Sembilan, suka, boleh makan, tapi bukan favorite! Agak logiclah, umur dah 33 tahun dah biasa dijamu rendang Perak, haruslah tekak lebih ke rendang Perak ye tak? 

Tetapi hari Jumaat lepas saya dapat menikmati rendang ayam persis arwah mak, nak menitik air mata menahan sebak, saya tak berapa suka rendang berbau dan berasa daun limau purut sebab arwah mak tak letak, mak Nana katanya letak juga, tapi tak bau daun tu dan tak rasa daun tu, haihh.. Alhamdulillah, terima kasih Mak Nana kerana sudi buat rendang yang sedap ini kepada kami.. 

Saya makan memang beriya-iya, puas sunggoh makan rendang ayam haritu, lodeh saya tak berapa gemar, tapi bertambah juga.. hihihi.. Pandai Nana buat laksa, sedap! Kejap-kejap makan, asyik makannnnnn je hari Jumaat tu, sampai berkata kat diri sendiri, ni memang 2 minggu tak makan nih sebab terlampau kenyang!!! Owh syurga!! saya suka makan!! hihihi.. 

Gambar adalah tiada kerana saya awal-awal telah meng-aim itu rendang ayam!! 

Sabtu lepas, lepas lagi satu family abang datang beraya dirumah, gigih masak rendang ayam, nasi minyak, lodeh, puding roti butterscotch dan puding caramel.. Gambar tak ambil juga sebab penat melepek nak meninggal! Dah la rendang ayam tak jadi sebab hancur!! hahaha.. 

Sambil-sambil tu Yan bbm kata nak singgah raya, lepas tu Aida adik bos dengan mak bos, hahaha.. lepas tu Sha pula, burak sampai 1 pagi.. 

Seronok orang datang rumah kita, family mertua tak datang lagi, tengah merancang-rancang nak buat juga makan-makan, cumanya tak tahu bila.. Raya atau tak raya apa ada hal kan, janji mereka sudi datang ke pondok kecil kami, setiap tetamu membawa rezeki, siapa nak datang silalah kabo awal-awal, kalau tak mahu jamah biskut kering sahaja.. Saya bukan tukang masak profesionalle yang buleh berkejar nak masak bagai lipas kudung jika last minute notice! hihihi...




Thursday, August 30, 2012

Salam Lebaran

Salam Lebaran, maaf zahir dan batin buat semua, alhamdulillah bertemu juga di Syawal kali ini.. 

Tahun ini suami ajak beraya dengan abang dulu, hati? haruslah melonjak keriangan, maklum siapa yang tak gembira bila diberi peluang untuk beraya dengan family sendiri.. Sungguh saya tak pernah menyangka suami akan mempelawa untuk beraya bersama-sama abang dahulu sejak mak dah tiada.. walau sedetik, saya tak pernah juga meminta-minta untuk beraya dimana dahulu, seperti juga waktu arwah mak masih ada dahulu.. walaupun saya tahu omong omongan yang tak sedap saya dengar, seperti macam saya seorang je yang ada mak, tidak apalah, Allah tahu, semuanya atas saranan suami.. Syukur padamu Ya Allah, nikmat mana lagi yang harus kami dustakan.. 

Dengan hati riang ria berbual-bual ditelefon dengan abang dan juga kakak ipar, 'tahun ni adik raya umah abang dulu tau'.. Abang risau juga sebenarnya, maklum saya masih ada family mertua, tapi saya kata, 'Faizal yang sarankan, adik tak minta, bila dia sarankan, adik tidak pula menolak' Tergelak abang mendengarnya.. Abang kata 'itu namanya dia bertolak ansur, jadi adik juga kena begitu' Alhamdulillah.. saya sentiasa perlukan orang-orang seperti abang dan kakak agar jalan kami lurus dan berpandu.. menghadapi jalan yang lebih panjang dan berliku! 

Cadangnya suami nak sembahyang raya di Ampang, lepas tuh sama-sama salam raya, namun kita manusia nih, merancang saje lah, adalah perkara-perkara yang tak dapat kita elakkan, maka lepas solat raya disini, kami bergegas ke Ampang. Lepas makan-makan dan berbual-bual (panjang juga bual bual nya tu) teros kami bersalaman.. 

Suasana yang paling saya suka dipagi raya bila bersalaman, abang akan padamkan tv atau matikan suara, waktu arwah abah dengan mak ada dulu, mereka akan duduk dikerusi, kami beratur untuk bersalaman, dengar okeh sepatah-sepatah, bagi saya yang berperwatakan 'gangster' tetapi hati tisu ini, tentulah air mata deras mengalir.. Waktu sekarang abang dan kakak akan duduk dikerusi dan kami meminta maaf, bila turn saya dan suami, kami disuruh duduk atas kerusi dan anak anak buah akan salam minta maaf.. seronok dengan suasana begini, saya tahu jauh disudut hati suami, dia juga gembira dengan environment yang begini.. 

Tapi kelemahan saya dari dulu sampai sekarang adalah membina ayat, tak sedap langsung bunyiknya.. suka dengar ayat suami, minta abang tunjuk ajar, kerana dia tiada abang.. comel! Saya paling seronok bila anak-anak buah datang ke kami untuk minta maaf, kemain bina ayat, setakat cakap selamat hari raya maaf zahir batin tak mainlah.. buat gelak dek Hazim je (anak buah paling kecil) hihihi.. betul-betul punya cakap okeh, lagi terer dia dari saya!! Sumpah seronok!! dengan gaya dia, mata ke atas atas tu gaya hafal skrip.. hihi... Maaf memaafi nih bukanlah yang muda je kena minta maaf, kita yang tua nih pon bermaafan sesama.. barulah harmoni suasananya.. 

Eh, tapi tahun ini saya tak menangislah waktu salam raya!! Kelakar!! Dah salam raya haruslah memberi duit raya, abang kata tak perlulah, dah jadi macam budaya pulak dah.. begitulah abang dan kakak, semuanya kalau beri kat anak-anak dia, mesti mereka cuba untuk menolak, anak-anak pon dah pandai kata tak payah.. tapi yelah setahun sekali, anak buah pon tak ramai mana.. 

Berbual-bual *lagi!!* terus bergegas ke kampung halaman suami kerana ibu mertua dah call rasa-rasa adalah nak masuk 4 5 kali kot.. ;p Suami kata biasalah raya, tak kan nak salam-salam makan terus balik.. keluarga kan, mestilah berlama-lama juga.. 

Balik kampung lepak-lepak kejap terus salam raya dengan mak dan abah mertua pula.. itu jelah cerita raya saya.. petang hari raya kedua beraya rumah kawan suami, teros pulang ke KL.. 

Persiapan raya juga amat sederhana, kuih beli 2 3 jenis dari Nana, kerepek-kerepek sikit, bagi kakak ipar sikit, kasik ibu mertua sikit, tinggal rumah sikit. Buat kuih tart nanas bentuk bunga, sebalang kasi kakak ipar, sebalang kasi mak mertua, sedikit tinggal untuk rumah.. buat biskut suji sedikit, tapi dah merampuih, dapat setengah balang, jadi tak kasik le ke mak dan kakak.. 

Buat kuih tart bunga tu sebab saja nak cabar diri, kalau nak buat betul-betul kenalah cari resepi yang sedap hingga menjilat siku.. hihihi.. niat utama nak buat bentuk bunga tu je.. 

Baju raya pon last minute, itupun suami yang beriya-iya ingin membeli, jadi ikutkan saja, dah orang memberi, kita merasa, takkanlah mahu menolak rezeki didepan mata.. hihihi.. 

Tahun ini macam tahun sudah, tidak ada gambar raya, kasihan.. yang kat atas tu jelah satu satunya gambar raya yang ada.. suami kata malas dah nak hangkut camera, berat!! camera kecik saya pon kat dalam dry box dia, terlupa sungguh nak ambil.. 

Sekali lagi jari disusun, maaf zahir batin buat semua kawan-kawan diluar sana.. Selamat Hari Raya!! 

Suka tengok gambar-gambar raya korang yang penuh berwarna warni :D



 

Wednesday, August 15, 2012

Pertama kali pegang stereng kereta





Saya tidak pandai bawa kereta, tidak pandai bawa motor, kasihankan saya... Saya pun tak tahu apa yang saya takutkan, ni ntah zaman bila, suami dah bising-bising suruh belajar juga kereta, buat permulaan saya belajar je dengan cikgu tak bertauliah saya En Red... Hihihi.. Dia suruh saya belajar lembut lembutkan tangan pegang stereng kereta dulu.. Adoilaaa...

Kelakar okeh, senang lah sebab auto kan.. Ce manual, mau merampuih gak suami saya tuh.. Belajar dekat tempat letak kereta kat Putra Taman Keramat, ada juga orang belajar kereta sama, kelakar.. Saya siap lambai lambai tangan kat kakak tu kalau kereta kami berselisih.. Suami cakap "tak yah nak lambai sangat le, awak tu pon tak lepas lagi, tengok depan le sayang" kahkahkah.. Kita nih bukan apa seronok dan semangat tengok orang belajar kereta, kakak tu siap anak-anak temankan juga, dalam hati saya owhh ada juga orang macam saya.. Hihihi...

Dah lama benarnya tak dapat belajar kereta nih, asyik sibok je.. Takpelah lain lain kali.. Hahahaha.. Habis belajar teros call abang dan kakak sebab mesti diaorang eksaited dengor saya dah move one step forward.. Hihihi...



- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, July 31, 2012

Jiran

Assalammu'laikum.. 

Alhamdulillah 10 hari dah puasa.. Menu berbuka semalam adalah ayam masak cili.. Balik rumah dah lewat sangat pukul 620 ptg macam tuh, suami tanya nak tak beli lauk di PARAM.. owh maaflah saya bukan lah eksyen, tapi dikawasan tempat tinggal saya, dah serik rasanya saya nak berbelanja di Param.. harga melambung-lambung, rasa.. hmmmphhh... takpelah kelam kabut sikit, saya masak yang simple simple je.. sayur pulak saya gorengkan dengan bawah putih tanpa garam untuk suami.. 

Itu cerita berbuka, ni nak kesahkan pasal semangat kejiranan.. Saya sangat bersyukor sampai rasa nak menangis bila jiran-jiran arwah mak saya masih baik macam mak saya masih ada dulu-dulu.. Saya akui, dah lama sangat tak jejakkan kaki di Permai Seri, bukan tak mahu, tapi hati masih dirundung sayu.. Saya rasa rumah tu merajuklah *hahahaha* ada ke rumah merajuk? siling rumah tuh runtuh, tah sebab apa.. jadinya abang saya minta tolong kontraktor maintenance rumah tu untuk check, jadi abang minta dia tolong kopak je, sebab awal-awal haritu abang cerita rumah tu macam nak kena umpil, langsung dah tak buleh bukak lock dia, itu yang abg minta kontraktor tuh potong je lock tuh.. Jiran-jiran mak saya yang berhati mulia nih, dari last week sehinggalah semalam 3 orang dok call saya dok cerita rumah kena masuk orang.. hihihi... jiran sebelah rumah, orang bujang nama Ramli siap tukarkan lock.. alahai baiknya kamu sekalian, hanya Allah je yang mampu balas budi baik kalian.. 

Jiran-jiran mak saya tu bukannya tua tau, semua muda-muda, yang baya-baya saya pon ada.. tapi iskhh, baik sunggoh ler.. Mungkin arwah mak pon rajin berborak kot.. hihihi... 

Bulan-bulan puasa nih, teringat sangat kat mak.. sedih tu memang sedih, tapi cuba tepis jauh-jauh, teringat nih kalau dekat-dekat nak raya nak masak rendang bagai, ingat apa? pakai blender? sori naik lori, no blender blender okeh, tumbok pakai lesung batu ye anak anak.. sape yang tumbok? ahkaqqqqq jugakk.. selalu gaduh gaduh dengan dia... makkk tolong la mak, pakai la blender.. hahahah.. penat la mak, mata pedih, lenguh la, macam macam alasan saya beri kat mak.. nanti kalau mood dia tak baik dia cakap, dahh!! tak payah buat, bior aku je buat!! Amboihh.. kemain maghoh sedari.. kikiki 

Tapi serious le, memang saya start menumbuk dari pagi, sampai petang okeh.. nak nak kalau tumbuk bawang, berjejeh air mata sebab pedih, pastu tumbok cili mercik mercik kena kat tangan la, kaki la, rambut pon ada, gila comot selekeh.. abis badan gatal gatal, tak masok lagi pijar-pijar tangan.. hahahaha... Tumbuk kerisik lagi.. astagaaa.. wey ini bukan tumbuk sambal belachan tahu!! ini series punya cerita, ini tumbuk bahan-bahan nak masak rendang ayam yang 3 4 ekor tuh!!! sakit jiwa mak!! 

Tapi itu semua kenangan manis.. bergaduh mulut yang gitu gitu sangat menjadi kenangan buat saya.. kami selalu begitu, tekak tekak, pastu gelak gelak... mak tahu saya suara macam petir, tapi bukan petir untuk mendurkaha ye.. itu perangai anak durhaka jangan diikut, saya tak mahu!! 

Tahun nih ntah saka apa yang masuk dalam badan saya, semua kalau buleh nak masak sendiri, saya rasa sebab kerinduan saya pada arwah mak.. saya menyesal sebab tak belajar masak dengan mak dulu.. dulu semua mak buatkan.. kalau tolong pon cuma potong bawang cili, tumbuk tumbuk, kacau kacau.. itu je lah.. Kari ikan, bubur som som, ayam sambal cili, karipap sardin, onde onde buat melaka adalah makanan yang mengingatkan saya pada arwah mak.. Tahun ini rasa-rasanya teringin nak buat rendang ayam juga.. dulu pernah buat, tapi tak jadi.. Cuba untuk jadi ini tahun..




Monday, July 30, 2012

Menu Berbuka & Sahur - Day 9

Assalammu'laikum...

Lepas Subuh teros tidur sampai pukul 1030 pagi.. Giler tak senonoh perangai.. Ngantuk oiii, lepas balik rumah mertua dalam 1230 malam camtu teros g Chow Kit.. Owhhh seronok nak meninggal rasanya p Cokit!

Beli stok ikan sama sayur, nampak pulak nanas, beli le, konon konon saje le nak cuba buat tart nanas.. Hihihi... Sampai rumah dah pukul 230 pagi.. Bangun sahur pukul 430 pagi.. Suami mintak telor mata, buatkan lah dia telor mata, bakar roti, campak salad, tabur bawang.. Saya pulak makan betik dan air panas suam je...

Habis makan kami tunggu subuh, habis subuh teros sambung tidur semula, pening kepala pasal tak cukup tidur...

Semalam lepas zohor, keluar pergi cari bahan untuk buat kuih.. Hihihi...




Giler selekeh, lepas settle kat sini, singgah Giant sat, ramai sunggoh orang, nak merampuih betol bila orang pandang atas bawah.. Hahahaha.. Tau le selekeh.. Huh! Suami pulak dok mencari cover dvd yang colour hitam tuh, punyalah mencari sana sini, last last ketemu juga di Popular Wangsa Walk.. Dah ke Popular memang tak sah le kot kalau tak beli novel.. Huh!

Settle semua dah pukul 6 kot, apa gayanya aku nak masak kan.. Berbukalah kat Hj Sharin Low kat Sri Gombak nun.. Standard le sini small pon memang portion dia banyak okeh.. Jadiknya kami decide tak moh makan nasik, makan mee ke kuey teow ke.. Amik nasik garenti tak abis, kalau nak makan nasik nasik tempat macamni carik kawN kagi 4 5 orang.. Hihihi




Saya punya Wantan Mee Sup, tu sayur sawi jepun bawang putih...



Ini suami punya, kuey teow menda pon tak tau, sayur sawi jepun suami yang makan.. Tak lalu tekak soyor sayor sayor.. Kekekeke... Ingat nak tambah tauhu salted egg ke, chicken salted egg ke, tapi eiiii tulah, confirmed tak akan habis!


- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, July 29, 2012

Menu Berbuka & Sahur - Day 7 & 8

Assalammu'alaikum...

Menu berbuka hari Jumaat hari tu kari ikan jenahak yang semalam tu punya je, tambah sawi jepun goreng bawang putih, tak masak nasik, cicah roti je.. Sahur pulak cuma goreng telor mata kerbau, bakar roti..

Menu berbuka semalam, udang masak sambal petaiiiiiiiiii!!! Berbuka rumah mertua, dari sehari ke sahari sebenarnya nak makan udang masak petai ni, dok memikir suami dah tak makan seafood, agak susah jugaklah memikir nak masak benda alah tu.. Semalam sampai sampai tengok udang sambal petai tuh, ya allah nak menitik air mata.. Hihihi.. Musim udang ke sekarang ni? Kemain besor besor udangnya.. Dok cakap dengan mak, lama dah teringin ni mak, mak cakap itulah masa mak masak, teringat dan terbayangkan rohana.. Hihihi.. Terima kasih mak!

Saya dok buat karipap bulat inti sardin je semalam.. Eewwww buruk huduh rupe dia! Hahahahaha... Masa hidand tuh ada orang tanya siapa bawak, mampos tak ngaku, bukan saya buat, bukan saya! Hahahahaha...

Nih jap lagi macam nak try buat tart nanas.. Saja cuba cuba.. Hihihi selamat berbuka semua!


Poyo amik gambar matahari kat depan, dah tentu tentu backlight!! Kahkah, eh betul ke apa aku cakap nih? Hahahaha..

- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, July 28, 2012

Menu Berbuka & Sahur - Day 6


Assalammu'laikum...

Harini berbuka puasa sendiri kerana suami ada kerja.. Tapi takpe, bendera merah, yang hangennya dok tunggu teksi, masyaallah.. Dari pukul 5 ptg keluar, pukul 545 ptg baru dapat teksi... Gedebuk gedebak dengan jem bagai, pukul 615 ptg baru sampai rumah... Tapi oleh sebab suami takde, kita pon ala ala takdele kelam kabut, masak je macam biasa, tengok kat blog Syana kari ikan senangin teros terliur nak buat kari juga, padahal haritu dah buat kari ikan bawal..

Masa buat kari ikan bawal haritu tertaruk santan.. Sedap juga ya.. Kalini ikan jenahak ni malas letak santan, hihihi... Lagipon santan takde kat umah, kowser nak ke kedai.. Masak nasik semua siap dalam pukul 7 ptg, elleh, kejap je masak ek.. Selalu kalau sampai umah pukul 6 tuh memang kalut tak tentu hala dok mikir tak sempat masak..



Dah siap semua, dok layan Dejavu DiKinabalu kejap, abis cite tuh dok teringin nak buat bread butter pudding, buat le sat ikut resepi Paijah adik ipar saya.. Hihihi... Tapi saya punya susunan tak cantik le macam dia buat.. Nyampah..







Suka sangat bread butter pudding makan panas panas, melecur lidah.. Dah sejuk simpan peti ais tak berapa suka, matylah sape nak ngabiskan.. Suami memang dah tak makan dah le benda benda gini.. Hihi.. Abis dah tekak teringin, nak buat camna kan..


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, July 26, 2012

Menu Berbuka & Sahur - Day 5

Assalammu'laikum...

Menu berbuka semalam roti dan sekotak susu HL je, berbuka ditepi highway.. Gaya duduk Seremban.. Melawat seorang kawan sebenarnya semalam.. Itu nanti nantilah cerita, kalau nak cerita memang ikut emosi je waktu ini.. Semua yang keluar mesti tak elok..

Sahur pon cuma goreng telor mata dan bakar roti, rebus asparagus dan kacang sepat sedikit..





Ini pula Chicken Popcorn with Cornflakes baked in oven.. Resepi dari blogresepi.com.. Ni ntah sahur bila ntah, penen aku dah...

Selamat berbuka ya kepada semua..


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, July 25, 2012

Menu Berbuka & Sahur - Day 4

Assalamu'laikum....

Nampak gayanya azam untuk tidak makan makanan luar tidak tercapai jugak, semalam dah balik pukul 630 petang, jadiknya beli je lauk..

Sayur 2 jenis, kacang botol goreng cili padi dan tauge, ikan cencaru belah belakang..

Pagi ni sahur kukus ikan bawal, campak segala halia cili asparagus, abis cerita..

Selamat bersahur semua!






-Posted using BlogPress from my iPad

Monday, July 23, 2012

Tiga Puluh Tiga - Kejutan Manis sebelum menyambut Ramadhan

18 July, umur bertambah, cepat waktu berlalu.. Tahun kedua tanpa mak disisi.. Hari Selasa tu juga cabut gigi, balik dari cabot gigi, terasa macam pening jugak, sebab mulot saya nih memang tak reti diam, sebab tak sakit, ingatkan takde darah, rupanya amik!! Darah habis basah satu kapas, balik rumah teros tukar, pening tengok darah teros tidor...

Saya tahu suami saya nak tunggu pukul 12 malam nak wish kat saya, tapi oleh kerana saya tidur, saya cuma dapat text message dari beliau tepat pukul 12 malam.. Terima kasih sayang.. Hihihi.. Lepas tu anak buah saya Adila juga wish saya malam tu thru sms dan diikuti dengan ucapan ucapan difacebook.. Terima kasih saya

Nana yang manis sangat pandai membuat kezutan.. Cih! Sangat tak buleh terfikir okeh! Dalam pukul berapa ntah dia cakap pada saya nak ke bank.. Rupanya nak g amik cake! Cis lagi!

Saya sebenarnya masa deme nyanyi nyanyi tuh saya blur sekejap.. Eh eh.. Macam.. Eh apa nih.. Hahahahhah... Terus tiup tiup lilin pastu ngap itu red velvet yang sedap 2 ketoi okeh! Tak padan dengan baru cabot gigi ko dah melangok kek 2 ketoi kan...

Dikesempatan ini ingin saya merakamkan jutaan terima kasih buat Nana ( mastermind ini cerita) kerana sudi mengorganise kejutan ini untuk ahkaq.. Kikiki.. Partner in crime beliau adalah Aida... Phui! Terima kasih juga buat semua kawan kawan di office... Mengenali kalian semua adalah sesuatu yang bermakna dalam hidup saya... Saya kasihkan kamu semua lillahitaala.. Semoga persahabatan dan ukwah yang terjalin ini diredhai oleh Allah... Semoga Allah merahmati kalian juga...

Lagi cerita penuh di blog Nana.. :)









-Posted using BlogPress from my iPad

Menu Berbuka & Sahur - Day 3

Assalammu'laikum...

Alhamdulillah selamat kita berpuasa untuk hari yang ketiga.. Ralat sungguh tahun nih bendera jepun memunculkan diri awal puasa haritu, hajat dihati ingin bertarawikh disurau... Takpelah, itu sudah lumrah kehidupan.. Minggu depan bolehlah puasa seperti biasa... Hihihi

Berbuka hari ini suami request nak wrap dan salad macam hari biasa.. Ya allah senang kerja mak nak... Hahaha.. Berat sangat makan semalam katanya, jadi harini dia tak mau makan nasik.. Okeh.. Tadi sampai rumah pon dah pukul 6 jadiknya tukar uniform teros keluarkan ayam carik part isi teros blend, ingatkan nak bakar, tapi tak sempat, nak buat time sahor karang...

Sahur pagi tadi suami makan kari ikan bawal masa berbuka puasa semalam...




- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, July 22, 2012

Berbuka Puasa & Sahur - Day 2

Assalamu'laikum...

Alhamdulillah selamat dah puasa 2 hari bagi yang boleh berpuasa.. Harini buka puasa dirumah saje.. Semalam waktu balik dari rumah mertua, singgah Chow Kit pukul 130 pagi!! Ya Allah seronoknya, sumpah seronok, perasaan tuh lagi seronok dari shopping baju Poplook 2 3 kotak selama nih!! Matylah statement minta kena lahar!! Hihihi... Gedebuk gedebak pukul 230 pagi sampai rumah.. Kelam kabot bangun pukul 5 pagi, masak air, celor sayor, panaskan rendang yang dikirim dari mak mertua saya...

Lepas asar siap siap nak masak dah, harini masak kari ikan bawal, pucuk paku goreng, celor sayur sikit, dan bubur som som, air lemon suam..










Kemain orang tengah jaga makan tuh tambah 2 kali nasik... Hihihi.. Hilang segala penat bila suami hadap masakan kita kan.. Bubur som som tuh saje buat sebab teringat arwah mak.. Sedap betul makan tengah suam suam tuh.. Ada juga yang suka makan sejuk sejuk..

Arghh esok dah kerja, kan bagus kalau Malaysia ni cuti sebulan untuk bulan Ramadhan nih.. Kemain aku pon...

Oklah selamat bangun sahur semua, kunci jam betul betul, jangan tidur balik! Hahaaha...


- Posted using BlogPress from my iPad